22
Oct
07

MENUJU KEUNGGULAN- Tidak akan unggul tanpa akal

Akal adalah alat yang penting untuk mencapai kecemerlangan kerana melaluinya ilmu dapat dimanfaatkan. Bagi Imam Al-Ghazali, “Akal ialah kekuatan pemikiran semula jadi yang dikurniakan Allah kepada manusia agar dengannya manusia dapat mengenali hakikat sesuatu perkara.

Akal ialah tempat lahir dan tertegaknya ilmu. Ilmu tumbuh dari akal sebagaimana terbitnya buah-buahan dari pohon dan terpancarnya cahaya dari matahari. Akal amat mulia sehinggakan haiwan yang bertubuh besar lagi perkasa berasa bimbang dan takut ketika berdepan dengan manusia kerana menyedari manusia mempunyai helah dan upaya untuk melakukan sesuatu hasil dari kekuatan akal.” Hal ini disebutkan dalam Ihya Ulumuddin.

Sahabat Omar Al-Khattab pernah bertanya kepada sahabat Tamim Ad-Dari, “Menurut pandangan mu, apakah benda yang paling mulia?”

Tamim Ad-Dari menjawab, “AKAL“. Berkata Omar Al-Khattab, “Kamu benar.” Aku pernah bertanya kepada Nabi soalan yang sama seperti yang aku ajukan kepada mu dan baginda menjawab, “Aku pernah bertanya Jibrail berhubung perkara yang paling mulia dan Jibrail berkata AKAL.” Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnul Mahbar.

Dalam riwayat yang lain yang diriwayatkan oleh Abu Naim, nabi telah berpesan kepada Ali bin Abu Talib, “Apabila manusia mendekati Allah dengan pelbagai kebajikan maka kamu dekatilah Allah dengan AKAL mu.”

Otak adalah satu organ istimewa yang dikurniakan Allah kepada manusia. Mengikut ‘Making The Most Of Your Brain’ terbitan Reader’s Digest, ketika seseorang bayi berumur 7 minggu didalam rahim ibu, struktur utama otak sudah dapat dilihat dengan jelas.

Ketika bayi berumur 3 bulan, saraf tunjang (spinal cord) pula mula berkembang. Didalam rahim ibu, pertumbuhan sel-sel otak berlaku dengan pesatnya. Lebih kurang 2.5 juta sel otak yang baru (neurones) tumbuh pada setiap minit.

Ketika dilahirkan jumlah sel-sel otak ini mencecah 100 billion, dan setiap sel ini pula mempunyai 1000 tempat dimana ia dapat berhubung dengan sel-sel otak yang lain. Ketika baru dilahirkan sel-sel ini tidak banyak berhubungan antara satu sama lain.

Namun apabila bayi mula berinteraksi dengan alam, terutama di zaman kanak-kanak, sel-sel ini akan berhubungan dengan pesatnya. Semakin meningkat usaha dan pengalaman seseorang semakin rancaklah hubungan yang berlaku antara sel-sel ini. Semua ini akan menentukan kematangan, kepintaran, sikap serta kebijaksanaan seseorang sekali gus mempengaruhi kehidupannya.

Apabila kesemua ini berlaku, manusia ketika itu tidak hanya mempunyai otak tetapi, yang lebih penting ialah, mereka juga mempunyai AKAL. Ketika seseorang bayi berumur lebih kurang enam tahun, jumlah sel-sel yang berinteraksi antara satu sama lain menghampiri jumlah yang terdapat pada orang-orang dewasa.

Justeru, dalam Islam, apabila kanak-kanak mencapai umur tujuh tahun mereka dilatih untuk melaksanakan kewajipan-kewajipan agama kerana mereka telah sampai ke tahap umur mumaiyiz, iaitu, tahu membezakan antara buruk dan baik. Mengikut Imam Abu Daud dan Al-Hakim, nabi bersabda,

 “SURUHLAH ANAK-ANAK MU BERSOLAT APABILA MEREKA BERUMUR TUJUH TAHUN.”

Apabila seseorang mencecah umur antara 20-75 tahun, lebih kurang 50,000 sel otak mati setiap hari. Justeru dia perlu aktifkan otaknya supaya ia tidak menjadi beku.

Wasalam.

Petikan dari: Buku MOTIVASI AL-QURAN Dr. Danial Zainal Consultancy (M) Sdn Bhd

0 Responses to “MENUJU KEUNGGULAN- Tidak akan unggul tanpa akal”



  1. Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


Oktober 2007
M T W T F S S
    Nov »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Blog Stats

  • 57,254 hits

Mari kongsi ilmu cari duit dan buat wang

Flickr Photos

Trillium Lake Alpine Glow

Chin Scratching Short-eared Owl

Arrow . . .

Arrow - Macro Monday

" Arrow man "

More Photos

Pilihan Kategori

Jom Twitter

ViralHosts.com


%d bloggers like this: