22
Oct
07

FITNAH (UJIAN) YANG MEMBINGUNGKAN

HADIS AKHIR ZAMAN : NO.38 (terjemahannya)

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda;

“AKAN TIMBUL DIAKHIR ZAMAN ORANG-ORANG YANG MENCARI KEUNTUNGAN DUNIA DENGAN MENJUAL AGAMA. MEREKA MENUNJUKKAN KEPADA ORANG LAIN PAKAIAN YANG DIBUAT DARIPADA KULIT KAMBING (berpura-pura zuhud dari dunia) UNTUK MENDAPAT SIMPATI ORANG RAMAI, DAN PERCAKAPAN MEREKA LEBIH MANIS DARIPADA GULA. PADA HAL HATI MEREKA ADALAH HATI SERIGALA (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat).

Allah s.w.t. berfirman kepada mereka, “APAKAH MEREKA TERTIPU DENGAN KELEMBUTAN KU?, ATAUKAH MEREKA TERLAMPAU BERANI BERBOHONG KEPADA KU?. DEMI KEBESARAN KU, AKU BERSUMPAH AKAN MENURUNKAN SUATU FITNAH YANG AKAN TERJADI DIKALANGAN MEREKA SENDIRI, SEHINGGA ORANG YANG ALIM (cendikiawan) PUN AKAN MENJADI BINGUNG (dengan sebab fitnah itu)”. – ( Riwayat Tirmizi )

Keterangan

Didalam Hadis ini Rasulullah S.A.W. memberi isyarat bahawa kelak akan muncul orang-orang yang mempunyai sifat munafik. Apa yang dikatakan tidak sesuai dengan hati. Apa yang dianjurkan sebenarnya hatinya membenci, fatwanya hanya untuk tipu muslihat sahaja.

Diantara sifat kemunafikan itu, menganjurkan orang lain berbuat baik sesuai dengan Islam dan semua yang disampaikan dengan tujuan tidak lain hanya untuk memperdayakan orang-orang Islam sendiri agar orang tahu dia seorang juru fatwa. Manis sekali kata-katanya, hingga ramai yang terperangkap dan menyanjung-nyanjung kepadanya. Tetapi hatinya, setelah diketahui ternyata bagaikan hati seekor serigala yang siap sedia menangkap dan menelan mangsanya.

Mereka yang sebegini biasanya inginkan kedudukan, pangkat, penghormatan dan pujian dari orang atasannya hingga berani mengorbankan agamanya, asalkan ia dapat apa yang dihajatinya.

Allah S.W.T. telah mengabadikan sifat orang munafik didalam firmannya (yang bermaksud) :-

” Dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya), dan ia (bersumpah dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal ia adalah orang yang sangat-sangat keras permusuhannya (kepada mu). “-( Surah Al-Baqarah Ayat 204 )

” Dan apabila ia pergi (dengan mendapat hajatnya), berusahalah ia di bumi, untuk melakukan bencana padanya, dan membinasakan tanam-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia); sedang Allah tidak suka kepada bencana kerosakan. ” – ( Surah Al-Baqarah Ayat 205 )

Bila berbicara, ia sangat menarik hati, lebih-lebih lagi tentang keislaman. Namun sebenarnya ia hanya memutarkan lidah yang tidak bertulang. Itulah sifat orang munafik yang ditakuti oleh Rasulullah S.A.W. seperti sabdanya yang bermaksud :-

” Sesungguhnya yang paling aku takuti atas umat ku adalah orang munafik yang pandai memutar lidah. ” – ( Riwayat Abu Ya’la )

Sesungguhnya orang-orang yang hanya bijak bercakap, tetapi tidak pernah melaksanakan segala apa yang di ucapkan, adalah tergolong dikalangan mereka yang tidak jujur. Sikap demikian bukan sahaja dipandang rendah oleh masyarakat, bahkan amat dibenci oleh Allah S.W.T.

Firman Allah yang bermaksud :-

” Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu lakukan. Amat besar kebencian disisi Allah apabila kamu mengatakan apa-apa yang kamu tidak kerjakan. “

Sesungguhnya segala penyelewengan yang dilakukan dalam bentuk apa pun adalah berpunca dari tidak adanya sifat amanah, jujur serta tidak bertanggung jawab dalam melakukan sesuatu amalan atau tindakan. Oleh itu Islam menekankan pentingnya sifat-sifat tersebut di amalkan dan di hayati oleh setiap individu muslim dalam semua peringkat disesebuah masyarakat dan negara.

Sifat amanah dan kejujuran yang dipertalikan dengan rasa keimanan serta ketaqwaan kepada Allah akan menimbulkan semangat kecintaan kepada agama, bangsa dan negara melebihi dari segala-galanya selaras dengan prinsip hidup dalam Islam yang menganjurkan setiap muslim dan mukmin supaya memperhambakan diri serta seluruh aktiviti hidup semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah dunia dan akhirat.

Wassalam.


0 Responses to “FITNAH (UJIAN) YANG MEMBINGUNGKAN”



  1. Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


Oktober 2007
M T W T F S S
    Nov »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Blog Stats

  • 57,254 hits

Mari kongsi ilmu cari duit dan buat wang

Flickr Photos

Trillium Lake Alpine Glow

Chin Scratching Short-eared Owl

Arrow . . .

Arrow - Macro Monday

" Arrow man "

More Photos

Pilihan Kategori

Jom Twitter

ViralHosts.com


%d bloggers like this: