22
Oct
07

DINAMISME ISLAM- Pemikiran Positif

“Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Justeru, perkara yang paling penting yang perlu kita lakukan ialah memperbaiki diri dari masa kesemasa tanpa mengenal putus asa sehingga akhirnya kita menjadi insan yang lebih baik. Apabila kita pernah melakukan dosa dan noda, bertaubatlah kerana Allah Maha Penerima Taubat. Yang paling penting ialah, jangan berputus asa.

Allah berfirman: “Ibrahim berkata, “Tidaklah berputus asa daripada Allah melainkan golongan yang sesat sahaja.” – ( Surah Al-Hijr ayat 56 )

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan sebuah hadis Nabi Muhammad yang menceritakan tentang seorang lelaki di zaman dahulu yang membunuh seratus orang. Beliau kemudiannya bertaubat kepada Allah dan terus meninggal dunia sebelum sempat melakukan sebarang kebaikan. Namun, Allah mengampunkan dosa-dosanya dan mengurniakan rahmat-Nya kepada lelaki itu.

Sehubungan dengan ini, Nabi Muhammad bersabda di dalam sebuah Hadis Qudsi berhubung dengan janji Allah, iaitu: “Wahai anak Adam… Jika dosa-dosa mu mencecah awan di langit kemudian kamu meminta ampun kepada Ku, akan Aku ampunkan dosa-dosa mu…” (Riwayat Tarmuzi – Hasan Sahih).

Sejarah menunjukkan ramai dari kalangan mereka yang menjadi tokoh Islam pada hari ini adalah dari kalangan mereka yang fasiq dan jahat pada suatu ketika dahulu. Fudail Iyad, sebagai contoh, merupakan seorang tokoh sufi yang dikagumi di sudut ibadah dan amalannya. Namun sebelum itu, beliau adalah seorang ketua perompak. Malik bin Dinar juga merupakan seorang tokoh sufi yang terkenal. Sebelum berubah, beliau ialah seorang jejaka yang suka berfoya-foya serta meminum arak.”

Wassalam.

Petikan dari:- Buku Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden oleh Dr. Danial bin Zainal Abidin

0 Responses to “DINAMISME ISLAM- Pemikiran Positif”



  1. Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


Oktober 2007
M T W T F S S
    Nov »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Blog Stats

  • 57,254 hits

Mari kongsi ilmu cari duit dan buat wang

Flickr Photos

Trillium Lake Alpine Glow

Chin Scratching Short-eared Owl

Arrow . . .

Arrow - Macro Monday

" Arrow man "

More Photos

Pilihan Kategori

Jom Twitter

ViralHosts.com


%d bloggers like this: