Arkib untuk Oktober 2007

31
Okt
07

Dengarlah Klasik National.FM

 my favorites channel

KLASIK NASIONAL BOLEH DIDENGARI SECARA ONLINE DI

http://www.rtm.net.my

KLASIK NASIONAL BOLEH DIDENGARI DI SELURUH DUNIA.

 FREKUENSI KLASIK NASIONAL NEGERI / BANDAR
87.6 SARAWAK (Kuching)
87.7 WILAYAH PERSEKETUAN (K.Lumpur, Putrajaya)
87.9 NEGERI SEMBILAN (Seremban)
88.1 SABAH (Kota Kinabalu)
88.3 / 103.3 PERAK (Ipoh)
92.5 TERENGGANU (Kuala Terengganu)
93.6 MELAKA (Melaka)
94.9 / 93.9 PULAU PINANG (George Town)
94.9 PERLIS (Kangar)
94.9 / 88.7 KEDAH (Alor Setar)
94.9 LANGKAWI (Kuah)
98.3 SELANGOR ( Shah Alam)
101.1 KELANTAN (Kota Bharu)
106.7 JOHOR (Johor Bahru)
107.9 PAHANG (Kuantan)

Anda rasa boring dengan irama lagu terkini..? Marilah buka radio anda dan ikutilah panduan frekunsi klasik national seperti di atas mengikut daerah negeri atau bandar. Anda pasti mengatakan siaran Radio ini “Mengamit Memori”.

Bagaimanapun siaran lagu ini hanya mendendangkan irama lagu melayu serta melayu-indo sahaja. Lagu “orang putih” kena buka siaran “Kenangan Lalu” Kuala Lumpur (KLKL) 97.2 (KLfm) ..hehe..hee ok yer..  kat situ ada lagu campur-campur termasuk lagu hindi sekali.Bukan tak boleh dengar lagu baru sekarang ni, tapi maklumah kebanyakan DJ Radio ni ada yang lebih suka memutarkan lagu “Mat-mat Indon” tu.. D19 lah, Radhja lah, dsb.. kesian lagu kat Malaysia  ni kena kongker dek mat indon tu..Lagi pula kat siaran ni (Klasik National) setiap 1 jam pasti ada info berita terkini. Tak seperti siaran radio yang lain asyik-asyik membebel dengar DJ berceloteh dan kadang-kadang tetamu DJ sekali berceloteh sekali.Kadang-kadang tu DJ radio ni lebih suka membaca SMS dari pendengar, sampai tidak ada perkara yang keluar dari buah fikiran DJ tu sendiri yang kita dengar.

Saya berpendapat DJ Radio yang menerima berita hal-hal kesesakkan lalulintas perlu disediakan satu moniter TV seperti kat DBKL atau PDRM kan senang. Tak payahlah pendengar ‘perabih’ duit SMS hantar info. Yang untung ialah pihak “DAPAT”.

Kalau dihitung-hitunglah jumlah keuntungan kos SMS yang dihantar oleh pihak pendengar ni sudah beratus ribu ringgit agaknya. Nak daftar jadi SAHABAT pun kena ‘charge’ hantar SMS ker atau MMS pun kena bayar.

Berbaloi ker semua tindakan kita ni. Pihak telekomunikasi adalah pihak yang mendapat laba daripada perkhidmatan SMS ini. Mereka tidak ada langsung membantu pihak masyarakat menghebahkan sekiranya berlaku kehilangan anak-anak kecil atau orang lain dengan memaklumkan menerusi telepon bimbit kepada semua penggunanya sama ada dengan MMS atau teks biasa umpamanyalah..

Apa-apa pun Klasik National yang beroperasi 24 jam “tetap menjadi pujaan hatiku”..

Syabas kepada DJ-DJ Klasik National..

Permintaan saya: Kalau boleh selit-selitkanlah lagu “Pop Yeh-yeh” sekali dalam siaran tu yer..” barulah ada uummphh!!.. tak gitu..? 

Favorites lagu saya: Nyanyian daripada Dato’ Ahmad Jais

Advertisements
24
Okt
07

Adab Menyambut AidilFitri

Sebagai hadiah kemenangan orang-orang Islam dalam perjuangan mengengkang hawa nafsu di bulan Ramadhan Allah Subhanahu wa Ta`ala membalasnya dengan satu hari yang dinamakan `Idulfitri atau Hari Raya Fitrah, di mana Allah Subhanahu wa Ta`ala menghalalkan mereka berbuka puasa dan mengharamkan berpuasa pada hari tersebut.

Dalam keghairahan menyambut Hari Raya yang mulia adalah wajar ianya disambut mengikut lunas- lunas yang digariskan oleh Syara` dan tidak dicampurbaurkan dengan perkara-perkara yang dilarang atau yang diharamkan. Hari Raya memang tidak boleh disamakan dengan sambutan perayaan- perayaan yang lain, kerana ianya merupakan kurniaan Allah Subhanahu wa Ta`ala khusus kepada hamba-hamba yang beribadat dan berjuang melawan hawa nafsu sepanjang bulan Ramadhan.

Apakah adab-adab dan perkara-perkara sunat yang dilakukan ketika menyambut kedatangan Hari Raya?

Banyak fadilat atau kelebihan yang terdapat pada malam Hari Raya. Oleh sebab itu, di antara adab-adab dan perkara-perkara sunat yang telah digariskan oleh Syara` untuk kita melakukannya ialah menghidupkan malam Hari Raya itu dengan melakukan amal-amal ibadat seperti mendirikan sembahyang fardhu secara berjemaah, melakukan sembahyang sunat, bertakbir, memanjatkan doa ke hadrat Ilahi dan melakukan apa- apa jua bentuk perkara yang berkebajikan.

Al-Imam Al-Syafie Rahimahullahu Ta`ala telah menegaskan bahawa malam Hari Raya itu adalah di antara malam-malam yang mudah diperkenankan doa, sebagaimana beliau berkata di dalam kitabnya Al-Umm: “Telah sampai kepada kami bahawasanya pernah dikatakan, sesungguhnya doa itu sungguh mustajab pada lima malam; malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya Fitrah, awal malam Rajab dan malam Nisfu Sya`ban.

Perlu diingat juga, kelebihan menghidupkan malam Hari Raya itu tidak akan diperolehi melainkan dengan mengisi dan menghidupkan sebahagian besar malam tersebut, sebagaimana mengikut pendapat yang shahih.

Kemeriahan Hari Raya lebih dirasai apabila laungan takbir bergema. Namun begitu, tidak bermakna takbir itu semata-mata untuk memeriahkan suasana tetapi lebih dari itu, ianya lebih bersifat untuk melahirkan rasa kesyukuran dan mengagungkan Allah Subhanahu wa Ta`ala. Allah memerintahkan kepada kita mengakui akan kebesaran dan keagunganNya dengan mengucapkan takbir.

Ucapan takbir pada malam Hari Raya itu merupakan ibadah yang kita lakukan untuk melepaskan Ramadhan dan untuk menyambut kedatangan `Idulfitri. Oleh sebab itu, disunatkan kepada kita mengucapkan takbir dengan mengangkat suara, bermula waktunya dari terbenam matahari malam Hari Raya sehingga imam mengangkat takbiratul ihram sembahyang Hari Raya. Firman Allah Ta`ala:

Tafsirnya: “Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.” (Surah Al-Baqarah : 185)

Di pagi Hari Raya pula disunatkan mandi kerana Hari Raya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu `Abbas dan Al-Fakih bin Sa`d Radhiallahu `anhum bahawa Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam melakukan mandi pada Hari Raya Fitrah dan Hari Raya Adha. Hadits ini dikeluarkan oleh Ibnu Majah.

Di samping itu disunatkan juga memakai pakaian yang sebagus-bagusnya, memakai harum-haruman dan menghilangkan segala bau-bau yang tidak elok. Tidak kira sama ada orang itu hendak keluar pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang Hari Raya ataupun duduk sahaja di rumah, kerana hari tersebut merupakan hari untuk berhias-hias dan berelok-elok. Diriwayatkan daripada Ja`far bin Muhammad daripada bapanya daripada datuknya:

Maksudnya: “Bahawasanya Shallallahu `alaihi wasallam memakai kain yang bergaris-garis (untuk diperselimutkan pada badan) pada setiap kali Hari Raya.” (Hadits riwayat Al-Syafi`e dan Al-Baghawi)

Sebelum keluar pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang sunat Hari Raya Fitrah disunatkan makan dan minum terlebih dahulu kerana mengikut apa yang dilakukan oleh Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam sebagaimana yang diriwayatkan daripada Anas Radhiallahu `anhu, beliau berkata:

Maksudnya: “Nabi Shallallahu `alaihi wasallam tidak keluar pada waktu pagi Hari Raya Fitrah sehingga Baginda makan (terlebih dahulu) beberapa biji tamar dan Baginda memakannya dalam bilangan ganjil.” (Hadits riwayat Al-Bukhari dan Ahmad)

Selain itu, Hari Raya merupakan hari kemenangan dan kegembiraan, maka sebab itu disunatkan bagi sesama muslim saling mengucapkan tahniah antara satu sama lain dengan mengucapkan:

Ertinya: “Semoga Allah menerima daripada kita dan menerimaNya daripada awak.”

Daripada Jubair bin Nufair, di mana beliau merupakan salah seorang Tabi`en (orang-orang yang datang setelah Sahabat Nabi Shallallahu `alaihi wasallam) telah berkata (maksudnya): “Sahabat- sahabat Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam apabila mereka berjumpa di Hari Raya, setengahnya mengucapkan kepada setengah yang lain:

Ertinya: “Semoga Allah menerima daripada kami dan menerimaNya daripada awak.”

Menurut pandangan jumhur ulama bahawa mengucapkan tahniah di Hari Raya merupakan sesuatu perkara yang disyari`atkan di dalam Islam.

Al-Imam Al-Qalyubi menaqalkan daripada Al-Imam Ibnu Hajar bahawa memberi atau mengucapkan tahniah pada hari-hari raya, bulan-bulan dan tahun- tahun (kerana ketibaannya) merupakan perkara yang disunatkan. Al-Imam Al-Baijuri mengatakan: Inilah yang yang dii`timadkan.(Al-Mausu`ah Al-Fiqhiyyah, Juz 14, m.s. 100)

Manakala itu pula, amalan saling ziarah menziarahi rumah terutama sekali saudara mara terdekat dan sahabat handai merupakan suatu tradisi yang sentiasa diamalkan ketika menyambut Hari Raya. Amalan ini juga sebenarnya termasuk di dalam perkara yang digemari dan disyariatkan di dalam Islam.

Dalil yang menunjukkan pensyariatannya sebagaimana yang diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu `anha, beliau berkata:

Maksudnya: “Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam masuk kepadaku, dan di sisiku ada dua orang anak perempuan yang menyanyi dengan nyanyian Bu`ats. Lalu Baginda baring di atas hamparan dan memalingkan mukanya, dan kemudian Abu Bakar masuk, lalu mengherdikku dengan berkata: “Seruling syaitan di sisi (di tempat) Nabi Shallallahu `alaihi wasallam!” Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam menghadap kepada Abu Bakar lalu berkata: “Biarkan mereka berdua itu.”

Melalui riwayat Hisyam Baginda menambah: “Wahai Abu Bakar, masing-masing kaum ada hari rayanya, dan hari ini adalah Hari Raya kita.” (Hadits riwayat Al-Bukhari)

Al-Hafizh Ibnu Hajar Al-`Asqalani menerangkan di dalam kitabnya Fath Al-Baari bahawa kedatangan atau masuknya Abu Bakar Radhiallahu `anhu ke dalam rumah Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam menunjukkan seolah-olah Abu Bakar Radhiallahu `anhu datang sebagai pengunjung atau penziarah selepas masuknya Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam ke dalam rumah Baginda.

(Al-Fath Al-Baari, Juz 3, m.s. 116 & Al-Mausu`ah Al-Fiqhiyyah, Juz 31, m.s. 117)

Sehubungan dengan perkara ziarah menziarahi ini, adalah ditekankan kepada orang yang pergi berziarah supaya sentiasa komited terhadap etika ziarah yang ditetapkan oleh Islam. Umpamanya hendaklah meminta izin atau memberi salam sebelum masuk, tidak menghadapkan muka langsung ke arah pintu, menjaga adab kesopanan ketika berada di dalam rumah orang yang diziarahi, memilih waktu yang sesuai untuk berziarah dan sebagainya.

Dalam keghairahan menyambut Hari Raya, perlu diingat jangan sekali-kali sampai lupa kewajipan kita kepada Allah Ta`ala iaitu mendirikan sembahyang fardhu, dan kerana terlalu seronok jangan pula adanya berlaku perlanggaran batasan-batasan agama.

Apa yang di harapkan daripada sambutan Hari Raya sebenarnya bukannya semata-mata kegembiraan atau keseronokan tetapi yang lebih penting dan lebih utama lagi ialah mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta`ala. Semoga kita semuanya mendapat keberkatan dan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta`ala kerana menghidupkan, membesarkan dan mengagungkan Hari Raya Idulfiri.

KEMERIAHAN Hari Raya lebih dirasai apabila laungan takbir bergema.

Namun begitu, tidak bermakna takbir itu semata-mata untuk memeriahkan suasana tetapi lebih dari itu. Ianya lebih bersifat untuk melahirkan rasa kesyukuran dan mengagungkan Allah Subhanahu Wataala. Allah memerintahkan kepada kita mengakui akan kebesaran dan keagungan-Nya dengan mengucapkan takbir.

24
Okt
07

Mukjizat Rasulullah s.a.w

AL-KISAH

SEORANG Badwi berkata kepada Rasulullah S.A.W, “Tidak akan aku percaya kepada engkau sebelum ditunjukkan kepadaku satu MUKJIZAT.” “Apa yang engkau kehendaki?” tanya Rasulullah. “Suruh POHON kurma yang kering itu menghadap engkau,” kata Badwi itu.

Maka bersabda Rasulullah, “Pergilah engkau beritahu pada pohon yang kering itu, katakan bahawa Muhammad memanggilnya.”

Orang Badwi itu pun melakukan apa yang diperintahkan. Setelah diberitahu, POHON kurma itu kelihatan bergerak-gerak ke kanan dan ke kiri hingga TERCABUT akar-akarnya dan BERJALAN ia MENGHADAP Rasulullah lalu memberi SALAM. Rasulullah MENJAWAB salamnya.

Melihat peristiwa itu Arab Badwi itu terus mengucapkan kalimah syahadah. “Cukuplah Rasulullah, cukuplah katanya lagi.” Rasulullah pun memerintahkan pohon itu balik ke tempatnya.

Arab Badwi itu berkata lagi, “Wahai Rasulullah, aku telah meminta darimu sesuatu yang tidak pernah diminta oleh orang lain, pun engkau tunaikan, kerana itu izin aku sujud padamu setiap kali sujud sembahyang di belakangmu.”

Jawab baginda: “Tidak seharus seseorang manusia sujud kepada manusia dan tidak harus, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.”

Sumber: Peringatan Untuk Umat ISLAM
Susunan Muhammad Muaz
24
Okt
07

Khasiat Buah Kurma

Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah.

Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis.

Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu `Alaihi Wasallam.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : “Aku melihat Rasulullah Sallallahu `Alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak.

Rasulullah Sallallahu `Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :

“Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu `Alaihi Wasallam bersabda :

“Sesiapa yang memakan 7 biji tamar `Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu”.

Khasiat kurma “Ajwah” sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu `Alaihi Wasallam.

Terdapat juga di dalam al-Qur’an ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa `Alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :

Tafsirnya : “Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak. (Surah Maryam : 25)

Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.

Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah Sallallahu `Alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa.

Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang.

Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.

Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu `Alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :

“Rasulullah Sallallahu `Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu `Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa terguk air. (Hadis riwayat Ahmad)

Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata :

“Rasulullah Sallallahu `Alaihi Wasalla berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.

Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma :

Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : “Saya mendengar Rasulullah Sallallahu `Alaihi Wasallam bersabda : “Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.

Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.

Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.

Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta beribadat kepada Allah Subhanahu Wata’ala.

24
Okt
07

Catatan Peristiwa dibulan RAMADHAN

Bulan Ramadhan datang datang lagi. Di bulan ini sejarah telah mencatatkan pelbagai peristiwa untuk dikenang. Berikut dicatatkan sebahagian daripada peristiwa itu bagi tatapan dan renungan kita di bulan Ramadhan yang mulia ini.

  1. Di bulan Ramadhan al-Qur’an mula diturunkan dengan turunnya ayat yang pertama sehingga yang kelima surah al-`Alaq kepada Rasulullah Sallallahu `Alaihi Wasallam semasa Baginda di gua Hira’. Dengan itu bulan Ramadhan disebut juga bulan al-Qur’an, bulan untuk membaca al-Qur’an sebanyak yang boleh.

  2. Tahun kedua Hijriyah, terjadi peperangan Badar al-Kubra. Mengikut keterangan Ibn Hisyam, Rasulullah Sallallahu `Alaihi Wasallam bersama-sama pejuang Islam berangkat dari Madinah menuju Badar pada 8 Ramadhan dan pada 17 Ramadhan terjadilah peperangan Badar al-Kubra semasa Baginda di gua Hira’. Dengan itu bulan Ramadhan disebut juga bulan al-Qur’an sebanyak yang boleh. Peperangan ini dimenangi oleh Islam dan inilah kemenagan agung pertama pejuang-pejuang Islam menentang kemusyrikan dan  kebatilan.

  3. Pada tahun kedua Hijriyah juga, zakat fitrah mula disyariatkan. Pada hakikatnya pensyariatan zakat ini adalah tanda kemenangan orang-orang yang berpuasa menentang hawa nafsu dan mengekang kecintaan terhadap harta.

  4. Di bulan ini tahun kelima Hijriyah, para pejuang Islam membuat persiapan untuk menghadapi musuh di Khandaq yang mana peperangan itu terjad pada bula Syawal pada tahun itu juga. Di dalam peperangan yang dinamakan juga sebagai peperangan al-Azhab ini pejuang Islam telah mendapat kemenangan gemilang.

  5. Pada 21 Hijriyah Ramadhan tahun kelapan Hijriyah, Allah Ta’ala memberi kemenangan besar kepada Rasulullah Sallallahu `Alaihi Wasallam dan umat Islam dengan pembukaan kota suci Makkah. Pada mulanya Baginda bersama-sama para sahabat meninggalkan Madinah menuju Makkah pada 10 Ramadhan dalam keadaan berpuasa. Apabila sampai di al-Kadid, Baginda berbuka kerana bermusafir, kemudian pada 21 Ramadhan barulah Baginda memasuki kota Makkah.

  6. Pada bulan Ramadhan tahun yang sama Baginda mengutus beberapa kumpula sahabat untuk merobohkan berhala-berhala yang terkenal pada masa itu. Khalid bin al-Walid diutus merobohkan berhala al-`Uza, Amr bin al-`Ash merobohkan berhala Suwa’ dan Sa’d bin Zaid al-Asyhali merobohkan berhala al-Manat.

  7. Pada tahun ke sembilan Hijriyah terjadi peristiwa peperangan Tabuk dan Baginda kembali pulang dari peperangan pada bulan itu juga.

  8. Di bulan Ramadhan tahun yang sama rombongan dari kota Taif tiba di Madinah. Rombongan ini memeluk agama Islam di hadapan Baginda dan mereka turut berpuasa bersama umat Islam di Madinah.

  9. Pada bulan dan tahun yang sama rombongan Raja Himyar tiba di Madinah untuk mengisytiharkan Islam mereka. Mereka menjadi tetamu Baginda dan Baginda menuliskan beberapa panduan tentang hak dan kewajiban mereka. Catatan ini merupakan salah satu dokumen penting di dalam sejarah perundangan Islam.

  10. Pada tahun ke sepuluh ke Hijriyah Baginda mengutus rombongan yang diketuai `Ali bin Abu Talib ke negeri Yaman dengan membawa bersamanya surat Baginda untuk penduduk Yaman, khasnya suku Hamdan yang kesemua mereka memeluk Islam dalam satu hari.

  11. Pada tahun 53 Hijriyah pejuang Arab Islam dapat menakluki pulau Rudes.

  12. Pada tahun 91 Hijriyah pejuang Islam mula mendarat di Selatan Andalus.

  13. Pada tahun 92 Hijriyah ketua pejuang Islam Tariq bin Ziyad dapat mengalahkan Raja Rodrik di dalam satu peperangan sengit.

  14. Pada tahun 129 Hijriyah mula muncul di Khurasan pendukung pengasas Kerajaan Bani Abbas dilantik sebagai khalifah al-`Abbasiyyah yang pertama.

  15. Pada bulan Ramadhan tahun 132 Hijriyah berakhir sudah pemerintahan Bani Umaiyyah dan pada masa yang sama Abu al `Abbas dilantik sebagai khalifah al-`Abbasiyyah yang pertama.

  16. Pada bulan Ramadhan tahun 361 Hijriyah al-Jami’ah al-Azhar selesai dibina untuk kegunaan tempat beribacar dan mengajarkan ilmu-ilmu Arab dan syara’.

  17. Pada tahun 584 Hijriyah Salahuddin al-Ayyubi dapat mengalahkan kaum Salib dan membebaskan semula sebahagian besar negeri yang pernah dikuasai oleh pehak kaum Salib (Kristian). Apabila bulan Ramadhan tiba, pada mulanya Salahuddin al-Ayyubi bermaksud memberi rehat kepada para pejuangnya, akan tetapi kerana takut ajal tiba terlebih dahulu, maka beliau tidak menyempurnakan maksudnya itu, lalu mengarahkan para pejuangnya meneruskan peperangan melawan kaum Salib dan akhirnya mereka mencapai banyak kemenangan sehingga pertengahan bulan ini.

  18. Pada tahun 658 Hijriyah Kerajaan mamalik dapat mengalahkan dan membencung kemaraan tentera Tartar di ‘Ain Jalud. Tentera ini bermaksud menguasai selurh negeri Islam, akan memasuki Mesir dan negeri-negeri lain melalui Mesir.

Bulan Ramadhan yang mulia mengandungi banyak peristiwa dan ia memberi ruang dan peluang yang terbaik kepada mereka yang insaf.

 

Sumber : Al-Hadaf (Syaaban/Ramdhan 1419 Disember 1998 CATATAN PERISTIWA DIBULAN RAMADHAN Tahun 2 Bilangan 4 JAbatan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam http://www.brunet.bn/gov/mufti/alhadaf/dis98
24
Okt
07

SOALJAWAB: Berkaitan Puasa Enam

Soalan: 

Bolehkah berpuasa enam jika puasa Ramadhan tidak dikerjakan sebulan penuh?

Jawapan:

Puasa enam ialah puasa yang dikerjakan sebanyak enam hari berturut-turut atau berselang-seli dalam bulan Syawal. Para ulama berselisih pendapat mengenai masa mengerjakan puasa enam ini. Sebahagian besar ulama berpendapat puasa enam dikerjakan secara terus menerus selepas Hari Raya iaitu mulai Hari Raya kedua dan seterusnya.

Sebahagian ulama muta’akhirin pula berpendapat puasa enam itu harus dikerjakan secara berselang-seli atau berasingan sepanjang bulan Syawal. Akan tetapi mengerjakannya berturut-turut selepas Hari Raya adalah lebih afhdal.

Soalnya sekarang bolehkah seseorang itu berpuasa enam jika puasa Ramadhannya tidak dikerjakan sebulan penuh ? Sebelum menjawab persoalan itu, elok diperhatikan dulu anjuran untuk enam itu.

Sabda Rasulullah Sallallahu `Alaihi Wasallam :

Maksudnya : “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian diikuti dengan puasa enam hari bulan Syawal, itulah puasa sepanjang masa”. (Hadis riwayat Muslim)

Kenyataan ini dikuatkan lagi oleh sebuah hadis :

Maksudnya : “Berpuasa sebulan (disamakan) dengan sepuluh bulan puasa, dan berpuasa enam hari selepasnya (disamakan ) dengan dua bulan puasa, maka kedua-duanya itu (jika dicampurkan) genap setahun.” (Hadis riwayat ad-Darimi)

Mengerjakan puasa sunat sebanyak enam hari dalam bulan Syawal diibaratkan kita berpuasa sepanjang masa kerana setiap kebajikan dibalas sepuluh kali ganda. Oleh itu, puasa Ramadhan sebanyak 29 atau 30 hari disamakan dengan 300 hari atau sepuluh bulan puasa, dan puasa enam disamakan dengan 60 hari atau dua bulan puasa. Jika dicampurkan sepuluh bulan dengan dua bulan, maka genaplah ia setahun, itulah yang dimaksudkan dengan puasa sepanjang tahun.

Apa yang dimaksudkan dengan penyamaan di sini adalah dari segi perolehan pahala iaitu seseorang itu akan mendapat pahal seperti pahala yang didapatinya daripada puasa fardhu, jadi pahala mengerjakan puasa bulan Ramadhan dan puasa enam adalah sama dengan pahala mengerjakan puasa fardhu sebanyak setahun.

Hukum Puasa Enam

Puasa enam dalam bulan Syawal itu sunat dikerjakan oleh orang yang telah mengerjakan puasa Ramadhan sebulan penuh. Begitu juga sunat dikerjakan oleh orang yang tidak dapat mengerjakannya sebulan penuh disebabkan sesuatu keuzuran syara’. Akan tetapi ganjaran pahalanya berlainan dengan ganjaran pahalanya berlainan dengan ganjaran pahala orang yang dapat mengerjakan puasa enam selepas mengerjakan puasa Ramadhan penuh.

Namun begitu, adalah haram mengerjakan puasa enam bagi orang yang meninggaalan puasa Ramadhan dengan senghaja, kerana puasa  Ramadhan yang ditinggalkannya itu wajib diqadhanya dengan seberapa segera.

Adapun bagi orang yang mengerjakan puasa qadha pada bulan Syawal, maka dia mendapat pahala puasa sunat enam. Ini adalah pendapat yang zahir bagi Imam al-Khatib as-Syarbini.

Pendapat yang lain menyatakann bahawa jika dia mengerjakan puasa qadha pada bulan Syawal, dia tidak mendapat pahala puasa enam, dan hendaklah dia mengqadha puasa enam itu pada bulan Zulkaedah jika bulan Syawal sudah selesai.

Puasa enam bolehlah diumpamakan sebagai sembahyang sunat rawatib yang kita kerjakan selepas sembahyang fardhu untuk menyempurnakan kekurangan-kekurangan yang terdapat sewaktu mengerjakan sembahyang fardhu kerana kekurangan dalam amalan fardhu dapat ditutup atau ditampal dengan amalan sunat pada hari kiamat.

Oleh itu rebutlah peluang yang ada ini demi menyempurnakan ibadat puasa Ramadhan yang kita kerjakan disamping kita mengharapkan ganjaran pahala yang berlipat ganda daripada Allah Subhanahu Wata’ala.

Sumber : Al-Hadaf (Syaaban/Ramdhan 1419 Disember 1998

IRSYAD : Tahun 2 Bilangan 4 JAbatan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam http://www.brunet.bn/gov/mufti/alhadaf/dis98

24
Okt
07

SoalJawab:Kepastian menggunakan Mesin Pembasuh

Soalan:

Saya ingin mendapat KEPASTIAN sama ada pakaian yang dibasuh dengan menggunakan MESIN pembasuh itu BERSIH di segi HUKUM SYARAK atau tidak?

Jawapan:

SEBELUM dijawab soalan anda, terlebih dahulu perlu dijelaskan cara-cara membasuh atau mencuci pakaian jika ia terkena NAJIS.

PERTAMA sekali, ketika membasuh MESTIlah menggunakan air yg MUTLAK (air yang suci lagi menyucikan).

KEDUA, hendaklah diALIRKAN atau diJIRUSkan air itu ke atas pakaian yg terKENA NAJIS. BOLEH dicelup sekiranya air takungan LEBIH daripada DUA kolah dan dgn sebab celupan itu air TIDAK BERUBAH warna atau baunya, iaitu khusus yg menjadi sifat-sifat najis.

KETIKA, dengan sebab basuhan di atas kita pasti dengan YAKIN bahawa NAJIS telah HILANG daripada pakaian kita, iaitu meliputi segala sifatnya – warna, rasa dan bau.

Membasuh pakaian dgn menggunakan MESIN pembasuh sama ada BERSIH atau TIDAKNYA di segi SYARAK, maka hendaklah diPASTIkan basuhan itu sama ada ia telah MEMENUHI syarat-syarat yg tersebut di atas atau tidak. Sekiranya telah MEMENUHI kehendak syarak, BERSIHlah pakaian yg dibasuh itu.

PERHATIKANLAH bagaimana keadaan pakaian kita itu dibilas, adakah air pembilas itu mengalir dari atas dan terus keluar tanpa bertakung di dalamnya? JIKA keadaannya begitu, maka bersihlah pakaian itu.

TETAPI sekiranya air pembilas itu bertakung terlebih dulu di dalam mesin tersebut, SETELAH penuh barulah ia keluar (ini berlaku bagi setengah mesih pembasuh), maka basuhan dgn cara yg demikian TIDAK SAH di segi hukum syarak (iaitu pakaian yg terkena NAJIS).

Untuk MENJAMIN pakaian kita BERSIH dibasuh dgn mesin pembasuh ada BAIKnya dipastikan terlebih dahulu pakaian yg dibasuh itu TIDAK mengandungi NAJIS. HILANGkan najis terlebih dahulu, KEMUDIAN barulah dimasukkan ke dalam mesin pembasuh utk proses pembasuhan supaya bersih di segi zahirnya.

‘Abu muslim menjawab 1001 masalah agama’
ABU MUSLIM @ Ust Safwan Fathy



Oktober 2007
I S R K J S A
    Nov »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Blog Stats

  • 82,914 hits

Mari kongsi ilmu cari duit dan buat wang

Flickr Photos

Pilihan Kategori

Top Clicks

Jom Twitter

Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.

ViralHosts.com