15
Apr
10

JADIKAN HOBI ANDA SEBAGAI INCOME TAMBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN

Jika anda sedang merancang untuk memulakan perniagaan, cara yang paling baik ialah melakukan hanya secara sambilan sahaja terlebih dahulu dan pada masa yang sama anda masih boleh lagi mengekalkan pekerjaan anda dan memperolehi pendapatan tetap. Jika anda berminat untuk memperolehi pendapatan berdasarkan harian, anda tidak perlukan modal wang yang banyak untuk memulakan perniagaan anda itu.

Tidak perlu bimbang kerana anda boleh menggunakan salah satu daripada minat / kecenderungan atau hobi anda sendiri untuk dijadikan asas perniagaan. Dan anda boleh membesarkan perniagaan anda dalam masa satu hingga tiga tahun bergantung kepada perancangan anda sendiri.

Dengan itu anda akan mempunyai persediaan cukup untuk berhenti kerja dan menjadi ‘ boss ’ sendiri. Tidakkkah ini sesuatu yang hebat ? Dengan menggunakan hobi atau minat anda dimasa lalu mempunyai banyak faedah dan kelebihannya. Mengapa ? kerana bagi setiap pekerjaan dan perniagaan yang anda mahu ceburi dan lakukan mestilah ianya merupakan sesuatu yang anda suka dan minat untuk melakukan sesuatu perkara yang anda percayai, sesuatu yang mana anda boleh lakukan walaupun tidak pasti pulangannya.

Ia akan memberikan anda stamina/tenaga untuk melihat perniagaan anda sejak dari awal lagi walaupun agak sukar untuk anda melakukannya. Kita semua tentu faham dan tahu perasaan kita jika melakukan sesuatu perkara dan pekerjaan yang kita sendiri tidak suka melakukannya. Tidak ada cara untuk kita memberikan perhatian 100% mengenainya kerana kita sendiri tidak yakin dan tidak seronok untuk melakukannya.

Itulah sebabnya mengapa amat penting untuk melakukan untuk melakukan perkara yang disukai sama ada ianya untuk menjalankan sebarang perkhidmatan ataupun menjual barangan yang anda pilih untuk melakukannya. adAkah anda gemar memasak > mulakan perniagaan anda dengan membuat dan menyediakan ‘ newsletter ’ resepi masakan untuk orang lain yang mempunyai minat yang sama dengan anda itu dan jual resepi anda dalam bentuk panduan tipis/booklet.


Adakah anda seronok membuat kerja-kerja kraftangan ? anda boleh menjualnya secara pos ( tetapi pastikan anda mendapatkan keuntungan yang sepadan ). Adakah anda seronok melakukan kerja-kerja berkaitan dengan kereta ? buat katalog/flyer yang menerangkan perkhidmatan membaiki motokar yang anda tawarkan.

Adakah anda seronok menjadi penulis ? Tulis satu panduan kecil/booklet seperti panduan ‘ bagaimana untuk ’ dan jualkannya melalui pos atau sistem multi level. Adakah anda suka melakukan dan bekerja didalam bidang komputer program ? Tulis satu program dan jadikannya sebagai program shareware berkumpulan ataupun anda boleh menjualkannya secara pos juga kepada mereka yang berminat.

Ya ! apa sahaja yang anda suka dan minat untuk melaksanakannya, dengan mudah boleh diubah menjadi satu bidang perniagaan secara otomatik. Sesebuah barangan mungkin hanya sesuai dijual disekitar rumah dan jiran-jiran anda, sementara banyak barangan lain pula boleh dijual secara meluas secara pos. jika anda mahu menjual secara pos apa yang perlu dilakukan ialah tulis satu iklan mudah yang ditaip.

Mulakan iklan anda itu dengan saiz kecil 1 inci, 2-3 inci. Suruh bakal pelanggan atau pembaca anda mengirimkan setem atau RM1 untuk mendapatkan maklumat lebih lengkap. Apabila mereka menghantar surat pertanyaan kepada anda, masukkan katalog keterangan ringkas dan harga produk yang anda jual itu.

Pastikan anda juga ada menyediakan satu borang kecil untuk mereka membuat pesanan sama ada barangan atau perkhidmatan anda. Sudah tentu juga anda boleh menyertakan surat penghargaan anda kepada mereka dengan menyatakan bahawa anda sangat berbesar hati untuk membuat urusniaga dengan mereka dimasa hadapan.

Adakah anda tahu bagaimana kebanyakan peniga hilang peluang perniagaan kerana mereka tidak menyediakan ‘ cover letter ’ ini untuk meningkatkan lagi gaya perniagaan . anda juga perlu mempelajari banyak perkara lain dengan membuat tinjauan dan pembacaan mengenai perniagaan-perniagaan di rumah yang lain.

Sebelum saya memulakan perniagaan saya dahulu saya juga telah membaca berbagai-bagai buku dan melihat serta menyertai berbagai-bagai program mencari wang atau menambahkan pendapatan .


Ada juga yang membuat iklan satu muka penuh yang menyatakan bagaimana mereka boleh memperolehi wang sehingga satu juta dalam masa yang singkat. Pada peringkat permulaan anda boleh menjual barangan atau perkhidmatan anda dengan harga yang murah sehinggalah anda faham dan yakin anda boleh menjual barangan yang lebih mahal pula.

Banyakkan membuat kajian dan penyelidikan serta membaca buku yang berkaitan perkara yang ingin anda ceburi di mana anda boleh mendapatkannya di mana-mana perpustakaan ataupun anda boleh pergi ke kedai buku dan mencari tajuk yang berkaitan untuk memberlinya. Ya ! sudah tentu ianya mudah dan ini hanyalah baru diperingkat permulaan.

Jika ia berkaitan dengan hobi anda, mungkin anda perlu memperuntukkan beberapa bulan untuk melaksanakannya sehinggalah anda boleh berpuashati dengan keuntungan yang bakal diterima kelak. Kebanyakan orang yang mempunyai hobi akan menghabiskan banyak wang untuknya. Anda pula hanya perlu menghabiskan wang anda untuk membuat iklan yang mana ianya akan memberikan keuntungan pula kepada anda disebabkan oleh hobi anda itu dan kerana anda jadikan ia sebagai satu cabang perniagaan anda.

Cuba aje, insya Allah pasti menjadi punya.

Selamat Mencuba !

14
Apr
10

3 RAHSIA MENCARI WANG YANG BANYAK DIRUMAH

Peluang Membina Kehidupan Yang Lebih Cemerlang.

Ramai orang menganggap mencari wang untuk disimpan atau dilaburkan sebagai satu masalah besar. Tetapi kita patut melihat masalah ini sebagai satu peluang bukannya sebagai satu halangan. Peluang ini datang dalam tiga bentuk :

  1. Mengamalkan tatabiat berjimat cermat
  2. Mengurangkan perbelanjaan
  3. Menambah pendapatan

Bagi orang- orang yang bermotoivasi, objektif-objektif ini mudah dicapai tanpa mengira had umur, kemahiran dan kelayakannya. Mari kita kaji satu persatu :

1. Mengamalkan tabiat berjimat cermat

Satu perkara yang amat sukar dilakukan pada mulanya tapi menjadi tabiat baik dengan mudah ialah dengan menyimpan sebahagian daripada pendapatan anda bila sahaja anda menerimanya. Disiplin ini baik kerana ia tidak memberi peluang untuk anda memboroskannya bila anda mendapatnya.

Sebaiknya wang itu dimasukkan kedalam akuan yang tidak mudah dikeluarkan. Wang ini sepatutnya disimpan untuk dilaburkan, dan tidak wajar jika ia digunakan untuk perbelanjaan anda sehari-hari walaupun dalam keadaan terdesak.

Mungkin anda tidak setuju dengan cara ini kerana biasanya perbelanjaan anda melebihi perolehan anda, tetapi anda dinasihatkan agar melakukannya sekarang.

Mungkin anda juga bertanya berapa banyakkah jumlah wang yang perlu disimpan. Sebaiknya dan dicadangkan agar anda mula menyimpan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pendapatan yang anda perolehi.

Dalam tempoh yang sekejap, jumlah simpanan wang anda akan menjadi banyak dan ini akan lebih memberi semangat untuk anda menyimpan dengan jumlah yang lebih banyak lagi.

2. Mengurangkan perbelanjaan

Kita selalunya membelanjakan wang untuk banyak perkara. Ada diantaranya memang perbelanjaan perlu seperti sewa rumah dan membeli makanan serta membayar bil-bil dan juga membeli pakaian. Banyak juga diantaranya adalah tidak benar-benar perlu tetapi kita libatkan juga seperti perbelanjaan berkaitan kereta, barang hiasan rumah dan ada juga diantaranya belanja untuk keperluan mewah yang sama sekali tidak diperlukan atau digunakan dan sebenarnya kita boleh ketepikan perkara tersebut.

Rahsia mengurangkan perbelanjaan ialah dengan cara menilai semula keseluruhan perbelanjaan dan memotong perbelanjaan yang tidak diperlukan dan yang boleh dielakkan tanpa menjejaskan mutu hidup anda. Bukan tidak boleh melancung atau makan diluar, tetapi ada baiknya masa yang ada itu digunakan untuk merancang kewangan anda.

Terdapat juga perbelanjaan yang tersembunyi, contohnya anda boleh menjimatkan penggunaan gula, dan mengurangkan merokok. Dengan cara ini sebenarnya tanpa anda sedari bahawa anda boleh menjimatkan beribu-ribu ringgit setahun. Anatara perkara yang boleh dijimatkan perbelanjaannya ialah seperti berikut :

Rumah Sewa

Pindah kerumah yang harga sewanya lebih murah, atau berkongsi menyewa atau membeli rumah sendiri kerana ianya lebih menguntungkan untuk jangka masa panjang.

Kad kredit

Bayarlah secepat mungkin untuk mengelakkan bertimbunnya bunga.

Kelengkapan Rumah

Gas, letrik, minyak atau bahan api patut digunakan dengan jimat. Ringkaskan perbualan telefon anda, dan anda juga boleh membuat panggilan pada waktu malam kecuali untuk kecemasan. Panggilan pada waktu malam atau diluar puncak adalah menjimatkan kerana kosnya lebih murah.

Makanan

Membeli banyak sekaligus adalah lebih murah. Beli dari pasar minggu atau pasaraya borong. Kurangkan makan yang berlemak yang biasanya lebih mahal. Sebalinya makanlah makanan yang berkhasiat tetapi lebih murah. Jika ditempat kerja anda mempunyai kantin, bolehlah makan dikantin dan kurangkan makan diluar. Begitu juga minuman jika anda kerap membeli mineral water lebih baik anda membeli penapis air. Membeli pati jus adalah lebih murah berbanding daripada air yang siap dibancuh.

Pakaian

Membeli baju yang berkualiti dan tahan lama adalah lebih baik dari terlalu kerap membeli baju yang murah tetapi mudah rosak.

Kereta

Jika jarang menggunakannya tidak payah membelinya. Jika selalu menggunakannya, belilah model yang ekonomik. Servis dan baiki sendiri apa-apa yang mudah. Basuh sendiri kereta anda. Selalulah mengetahui harga membaiki kereta dan harga kompeonennya.

Percutian

Amalkan pergi bercuti ditempat yang dekat dan lebih murah perbelanjaannya.

Diatas adalah contoh pengorbanan kecil yang dapat membantu dan menjimatkan banyak wang anda. Ia tidak akan menjejaskan kualiti hidup anda pada masa sekarang tetapi memberi banyak faedah untuk kemewahan pada masa hadapan.

3. Menambahkan Pendapatan

Selari dengan usaha berjimat, anda patut menambahkan pendapatan. Usaha menambah pendapatan nampak sukar tetapi jika anda mahu mencuba ianya tidaklah sesukar mana.

Tugas pertama bila anda mahu mencari sumber untuk meningkatkan pendapatan ialah mengenalpasti dengan tepat apakah yang anda suka buat dan anda boleh melakukan perkara tersebut dengan baik.

Setiap orang mempunyai kebolehan, biasanya mereka ada satu atau dua kebolehan utama atau lebih lagi dan beberapa (bakat) kecil. Kebolehan menzahirkan bakat ini penting untuk memperolehi kegembiraan dan kebahagiaan anda.

Jika anda mampu menzahirkannya dalam persekitaran perniagaan, sudah tentu ia boleh mendatangkan keuntungan yang sangat lumayan. Banyak contoh yang boleh diberikan. Contohnya jika anda bagus menggunakan tangan, cuba anda fikrikan membuat kerja sambilan dengan membaiki sesuatu.

Anda juga boleh melakukan kerja plumbing atau berkenaan paip, jam, radio atau computer. Sekiranya anda minat berkebun, cuba manafaatkan hobi ini dengan menawarkan khidmat kepada orang lain, seperti emmbuat landskap, menjual sayur-sayuran kepada orang lain, buah-buahan, beih dan sebagainya juga boleh mendatangkan keuntungan yang lumayan.

Sekiranya anda suka bercakap dan berjumpa orang ramai,anda mungkin boleh menjual sesuatu. Anda boleh melibatkan diri dalam jualan langsung, atau mangajar, atau menjual insuran. Apa sahaja minat atau kemahiran, jika anda mahir anda boleh mengajarnya kepada orang lain, sama ada secara bebas atau secara formal.

Jika anda tidak minat untuk menjadi usahawan, anda boleh bekerja tambahan diorganisasi yang berkaitan dengan hobi dan minat anda. Untuk berjaya memang sangat penting jika anda membuat sesuatu yang anda suka. Jika tidak sudah tentu sukar untuk mendapat hasil yang baik, kerana biasanya selepas seharian bekerja kita akan merasa penat dan letih. Jika selepas itu terpaksa pula membuat sesuatu kerja tambahan yang tidak disukai sudahtentu kerja tersebut tidak dapat dilakukan dengan baik dan tidak akan bertahan lama, walau berapa bagus pun motifnya.

Anda hanya akan berjaya pada kerja-kerja yang anda suka, dimana ia menggunakan bakat semulajadi anda dan membolehkan anda menyalurkan kearah yang menguntungkan. Ramai orang yang berfikir hanya sebahagian industri atau sector sahaja yang menguntungkan, sebenarnya anda boleh berjaya walau dalam apa sahaja bidang. Ini boleh dibuktikan oleh jutawan-jutawan yang telah mengalaminya.

Jika anda mempunyai masalah untuk mendapatkan idea atau peluang lebih baik cari dua rakan dan duduk bersama, ambil kertas kosong dan catitkan semua idea yang difikirkan. Tidak kira walau bagaimana pun idea itu.

Jangan dikritik semua idea yang diberi, selepas itu barulah idea itu ditapis dan dikaji serta dianalisis sehingga satu penyelesaian dapat diwujudkan. Tidak kira berapa lama pun masa yang anda ambil, mungkin satu atau dua hari, seminggu dua atau sebulan dua, asalkan sahaja ianya tidak diperam begitu sahaja. Ini biasa berlaku, kerana bila kita ada idea tetapi tidak membuat sebarang tindakan akhirnya selepas bertahun-tahun kita tetap berada ditakuk lama.

Yang malang pula ialah apabila ada orang lain yang telah melaksanakan idea yang pernah kita fikirkan dahulu. Anda juga boleh melakukannya seorang diri, cari tempat sunyi atau anda bangun diawal pagi selepas solat subuh, anda janganlah tidur. Ia boleh dilakukan dihujung minggu atau hari cuti. Lupakan masalah seharian dan tenangkan fikiran, adalah lebih baik bagi anda untuk sembahyang tahajud ditengah malam. InsyaAllah anda mudah mendapat ilham dan membuka minda separuh sedar anda sebelum ini.

Demikianlah mengenai rahsia mencari banyak wang, ianya dalah satu usaha yang bersepadu atau bergabung. Satu usaha akan menguatkan usaha yang lain. Penulis juga ingin menambah bahawa perkara-perkara diatas perlu disokong dan ditambah dengan perkara-perkara yang digalakkan oleh agama seperti berdoa, sedekah, zakat, menolong orang, bersolat dan sebagainya.

Ini perlu kerana setiap kebaikkan akan dibalas dengan kebaikan dan semua usaha hanyalah datang dengan berkat dan rahmat dari Allah. Kita juga harus bertawakkal, dan sebagai orang beriman kita harus sentiasa redha dan mengkaji setiap kebaikan dan keburukan. Mudah-mudahan Allah akan memberi rezeki yang melimpah kepada kita. Bila ada banyak wang banyak pula kebaikan yang boleh dilakukan.

19
Feb
10

I’m Back Again!!.. Salam Tahun 2010

Ini sungguh betul-betul ‘tersangat’lah lamanya saya tidak up-date apa-apa didalam blog ini.. Sebabnya?..

Bukan nak boikot ker, dah ‘fed-up’ ker, pergi bertapa didalam gua ker atau apa-apa saja tanggapan dibenak hati anda..

Memang sengaja saya tidak mahu up-date, sebabnya???…hmm mm saya banyak menghabiskan masa saya dengan membaca buku, melayari blog rakan-rakan yang lain dan sambil itu menjalankan tugas harian macam biasa.

Ini pun dah hampir masuk ke bulan Mac 2010..  siapdah tukar ke theme baru diblog wordpress ni.

Sengaja pilih theme yang warnanya agak gelap sikit supaya dapat ler jimat bateri laptop ker atau bil elektrik sesiapa yang berkungjung diblog saya ni..(ehh jika ada ler yer.) Lagi satu lebih cepat line speed bila melayarinya..kan.

Dahulu tak berapa banyak theme diwordpress yang diberi ‘free’ ni.. La ni al-hamdulillah macam-macam theme ada disediakan.. boleh pilih pelbagai bahasa pulak tu kan..? Itu idea kreative namanya.. supaya orang ramai boleh mengunapakai sistem yang diciptakan berbentuk ‘mesra pengguna’.. Tidak kiralah blogger atau wordpress ker masing-masing mempunyai ciri-ciri kelebihan tersendiri bagi menarik lebih ramai pengguna diluar sana mengaplikasikan sumber yang percuma ini.

Memandangkan hari ni hari Jumaat ‘Penghulu segala hari’ maka saya nak bersiap-siaplah nak pergi ‘Solat Jumaat’.

Nak cerita pasal ‘Cari Duit Buat Wang’ ni boleh lah saya tulis dilain kali saja lah..

Ni pun tengah belajar-belajar ‘tool-tool’ yang baru dalam wordpress ni.. Semoga berjumpa dilain pula. k

Salam Hari Jumaat dan Sejahtera hendaknya anda disana..

20
Dec
08

Terima Kasih 2008 .. Selamat Datang 2009

Sudah sekian lama saya tidak kemaskinikan blog ini.

Tapi tak apalah yang penting saya masih diberi kesempatan oleh Yang Maha Mengasihi lagi Maha Penyayang untuk mengisi ruang masa disini bagi penghujung tahun 2008 ini.

Salah satu daripada anugerah illahi kepada kita adalah umur yang panjang serta rezeki yang melimpah ruah dibumi Malaysia yang tercinta ini.

Pedulikan apa orang lain nak kata kepada Negara kita ini, yang lebih utama kita masih lagi dapat bertahan dan meneruskan perjuangan meniti kehidupan yang semakin mencabar ini. Perkara yang kecil usah lah diperbesarkan, perkara  yang lepas jangan dikenang (bak lirik lagu P.Ramlee) kelak nanti meracunlah diri..

Banyak lagi perkara yang perlu diperbincangkan oleh rakyat Malaysia khasnya dan lebih-lebih lagi harga minyak telah semakin menurun dipasaran global. Maka disinilah peluang keemasan yang perlu segera kita ambil tindakan agar kita dapat meningkatkan ekonomi negara serta rakyat amnya. Dulunya RM 1.97 sen kini RM 1.80 sen (oh sungguh murahnya..)

Pengambilan pekerja asing hendaklah dikawalselia dengan ketat agar peluang-peluang kepada para penganggur serta penduduk yang berpendapatan rendah dapat bekerja dan mendapat pendapatan tetap bagi meneruskan kehidupan mereka.

Untuk mencari duit pada masa sekarang ini amatlah mudah sekali jika dibuat kajian secara terperinci. Rakyat Malaysia memang mempunyai kesungguhan untuk mencari peluang bagaimana membuat wang walau pun masih bekerja dijabatan kerajaan mahu pun swasta. Teknologi ICT yang telah berkembang meluas juga telah menjadi satu budaya dikalangan masyarakat Malaysia tidak kira dimana mereka berada. Di Cybercafe, dikedai kopi Starbuck, mahupun di restoran KFC telah diberi kemudahan Wifi bagi pelanggan melayari internet dan sebagainya.

Saya percaya dengan kestabilan ekonomi Malaysia pada 2008 ini akan melonjakkan lagi mutu dan kualiti pemikiran masyarakat Malaysia yang telah celik IT.

Namun jika kita masih lagi mempunyai sikap dan pemikiran berpuak-puak, berpati-patian, cuba ‘menegakkan benang yang basah’ dikalangan kita, percayalah apa yang kita ‘tidak mahu’ berlaku ditahun 2009 pasti AKAN BERLAKU juga. Anda ‘menarik perkara-perkara yang anda tidak mahu’ didalam kehidupan anda’ sebenarnya,

Kita semua mempunyai pelbagai idealogi dan setiap idealogi itu anda yang membenarkannya sendiri. Anda hendak menjadi kaya-raya, memang BOLEH, sebab anda dlahirkan dengan pelbagai kekayaan yang tidak ternilai dengan wang ringgit. Sanggupkah anda menjual mata anda kepada orang yang buta dengan jutaan ringgit? Beranikah kita menukarkan buah pinggang anda dengan sejumlah wang ringgit?

Menjadi kelaziman kita apabila sampai masa dipenghujung tahun, pastilah masing-masing memasang azam dan tekat bagaimana untuk menjadikan tahun baru 2009 menjadi tahun yang lebih berjaya dari tahun yang lalu, kan?

Tidak menjadi kesalahan untuk kita berazam dengan bersungguh-sungguh untuk mengubah kehidupan masa kini menjadi lebih hebat dari dahulu.

Usah dikenangkan azam lama yang tidak kesampaian untuk disempurnakan. Sebaiknya kita harus membina tekat dan keinginan yang membara supaya ditahun ini apa jua yang menghalang usaha kita, pasti akan kita tempohi dengan mudah dan berjaya mencapai apa yang kita hajati itu.

Terima kasih 2008 kerana ‘engkau’ telah mendewasakan ‘aku’ dalam perjalanan menuju matlamat yang tidak berkesudahan ini.

Selamat Datang 2009.. dan sambutlah ‘aku’ dengan memberikan ‘aku’ peluang untuk merealisasikan impianku ke arah “Kebebasan Kewangan” serta “Kebebasan Keperibadian”.

18
Sep
08

Panduan Dan Teknik Rahsia eBay Terbongkar!

Inilah Rahsia beliau..

“Saya menjual pelbagai-bagai barangan seperti T-Shirt, Pendrive, Mousepad, Mug, dan beratus-ratus produk lain di eBay. Bukti di atas menunjukkan bukti pendapatan saya dari salah sebuah akaun PayPal saya. Untuk pengetahuan anda, semua produk tersebut adalah ‘design’ saya sendiri tetapi SAYA TIDAK PERNAH MELIHAT ATAU MENYENTUH SEMUA BARANGAN YANG SAYA PERNAH JUAL!!

“Ya! Benar! Saya hanya membuat ‘design’, kemudian ada pihak lain yang akan mencetak, membungkus dan seterusnya menghantar produk tersebut terus ke pintu pelanggan eBay saya!

Jadi mengapa hanya memandang sepi ‘Rahsia’ beliau itu?.. Ayuh

Sekarang inilah masanya untuk kita bertindak..

Tapi bagaimana untuk memulakannya..?

Mudah sahaja.. Melalui panduan dan teknik Rahsia beliau akan bertambah lagi penjualan dalam bidang ‘online’ khasnya ‘eBay’ ini. Dan anda juga boleh menjual produk rekaan anda sendiri melalui saluran eBay ini.

 

Oh ya, seperti kata beliau;

“Rahsia ini AMAT BESAR sehingga setelah anda mempelajarinya dari saya, anda sendiri akan merahsiakannya kerana lebih ramai orang tahu tentang rahsia ini, lebih ramai saingan anda di eBay! Oleh itu janganlah jadi orang yang terakhir mengetahui rahsia hebat ini.”

Melihat potensi perniagaan eBay ini boleh menjana pendapatan sampingan anda apa kata usah dilepaskan peluang yang keemasan ini..

Lawatilah di sini..

“Bertindak dengan fikiran dan cara yang tepat” menuju ke arah kejayaan anda.

14
Aug
08

Vitagen No.1- Minuman Susu Berkultur Baik untuk Penghadaman Anda!

V untuk Vitagen. Baik untuk penghadaman anda!

 

SOALAN-SOALAN YANG SELALU DITANYA

 

 

Soalan-soalan yang berkaitan dengan kesihatan.

 

Bolehkah wanita yang sedang mengandung minum Vitagen?

Ya, Vitagen adalah minuman yang sihat.

 

Bolehkah pesakit asma/lelah minum Vitagen ?

Pesakit asma/lelah adalah dinasihati untuk merujuk kepada doctor.

 

Bolehkah pesakit kencing manis minum Vitagen ?

Pesakit kencing manis adalah dinasihati untuk merujuk kepada doctor.

 

Bolehkah Vitagen menyebabkan kerosakan gigi ?

Tidak. Vitagen tidak mengandungi dektran yang merupakan factor utama dalam kerosakan gigi. Dektran akan melekat kepada lapisan enamel gigi dan menyebabkan kerosakan gigi atau kereputan enamel.

 

Bolehkah Vitagen menyebabkan kahak ?

Tidak.

 

Adakah Vitagen mempunyai kesan sampingan selepas diminum ?

Tidak.

 

Jika kerap minum Vitagen, bolehkah ia menyebabkan cirit-birit ?

Tidak. Walau bagaimanapun, daripada pandangan pakar pemakanan, seseorang itu dinasihati untuk tidak mengambil apa-apa jenis makanan secara keterlaluan.

 

Mengapakah Vitagen bagus untuk diminum oleh pesakit ?

Apabila seorang pesakit makan ubat antibiotik, keseimbangan di antara bakteria yang baik dan bakteria yang bahaya akan terganggu. Dengan meminum Vitagen, ia dapat menambahkan bakteria yang baik didalam kolon dan menindas penggandaan bakteria yang bahaya yang boleh menyebabkan jangkitan sekunder.

 

Adakah Vitagen sesuai untuk diminum apabila sedang cirit-birit ?

Ya, Vitagen boleh diminum apabila sedang mengalami cirit-birit. Gangguan terhadap flora usus merupakan satu di antara sebab-sebab yang menyebabkan cirit-birit. Laktobasilus di dalam Vitagen boleh menolong mengembalikan keseimbangan dantara bacteria yang baik dan bacteria yang bahaya di dalam usus kita.

 

Apakah itu ‘sikap tiada toleransi laktosa’ ?

Orang yang tiada toleransi terhadap laktosa adalah orang yang tidak boleh menghadam laktosa yang berada di dalam produk pengeluaran tenusu. Orang-orang ini adalah dilahirkan tanpa enzim penghadaman atau kehilangan enzim penghadaman yang membolehkan mereka menghadam laktosa yang terkandung di dalam produk pengeluaran tenusu atau susu. Simptom tiada toleransi terhadap laktosa termasuk kejang, mengembung, cirit-birit dan gas.

 

Bolehkah seseorang yang tiada toleransi terhadap laktosa minum Vitagen ?

Seorang yang tiada toleransi terhadap laktosa boleh minum minuman susu berkultur dengan tiada masalah. Ini adalah disebabkan kandungan laktosa yang telah dikurangi di dalam minuman ini.

 

Enzim daripada laktobasilus boleh menolong menghuraikan laktosa semasa proses fermentasi di dalam pemprosesan susu berkultur.

 

Soalan-soalan yang berkaitan dengan kanak-kanak.

 

Adakah Vitagen sesuai diberi kepada bayi-bayi yang berumur satu tahun?

Ya. Vitagen boleh diberi kepada bayi-bayi yang berumur satu tahun atau kepada bayi-bayi telah dilahir beberapa bulan bergantung kepada kesihatan bayi-bayi dan keadaan najisnya. Mula dengan sedikit Vitagen yang dicairkan dengan air suam (sebagai contoh: satu sudu Vitagen dicairkan dengan dua sudu air suam).

 

Tujuan memberikan Vitagen kepada bayi-bayi adalah untuk membekalkan mereka dengan laktobasilus yang hidup dan bukan untuk mengganti susu ibu atau susu formula/rumusan.

 

Bimbang dengan kanak-kanak minum minuman sejuk ?

Ibubapa yang bimbang dengan anak-anak mereka minum minuman sejuk, boleh mengeluarkan Vitagen daripada peti sejuk sebelum anak-anak mereka makan. Apabila anak-anak mereka habis makan, suhu Vitagen sudah hampir sama dengan suhu bilik.

 

Bimbang dengan kanak-kanak yang sedang batuk ?

Ibubapa yang bimbang dengan anak-anak mereka yang sedang batuk, adalah dinasihati bahawa semua jenis minuman sejuk tidak sesuai diminum. Akan tetapi Vitagen boleh diminum apabila sudah diambil keluar daripada peti sejuk selama ½ jam

 

Adakah Vitagen Cuma untuk kanak-kanak ?

Setiap orang tidak kira umurnya boleh menikmati manafaat Vitagen. Ia adalah minuman berkhasiat untuk sekeluarga.

 

 

 

 

Tempoh hayat / Hayat simpanan

 

Berapa lamakah Vitagen boleh disimpan pada suhu bilik selepas dibuka ?

Tidak lebih daripada 2 hingga 3 jam.

 

Berapa lamakah Vitagen boleh disimpan pada suhu bilik selepas dibeli daripada pasaraya sebelum disimpan didalam peti sejuk ?

Tidak lebih daripada 2 hingga 3 jam.

 

Corak meminum

 

Berapa botol Vitagen boleh seorang minum dalam satu hari ?

Sekurang-kurangnya satu botol sehari untuk membekalkan badan dengan bakteria yang baik diperlukan sehari. Akan tetapi kalau ada simptom ketidakselesaan usus seperti sembelit, cirit-birit. Ulser/bisul. Keletihan/fatig, mengembung, sedawa, nafas yang berbau, pedih hulu hati ataupun rasa mual, dengan minum lebih daripada satu botol Vitagen boleh mengurangkan ketidakselesaan tersebut.

 

Bilakah masa yang paling sesuai untuk minum Vitagen ?

Vitagen paling sesuai diminum selepas makan apabila keasidan di dalam perut adalah kurang daripada keasidan sebelum makan. Keasidan yang kurang di dalam perut boleh menolong laktobasilus di dalam Vitagen sampai ke dalam usus dalam keadaan hidup.

 

Mengenai Vitagen

 

Mengapakah Vitagen tidak sama dengan yang lain ?

Setiap botol Vitagen mengandungi lebih daripada 10 bilion bakteria baik. Ia mengandungi jus buah-buahan sebenar dan dikulturkan di dalam susu yang berkualiti tanpa bahan pengawet.

 

Mengapakah Vitagen perlu diminum setiap hari ?

Vitagen perlu diminum setiap hari untuk mengekalkan keseimbangan yang baik di antara bakteria yang baik dan bakteria yang bahaya. Apabila keseimbangan ini tidak diganggu, kita akan berasa sihat dan segar. Vitagen juga membekalkan flora usus kita dengan bekalan tetap laktobasilus. Laktobasilus di dalam Vitagen bersama dengan bakteria yang baik ddi dalam usus kita akan menindas bakteria yang bahaya daripada merosakan kesihatan kita.

 

Berapa lamakah Vitagen boleh tahan ?

Vitagen boleh tahan selama lebih kurang tujuh (7) minggu jikalau disimpan dalam keadaan yang sesuai pada suhu 4 darjah Celsius atau dibawah 4 darjah Celsius.

 

Apakah kultur laktobasilus hidup dari Makmal Chr. Hansen Denmark ?

Kultur laktobasilus hidup adalah bakteria bermanafaat yang berupaya mengekalkan kesihatan di dalam sistem penghadaman kita terutama di kolon dan isi perut. Mereka adalah cukup tegap untuk menentangi bendalir penghadaman seperti hempedu dan jus perut yang berasid dan kekal wujud semasa perjalanan melalui perut dan sampai ke usus besar dalam keadaan hidup. Mereka juga menghalang pertumbuhan bakteria yang bahaya di dalam usus.

 

Makmal Chr. Hansen terkenal di dunia sebagai sebuah syarikat yang mengetuai bidang bioteknologi. Ia telah membekal bakteria kultur yang berkualiti tinggi kepada industri tenusu lebih dari pada 100 tahun.

 

Dibawah keadaan yang manakah bakteria yang bahaya akan berganda di dalam sistem usus kita ?

Bakteria yang bahaya akan berganda apabila diet seseorang mengandungi banyak protein dan kurang gentian.

 

Soalan-soalan Umum

 

Apakah tahap di antara bakteria yang baik dan bakteria yang bahaya di dalam kolon yang sihat ?

Di dalam keadaan yang unggul, bakteria di dalam kolon yang sihat perlu mengandungi sekurang-kurangnya 85 % bakteria yang baik dan tidak melebihi 15 % bakteria yang bahaya. Akan tetapi, bilangan bakteria di dalam kolon yang tipikal dalam masyarakat kini cuma mengandungi 15 % bakteria baik dan 85 % bakteria yang bahaya.

 

Oleh yang demikian, minumlah Vitagen bagi menambahkan bilangan bakteria yang baik di dalam badan kita. Apabila laktobasilus bergabung dengan bakteria yang baik di dalam badan kita, bilangan mereka akan berganda dengan banyak. Akibatnya, persekitaran di dalam flora kolon menjadi tidak sesuai untuk pertumbuhan bakteria yang bahaya.

 

 

 

Vitagen No.1

Minuman Susu Kultur di Malaysia

(Sayangi Perut Anda Setiap Hari)

04
Jun
08

Rahsia Google Adsense Terbongkar (JWA2.0)

Ketahuilah bahawa cara yang memerlukan anda menjana wang melalui Google Adsense telah terbongkar Rahsianya menerusi Pakej Lengkap dan Terkini Google AdSense & Trafik v2.0 ini. Bravo..saudara Nawar dan Team mereka..

“Modul Bocor” Jana Wang Adsense – Klik Disini!

Hasil usaha mereka telah mendapat sambutan diluar dugaan dan terpaksa ditutup sementara kerana masalah trafik web server mereka.. Wow..teruja saya mendengarnya.

Apa taknya, saya selaku pelanggan mereka terpaksa bersabar menanti link download untuk muat turun ebook yang serba lengkap dan memang terkini.

Saya memang semenjak dari dulu mahu mencari bahan rujukan berkenaan Google Adsense ini yang benar-benar mencapai apa yang dihajatkan difikiran saya selama ini. Nah kini anda boleh juga mencubanya dengan memiliki ebook tersebut.

Dapatkan 6 Modul AdSense Percuma!

Kebetulan esok telah diumumkan harga petrol naik lagi dan ini bermakna anda perlu sesuatu tindakan untuk menambah pendapatan sampingan dan inilah masanya kita mempelajari sesuatu yang berguna selain dapat berkongsi maklumat sesama rakan yang hidup susah dan selalu mengalami kesesakan wang belanja bulanan.

Tambah Pendapatan Online Anda Disini!

Memang pada awalnya semua orang berat untuk mengeluarkan modal membeli sesuatu kerana mereka dibelengu pelbagai masalah kewangan masakini.

Dahulu gula habis, kemudian minyak masak, lepas tu tepung, kemudian pula tu beras.. laa ni hah mintak petrol laa pulak.. Semua orang kena berjimat sekarang..

Sebab itulah kita perlukan alternatif cara lain seperti melakukan usaha niaga secara senyap menerusi program Adsense ini.

So, apa yang perlu anda lakukan adalah;-

Panduan akan diberikan untuk anda memulakan pembelajaran secara basic dahulu. kemudian..

Berkongsi ilmu untuk menambah rezeki sesama insan adalah lebih baik kerana ilmu dapat memimpin seseorang itu menjadi yang terbaik bagi membentuk seorang Insan yang dikagumi dan dihormati.

Sebaliknya jika harta kekayaan yang kongsi tanpa ilmu pengetahuan akan menyebabkan ianya menjadi rebutan sesama insan pula..

Ingatlah tidak akan habis ilmu jika disebarkan kepada insan kerana ilmu itu ibarat cuma setitis air ditengah lautan samudera.. apatah lagi harta benda..

Semoga anda berjaya menempuh kehidupan dengan cara yang bijaksana. ‘Genuis is more than talent’

Anda adalah pengerak kehidupan anda sekarang.

Bertindaklah sekarang untuk masa depan anda.

Sekian.

Mulakan Google AdSense Anda Dengan Betul!




Disember 2016
M T W T F S S
« Apr    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Blog Stats

  • 57,254 hits

Mari kongsi ilmu cari duit dan buat wang

Flickr Photos

Trillium Lake Alpine Glow

Chin Scratching Short-eared Owl

Arrow . . .

Arrow - Macro Monday

" Arrow man "

More Photos

Pilihan Kategori

Jom Twitter

ViralHosts.com