22
Oct
07

12 BARISAN UMAT MUHAMMAD DI PADANG MAHSYAR

Didalam dunia ini manusia-manusia hidup berkelas-kelas dengan berbagai peringkat. Ada kelas atasan, hidup mewah. Ada golongan sederhana dan ada golongan bawahan, hidup susah dan miskin. Begitu juga gambaran manusia di akhirat. Bukan semua sama tarafnya. Ada yang senang dan gembira dan tidak sedikit juga yang susah dan terseksa. Semua ini bergantung kepada amalan di dunia.

Di Padang Mahsyar nanti umat Muhammad S.A.W. akan dibangkitkan dalam 12 golongan. Dan keadaan ini diceritakan oleh Rasulullah S.A.W. kepada Muaz bin Jabal yang bererti : “Hai Muaz, engkau telah bertanya kepada ku demi perkara besar. Umat ku yang dibangkitkan dari kuburnya menjadi 12 barisan.”

Barisan Pertama

Mereka dibangkitkan dari kubur dalam keadaan tidak bertangan dan berkaki. Mereka, semasa hidupnya telah menyakiti hati jiran tetangganya.

Barisan Kedua

Mereka bangkit dengan muka berbentuk hitam. Ini balasan bagi mereka yang meremehkan sembahyang, lalai dalam sembahyang, melewatkannya dan tidak bersungguh menghayati sembahyang. Mereka berbuat dosa, mendedahkan aurat, mengumpat, hasad dengki dan melakukan kemungkaran. Firman Allah yang bermaksud ; “NERAKA WAIL BAGI MEREKA YANG SEMBAHYANG, IAITU MEREKA LALAI DALAM SEMBAHYANG.” – ( Al-Maa’un : Ayat 6 dan 7 )

Barisan Ketiga

Perutnya seperti gunung, penuh dengan ular dan kala jengking seperti bahgal atau kaldai. Itulah balasan mereka yang enggan mengeluarkan zakat. Menyimpan banyak wang dan harta tetapi kedekut untuk mengeluarkan hak Allah.

Barisan Keempat

Mulut mereka mengalir darah kerana berdusta dalam jual beli. Mengambil untung dengan menipu orang lain.

Barisan Kelima

Dibangkitkan dalam keadaan baunya yang lebih busuk dari bangkai. Mereka menyembunyikan kedurhakaan daripada manusia dan tidak takut kepada Allah. Baik didepan tetapi jahat dibelakang. Malu dan takut kepada manusia tetapi tidak pada Tuhan. Firman Allah yang bermaksud ; “MEREKA BERSEMBUNYI DARIPADA MANUSIA TETAPI MEREKA TIDAK BOLEH BERSEMBUNYI DARIPADA ALLAH.”

Barisan Keenam

Tengkorak dan tengkuk mereka terputus. Mereka ini menjadi saksi palsu semasa hidupnya; mengada-ngadakan cerita yang tidak berlaku hingga menyebabkan orang lain terhukum.

Barisan Ketujuh

Bangun dalam keadaan tidak berlidah dan dari mulut keluar nanah dan darah sebab semasa hidupnya mereka enggan menjadi saksi sedangkan mereka menyaksikan sesuatu dengan nyata sesuatu kemungkaran. Firman Allah yang bermaksud; “DAN JANGAN KAMU SEKELIAN MENYEMBUNYIKAN KESAKSIAN DAN BARANGSIAPA YANG MENYEMBUNYIKANNYA, IA ADALAH ORANG BERDOSA.” – ( Al Baqarah : Ayat 283 )

Barisan Kelapan

Bangkit dalam keadaan terbalik iaitu kaki keatas dan kepala kebawah dan bau yang sangat busuk. Itu balasan bagi yang berzina atau melacurkan diri.

Barisan Kesembilan

Bangkit dari kubur dengan wajah hitam, mata dan perut penuh dengan api. Mereka semasa didunia memakan harta anak yatim dengan cara aniaya.

Barisan Kesepuluh

Bangkit dengan tubuh mereka penuh dengan penyakit kusta dan (kulit putih gatal-gatal). Mereka ialah orang yang durhaka kepada kedua ibu bapa.

Barisan Kesebelas

Bangkit dalam keadaan buta mata dan hati. Giginya seperti tanduk lembu jantan, bibir melebar hingga ke dada dan lidah menjulur hingga ke paha. Perut mereka keluar kotoran. Inilah balasan orang yang minum arak.

Barisan Kedua Belas

Bangkit dalam keadaan berseri-seri laksana bulan penuh purnama. Melalui titian Siratal Mustaqim seperti kilat menyambar. “YA” barisan ini berbeza dari yang lain lain. Mereka adalah orang yang beramal soleh lagi berbuat baik. Menjauhi neraka, memelihara sembahyang lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat. Balasan mereka ialah syurga, kasih sayang dan keredhaan Allah.

Begitulah dahsyatnya keadaan manusia di Padang Mahsyar. Dalam begitu ramai manusia, amat sedikit yang berada dalam kesenangan dan mendapat nikmat. Kebanyakan mereka menderita. Oleh itu sentiasalah berdoa semoga kita termasuk barisan yang selamat.

Rasulullah S.A.W. sendiri selalu berdoa memohon perlindungan Allah dari segala penderitaan dihari kebangkitan itu; “YA ALLAH, HIDUPKAN KAMI DI DUNIA SEBAGAI ORANG YANG BERIMAN YANG TAAT. MATIKAN KAMI SEBAGAI ORANG ISLAM YANG TAUBAT.

JADIKAN KAMI TERMASUK GOLONGAN ORANG YANG MENERIMA KITABNYA DENGAN TANGAN KANAN. JADIKANLAH KAMI DIHARI KEGEMPARAN YANG DAHSYAT ITU ORANG-ORANG YANG AMAN. HIBURKAN KAMI DENGAN MELIHAT WAJAH MU YANG MULIA, DENGAN RAHMAT MU TUHAN YANG MAHA PENGASIH LAGI AMAT PENYAYANG. AMIN YA RABBAL ‘ALAMIINN.”

Wassalam.


0 Responses to “12 BARISAN UMAT MUHAMMAD DI PADANG MAHSYAR”



  1. Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


Oktober 2007
M T W T F S S
    Nov »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Blog Stats

  • 57,254 hits

Mari kongsi ilmu cari duit dan buat wang

Flickr Photos

Trillium Lake Alpine Glow

Chin Scratching Short-eared Owl

Arrow . . .

Arrow - Macro Monday

" Arrow man "

More Photos

Pilihan Kategori

Jom Twitter

ViralHosts.com


%d bloggers like this: