22
Oct
07

TINGGALKAN PERKARA YANG MERAGUKAN

Dari Abu Muhammad al-Hassan bin Ali bin Abi Thalib R.A. katanya; Aku telah menghafaz dari Rasulullah S.A.W. sabdanya :

“TINGGALKAN BARANG YANG MERAGUKAN ENGKAU KEPADA APA YANG TIDAK MERAGUKAN ENGKAU.” – ( Hadith riwayat At-Tirmizi dan An-Nasa’i )

Rasulullah S.A.W. menerangkan perkara yang meragukan atau yang mendatangkan syak wasangka dihati. Sabdanya mengenai “tinggalkan perkara yang meragukan” iaitu perkara yang tidak menyenangkan perasaan kerana tidak terang keadaannya dan memiliki kesamaran.

Kemudian ambillah perkara yang tidak meragukan, iaitu yang terang keadaanya dan nyata hukumnya. Pendek kata tinggalkanlah melakukan sesuatu perkara atau perbuatan apa pun yang tidak menyenangkan hati dan fikiran. Sebaliknya kerjakanlah sesuatu yang mententeramkan hati iaitu yang yakin kerana itu lebih terjamin dan terpelihara.

Sementara itu ada riwayat yang menerangkan erti perkara yang meragukan dan tidak meragukan. Menurut riwayat dari Abu Hurairah bahawasanya Rasulullah S.A.W. pernah bersabda kepada seorang lelaki, “Tinggalkanlah barang yang meragukan engkau kepada barang yang tidak meragukan engkau.” Ketika itu lelaki itu terus bertanya; “Bagaimana caranya aku dapat mengetahui hal itu?”

Rasulullah S.A.W. menjawab “Apabila engkau berkehendak melakukan sesuatu perkara, maka letakkanlah tangan engkau keatas dada, kerana sesungguhnya hati itu gelisah kepada yang haram dan tenang kepada yang halal.” Tetapi kegelisahan dan ketetapan itu adalah tertentu bagi mereka yang kuat memegang syariat agama dan hukum, yang menjauhi segala perbuatan syubhat dan berusaha meningkatkan dirinya kedarjat takwa.

Dan orang yang seperti inilah yang mempunyai perasaan ragu terhadap sesuatu perkara itu sama ada syubhat atau pun tidak. Malah orang yang seperti inilah yang selalu meninggalkan yang halal kerana takut jatuh kepada yang haram. Sebagaimana yang pernah dikatakan oleh Abu Zar al-Ghiffari R.A. ; “KESEMPURNAAN TAKWA IALAH MENINGGALKAN SETENGAH YANG HALAL KERANA TAKUTKAN YANG HARAM.”

Dan sesungguhnya Ibrahim bin Adham pernah ditanya; “Bahawa adakah ia merasa ingin minum air zam-zam ? Ia menjawab “sekiranya ada timba ku sendiri, tentu aku akan meminumnya.” Dari jawapan itu bererti bahawa semua timba yang digunakan pada masa itu adalah milik Sultan yang dipandangnya harta syubhat, yang sama sekali tidak disukainya, kerana meragukan hatinya. Sebaliknya kalau ada timbanya sendiri nescaya diminumnya air itu, kerana timba miliknya adalah haknya yang diyakini halalnya, yang tidak meragukan hatinya.

Wallahualam.


0 Responses to “TINGGALKAN PERKARA YANG MERAGUKAN”



  1. Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


Oktober 2007
M T W T F S S
    Nov »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Blog Stats

  • 57,254 hits

Mari kongsi ilmu cari duit dan buat wang

Flickr Photos

Trillium Lake Alpine Glow

Chin Scratching Short-eared Owl

Arrow . . .

Arrow - Macro Monday

" Arrow man "

More Photos

Pilihan Kategori

Jom Twitter

ViralHosts.com


%d bloggers like this: