22
Oct
07

MENGENALI ALLAH MELALUI AKAL

Akal adalah alat untuk menguasai ilmu. Antara cara yang boleh digunakan untuk memantapkan ilmu ialah memperbanyakkan pengamatan, renungan, kajian serta analisis berhubung penciptaan alam. Proses ini dinamakan sebagai tafakur dan Allah memuji golongan yang rajin bertafakur dan menggelar mereka sebagai ‘ulul albab’.

Hal ini telah dinyatakan dalam Surah Ali-Imran ayat 191 yang bermaksud ;”

“(ULUL ALBAB IALAH) ORANG-ORANG YANG MENGINGATI ALLAH SAMBIL BERDIRI ATAU DUDUK ATAU DALAM KEADAAN BERBARING DAN MEREKA BANYAK BERFIKIR TENTANG PENCIPTAAN LANGIT DAN BUMI SERAYA BERKATA; WAHAI TUHAN KAMI, KAMU TIDAK MENCIPTAKAN INI DENGAN SIA-SIA. MAHA SUCI ENGKAU, MAKA PELIHARALAH KAMI DARI SEKSA NERAKA.”

Imam Ibn Kathir dalam Tafsir Al-Quran Al-Azim mentafsirkan golongan ulul albab sebagai “GOLONGAN YANG MEMPUNYAI PEMIKIRAN YANG BERSIH LAGI SEMPURNA SEHINGGA MAMPU MEMAHAMI HAKIKAT SESUATU PERKARA SECARA YANG BETUL.”

Mereka mencapai makam kecemerlangan ini melalui zikir dan tafakur. Ahli-ahli sains Muslim yang bertakwa layak digelar sebagai ulul albab kerana mereka memiliki ciri-ciri yang disebutkan ini. Hal ini disebabkan mereka berkesempatan untuk berzikir serta mengagungkan Allah melalui pengamatan, analisis dan tafakur ketika mereka berusaha untuk menyingkap rahsia alam. Justeru, tafakur adalah satu proses penting untuk mencapai kecemerlangan dan kegemilangan.

Berhubung dengan ini, Khalifah Omar bin Abdul Aziz berkata,

“BERZIKIR KEPADA ALLAH ADALAH SATU PERBUATAN YANG BAIK, TETAPI BERFIKIR TENTANG NIKMAT-NIKMAT ALLAH ADALAH IBADAH YANG LEBIH BAIK.”

Imam Hasan Al-Basri berkata ;

“WAHAI ANAK ADAM, MAKANLAH DENGAN SATU PERTIGA PERUT MU, DAN MINUMLAH DENGAN SATU PERTIGA YANG LAIN DAN KOSONGKANLAH SATU PERTIGA YANG BAKI AGAR KAMU BOLEH BERFIKIR.”

Basyir ibn Al-Harith berkata, “JIKA MANUSIA BERTAFAKUR TENTANG KEAGUNGAN ALLAH, MEREKA TIDAK AKAN SANGGUP MELAKUKAN MAKSIAT TERHADAPNYA.”

Al-Hasan bin ‘Amir bin Abd Qais pula berkata ;

“AKU MENDENGAR RAMAI DARI KALANGAN SAHABAT NABI BERKATA, SESUNGGUHNYA SINAR DAN CAHAYA IMAN IALAH TAFAKUR.”

Pandangan-pandangan ini disebutkan dalam Tafsir Al-Quran Al-Azim oleh Imam Ibn Kathir.

Wassalam.

Petikan dari buku:- MOTIVASI AL-QURAN Danial Zainal Consultancy (M) Sdn Bhd

0 Responses to “MENGENALI ALLAH MELALUI AKAL”



  1. Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


Oktober 2007
M T W T F S S
    Nov »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Blog Stats

  • 57,254 hits

Mari kongsi ilmu cari duit dan buat wang

Flickr Photos

Trillium Lake Alpine Glow

Chin Scratching Short-eared Owl

Arrow . . .

Arrow - Macro Monday

" Arrow man "

More Photos

Pilihan Kategori

Jom Twitter

ViralHosts.com


%d bloggers like this: