05
Oct
07

Selamat Datang Ramadhan

Rejab bulan Allah, Sya’ban bulan Nabi Muhamad, Ramadhan bulan umat Muhamad.

Maksudnya Ramadhan bulan yg dianugerahkan kpd umat manusia utk beribadah sebanyak mungkin. Memudahkan ibadah tiga perkara berlaku. Dibuka pintu syurga, ditutup pintu neraka dan dibelengu para syaitan. Perlu diambil ingat, merantai syaitan bukan perkara simbolik untuk mengelirukan kerann dalam hadis lain menyebut syaitan diikat dengan rantai besi yang teguh dan kuat bertujuan membolehkan bani adam manusia beramal dan membina diri. Pembinaan ibadat yang berlipat ganda selama sebulan mudah-mudahan menjadi bekal amal setahun. Tidak ada halangan bagi manusia beribadat kerana jauh dari syaitan yang direjam. Bagaimanapun syaitan itu ada dua, iaitu syaitan jin dan syaitan manusia. Syaitan jin memang dibelengu dan dirantai tetapi syaitan manusia lepas bebas yakni NAFSU. Ketika itu NAFSU yg mengambil alih tugas syaitan.

Jika ada org yang bertanya mengapa masih ada manusia yg tidak berpuasa, tidak sembahyang, berjudi dan melakukan maksiat sedangkan syaitan telah diikat, jawabnya ialah SYAITAN YG BERSARANG DALAM DIRI LEBIH BAHAYA DARIPADA SYAITAN JIN. Kerana syaitan jin kita boleh minta jauh dengan membaca ‘auzubillah….’ maka lintang pukang ia lari tetapi syaitan manusia terlalu degil. Sebab itu kita boleh lari dari syaitan jin tetapi tidak syaitan manusia !!!

Digandakan pahala sepanjang bulan Ramadhan. Bulan puasa umpama lubuk emas utk mengaut keberkatan dan pahala daripada Allah s.w.t. Malah dijanjikan hikmat, setiap perbuatan baik diberi pahala sebyk 10 kali sampai ke 700 kali. “MAKA PUASA ITU ADALAH BAGIKU DAN AKU AKAN MEMBALASNYA” riwayat al bukhari dan muslim.

Allah mencipta sesuatu itu berbeza antara satu sama lain. Misalnya dalam banyak hari, hari Jumaat paling istimewa.Dlm byk waktu, waktu

yg paling mahal harganya ialan satu pertiga malam dan dalam setahun bulan Ramadhan paling baik. Ia adalah sunnatullah yakni sesuatu itu ada martabat dan tingkatan tertentu. Maka Ramadhan bulan yang istimewa maka apa jua yang berlaku di dalamnya amat istimewa.

Dalam hadis nabi menyatakan, maka serulah kepada manusia, wahai orang yang melakukan kebaikan bergembiralah, wahai orang yang melakukan kejahatan berhentilah. Kerana ganjaran bahagia itu amat luar biasa.

Biasanya dibalas 10 tetapi dalam bulan Ramadhan boleh meningkat kepada ratusan malahan ribuan mengikut darjat, menurut keikhlasan dan kesungguhan orang yang mengamalkanya.

Rasullullah s.a.w diriwayatkan seperti mana kata Aisyah, “tidak pernah aku melihat nabi begitu kuat beribadat, selain daripada bulan Ramadhan. Rasullullah terlalu pemurah dlm apa sahaja yang memerlukan bantuan. Memang baginda pemurah tetapi dalam bulan ini baginda terlalu pemurah dan sungguh hebat ibadat-ibadat yang dikerjakan.


0 Responses to “Selamat Datang Ramadhan”



  1. Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


Oktober 2007
M T W T F S S
    Nov »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Blog Stats

  • 57,254 hits

Mari kongsi ilmu cari duit dan buat wang

Flickr Photos

Trillium Lake Alpine Glow

Chin Scratching Short-eared Owl

Arrow . . .

Arrow - Macro Monday

" Arrow man "

More Photos

Pilihan Kategori

Jom Twitter

ViralHosts.com


%d bloggers like this: