24
Oct
07

SOALJAWAB: Berkaitan Puasa Enam

Soalan: 

Bolehkah berpuasa enam jika puasa Ramadhan tidak dikerjakan sebulan penuh?

Jawapan:

Puasa enam ialah puasa yang dikerjakan sebanyak enam hari berturut-turut atau berselang-seli dalam bulan Syawal. Para ulama berselisih pendapat mengenai masa mengerjakan puasa enam ini. Sebahagian besar ulama berpendapat puasa enam dikerjakan secara terus menerus selepas Hari Raya iaitu mulai Hari Raya kedua dan seterusnya.

Sebahagian ulama muta’akhirin pula berpendapat puasa enam itu harus dikerjakan secara berselang-seli atau berasingan sepanjang bulan Syawal. Akan tetapi mengerjakannya berturut-turut selepas Hari Raya adalah lebih afhdal.

Soalnya sekarang bolehkah seseorang itu berpuasa enam jika puasa Ramadhannya tidak dikerjakan sebulan penuh ? Sebelum menjawab persoalan itu, elok diperhatikan dulu anjuran untuk enam itu.

Sabda Rasulullah Sallallahu `Alaihi Wasallam :

Maksudnya : “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian diikuti dengan puasa enam hari bulan Syawal, itulah puasa sepanjang masa”. (Hadis riwayat Muslim)

Kenyataan ini dikuatkan lagi oleh sebuah hadis :

Maksudnya : “Berpuasa sebulan (disamakan) dengan sepuluh bulan puasa, dan berpuasa enam hari selepasnya (disamakan ) dengan dua bulan puasa, maka kedua-duanya itu (jika dicampurkan) genap setahun.” (Hadis riwayat ad-Darimi)

Mengerjakan puasa sunat sebanyak enam hari dalam bulan Syawal diibaratkan kita berpuasa sepanjang masa kerana setiap kebajikan dibalas sepuluh kali ganda. Oleh itu, puasa Ramadhan sebanyak 29 atau 30 hari disamakan dengan 300 hari atau sepuluh bulan puasa, dan puasa enam disamakan dengan 60 hari atau dua bulan puasa. Jika dicampurkan sepuluh bulan dengan dua bulan, maka genaplah ia setahun, itulah yang dimaksudkan dengan puasa sepanjang tahun.

Apa yang dimaksudkan dengan penyamaan di sini adalah dari segi perolehan pahala iaitu seseorang itu akan mendapat pahal seperti pahala yang didapatinya daripada puasa fardhu, jadi pahala mengerjakan puasa bulan Ramadhan dan puasa enam adalah sama dengan pahala mengerjakan puasa fardhu sebanyak setahun.

Hukum Puasa Enam

Puasa enam dalam bulan Syawal itu sunat dikerjakan oleh orang yang telah mengerjakan puasa Ramadhan sebulan penuh. Begitu juga sunat dikerjakan oleh orang yang tidak dapat mengerjakannya sebulan penuh disebabkan sesuatu keuzuran syara’. Akan tetapi ganjaran pahalanya berlainan dengan ganjaran pahalanya berlainan dengan ganjaran pahala orang yang dapat mengerjakan puasa enam selepas mengerjakan puasa Ramadhan penuh.

Namun begitu, adalah haram mengerjakan puasa enam bagi orang yang meninggaalan puasa Ramadhan dengan senghaja, kerana puasa  Ramadhan yang ditinggalkannya itu wajib diqadhanya dengan seberapa segera.

Adapun bagi orang yang mengerjakan puasa qadha pada bulan Syawal, maka dia mendapat pahala puasa sunat enam. Ini adalah pendapat yang zahir bagi Imam al-Khatib as-Syarbini.

Pendapat yang lain menyatakann bahawa jika dia mengerjakan puasa qadha pada bulan Syawal, dia tidak mendapat pahala puasa enam, dan hendaklah dia mengqadha puasa enam itu pada bulan Zulkaedah jika bulan Syawal sudah selesai.

Puasa enam bolehlah diumpamakan sebagai sembahyang sunat rawatib yang kita kerjakan selepas sembahyang fardhu untuk menyempurnakan kekurangan-kekurangan yang terdapat sewaktu mengerjakan sembahyang fardhu kerana kekurangan dalam amalan fardhu dapat ditutup atau ditampal dengan amalan sunat pada hari kiamat.

Oleh itu rebutlah peluang yang ada ini demi menyempurnakan ibadat puasa Ramadhan yang kita kerjakan disamping kita mengharapkan ganjaran pahala yang berlipat ganda daripada Allah Subhanahu Wata’ala.

Sumber : Al-Hadaf (Syaaban/Ramdhan 1419 Disember 1998

IRSYAD : Tahun 2 Bilangan 4 JAbatan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam http://www.brunet.bn/gov/mufti/alhadaf/dis98


0 Responses to “SOALJAWAB: Berkaitan Puasa Enam”



  1. Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


Oktober 2007
M T W T F S S
    Nov »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Blog Stats

  • 57,254 hits

Mari kongsi ilmu cari duit dan buat wang

Flickr Photos

Trillium Lake Alpine Glow

Chin Scratching Short-eared Owl

Arrow . . .

Arrow - Macro Monday

" Arrow man "

More Photos

Pilihan Kategori

Jom Twitter

ViralHosts.com


%d bloggers like this: