22
Oct
07

MENANTI KESEMPURNAAN SEBELUM BERDAKWAH ?

Antara kesilapan yang sering berlaku dalam konteks dakwah ialah menanti kesempurnaan diri sebelum melaksanakan dakwah. Dengan kefahaman ini seseorang yang mampu mencegah kemungkaran tidak melakukannya kerana merasakan amalannya belum cukup mantap dan masih terdapat banyak kelemahan pada dirinya.

Berkaitan dengan isu ini Imam Said bin Jubair berkata, “Jika seseorang tidak mahu mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran sehingga keadaannya menjadi sempurna, maka tidak ada sesiapa pun yang akan mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran.”

Imam Malik amat bersetuju dengan kenyataan Imam Said bin Jubair ini dan sebagai tanda sokongan beliau menambah, ” dan siapakah antara kita yang lengkap dan sempurna ?”

Imam Al-Hasan pula berkata, “Siapa antara kita yang telah melaksanakan kesemua perkara yang diseruNYA ? Syaitan amat menyukai jika manusia diperdayakan dengan sikap ini kerana hingga akhirnya tidak ada sesiapa pun yang mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran.”

Persiapan dan Perancangan untuk berdakwah

Walau bagaimana pun, persiapan tidak boleh diabaikan walau pun tidak sampai ke tahap kesempurnaan, kerana dakwah ialah medan jihad dan ijtihad dan ia tidak boleh dilakukan secara semborono.

Perancangan serta persiapan perlu dilakukan dari masa kesemasa demi untuk menjamin kejayaan dakwah. Dalam Ihya Ulumuddin, Imam Al-Ghazali menjelaskan, berdakwah memerlukan persiapan dan adab dan ia terbahagi kepada tiga iaitu ILMU, WARAK dan BAIK AKHLAK.

Beliau berkata, “Berkaitan dengan ilmu, seseorang pendakwah perlu mengetahui suasana dakwahnya, batas-batasnya, tempat berlakunya kemungkaran serta penghalang-penghalangnya supaya dakwahnya berjalan di atas landasan agama. Warak menuntut seseorang pendakwah menjauhi perbuatan-perbuatan salah yang diketahuinya.

Berhubung dengan akhlak yang baik, seseorang pendakwah hendaklah berdakwah dengan lemah lembut dan kasih sayang….

Dengan tiga sifat ini, dakwah menjadi amalan yang mendekatkan seseorang kepada Allah. Tanpa ketiga-tiganya (ilmu, warak, baik akhlak) kemungkaran tidak akan tertolak malah kadangkala dakwah bertukar menjadi kemungkaran kerana melampaui batas-batas agama.”

Wassalam.

Oleh: Dr. Danial Zainal Abidin, Danial Zainal Consultancy (M) Sdn Bhd


0 Responses to “MENANTI KESEMPURNAAN SEBELUM BERDAKWAH ?”



  1. Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


Oktober 2007
M T W T F S S
    Nov »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Blog Stats

  • 57,254 hits

Mari kongsi ilmu cari duit dan buat wang

Flickr Photos

Trillium Lake Alpine Glow

Chin Scratching Short-eared Owl

Arrow . . .

Arrow - Macro Monday

" Arrow man "

More Photos

Pilihan Kategori

Jom Twitter

ViralHosts.com


%d bloggers like this: