Arkib untuk November 2007

26
Nov
07

Minda Anda Mencorakkan Perwatakan Anda

Salam bahagia dan semoga ceria hendaknya selalu.

Bak kata pepatah “Rambut sama hitam (kadang-kadang tu warna perang atau putih pun ada..) hati lain-lain”..

Rasanya saya tak perlulah saya hendak mengulas panjang lebar sebab tentu kita semua telah sedia maklum dan faham akan maksudnya kan..?

Didalam Ilmu Minda Separa Sedar diutarakan bahawa; “Anda adalah Apa yang Anda Fikirkan”. Jika Anda Fikir dan “Percaya serta Yakin” Anda BOLEH berjaya menjadi jutawan yang gemilang dan terbilang maka ucapkanlah dan resaplah perasaan itu ke dalam jiwa anda..!! Dengan cara ini semangat berusaha yang mantap akan timbul secara automatik ke dalam diri anda.

Cabar diri anda sendiri dengan melakukan perkara yang kecil-kecil dahulu. Bayangkan matlamat anda untuk menjadi jutawan itu berada ditangan anda. Segala masalah yang dihadapi ketika ini ketepikan terlebih dahulu kerana ia boleh menghalang gambaran kejayaan anda itu.

Buang perasaan negatif seperti takut, malu, malas, suka bertangguh-tangguh dan sebagainya dan mulakan langkah anda

Timbulkan perasaan bersyukur kepada Allah Ta’ala kerana dengan limpah kurniaNya anda tidak perlu membayar satu sen pun nikmat yang dianugerahkanNya itu iaitu ‘Hayat’ (Nyawa) anda. Dia Maha Tahu apa yang kita perlukan bukan Dia membiarkan anda tanpa pengawasan. Cuma kita sahaja yang lupa akan Dia.

Hidup kita akan menjadi tenang jika kita sentiasa bersyukur kepadaNya. Sebenarnya jika kita dilanda kesulitan atau kesenangan sama saja bagiNya cuma kita sahaja yang tidak tahu akan rahmatNya. Ianya adalah sebagai satu ujian yang berpanjangan selagi Hayat kita masih ada. Seperti kata pepatah Hidup ini umpama ‘Roda’, hari ini kita di atas, esok lusa mana tahu kita dibawah pula..kan.

Diwaktu senang inilah lekas-lekas kita membantu sesiapa yang menghadapi kesusahan. Jika dikaji-kaji sebenarnya wang zakat yang dikeluarkan oleh orang yang mengeluarkan zakat itu tak akan luak-luak. Sentiasa sahaja penuh jika kita bertanggung jawab melaksanakannya tanpa bertangguh-tangguh sebab ada yang berhak sedang menunggu-nunggu untuk menerimanya.

“Harimau mati meninggalkan belang, manusia meninggal meninggalkan nama?.. bukan sekadar nama sahaja kita meninggalkan memori kedalam fikiran orang yang telah dibantunya.. Jika seorang penyanyi; pasti suara nyanyian mereka akan terpahat dikotak fikiran orang yang mendengarnya, jika seorang pelakon, pasti seni lakonannya akan menjadi ikutan kepada penyambung generasinya pula.

Jika direnung semasa kita kecil-kecil dahulu ibubapa kita pernah bertanya kepada kita esok besar nak jadi apa? Malahan diwaktu sekolah dulu pun cikgu ada menyuruh menulis karangan tentang cita-cita bila sudah dewasa kelak nanti. Maka kita pun mengaranglah berjela-jela tentang cita-cita bile sudah bekerja nanti untuk menjadi seorang guru, doktor, jurutera dan sebagainya yang kebanyakannya kerja ‘makan gaji’. Dan akhirnya perkara itu pun melekatlah didalam minda kita sehinggalah kita meningkat dewasa.

Tidak terfikir dan tidak terlintas pula untuk menulis ‘Esok bila sudah dewasa saya bercita-cita ingin menjadi seorang jutawan yang gemilang dan terbilang”.. Mungkin sebab kita malu kot masa tu untuk menulis tajuk karangan yang diberikan itu..

Maka bila ibubapa dahulu menanamkan sikap ‘makan gaji’ kepada hidup anak-anaknya, maka sudah tentulah ianya berlarutan sampai ke generasi yang ntah ke berapa agaknya..

Mungkin sejak dahulu lagi sikap  ‘mental block’ telah lama diajarkan oleh pihak penjajah atau sebab ilmu minda separa sedar telah dibuang dari pemikiran masyarakat kita dahulu. Jika dikaji-kaji sebenarnya masyarakat Melayu kita dahulu amat hebat-hebat belaka. Segala ceruk rantau benua telah mereka terokai.

Kebanyakan kita hari ini lebih kepada menggunakan produk yang dicipta oleh pihak luar (asing). Jika ada produk sendiri pun kemungkinan kita tidak membuat kod paten bagi melindungi dari diciplak oleh orang lain.

Marilah kita sama berganding bahu terutama masyarakt Melayu yang sebenarnya banyak ilmu tetapi lebih suka menyembunyikan daripada diketahui oleh orang agar berkongsi ilmu. Minda Separa Sedar anda tahu anda boleh melakukan seperti mana orang lain boleh lakukan apa juga yang diingini dalam memenuhi keperluan hidup.

Tapi masih ada lagi perasaan curiga kalau-kalau ideanya akan mendapat saingan yang hebat dari pihak lain. Jika kita bersedekah dan kita yakin Allah Ta’ala jualah yang pemberi rezeki kepada kita lambat-laun juga rezeki kita akan bertambah-tambah berlimpah-ruah itu pu jika kita percaya dan yakin tanpa keraguan didalam hati.

Saya selalu tanamkan serta berniat didalam hati untuk ingin memiliki harta atau kekayaan tanpa batasan dengan harapan untuk dapat memperbaiki kehidupan saya ini serta dapat membantu kepada mereka-mereka yang mengalami masalah kewangan agar mereka merasa masih ada lagi insan yang ingin membantu mereka dikala kesulitan yang dialami.

Tahukah anda bahawa sebenarnya anda itu “Kaya”. Sebab apa saya kata begitu, kerana anda pun ‘kaya dengan ilmu’, tanpa ilmu anda berada didalam kegelapan. Sudahlah kaya dengan ilmu dianugerahkan pula dengan sifat kehendak. Jika tidak ada sifat kehendak rasanya tak adalah cerita kat atas dunia ini. Yang si lelaki tidak ada rasa kehendak kepada wanita begitu juga si wanita tadi tidak ada sifat keinginan kepada si lelaki. Di sinilah letaknya “LOA” ( Hukum daya tarikan).. tarik menarik.. ( Anda cantik menarik tertarik deebomm.. pernah dengar lagu ni.. hmm pernahkan.)

Tahukan anda apakah janji kita semasa dialam roh dahulu? Minda Bawah Sedar kita akan teringat bila kita membuka lembaran AL-Quran yang menceritakan bahawa kita akan menyembah dan tunduk taat serta patuh akan perintah Allah sebelum dikeluarkan ke alam yang terang nyata ini.

Minda kita sekarang ini baru tahu bahawa rupanya kita telah bersumpah akan taat perintah Tuhan semesta alam. Terpulanglah kita untuk menentukan sama ada kita hendak patuh atau tidak, hendak kaya atau tidak, hendak senang atau tidak, hendakkan banyak pahala atau tidak.

Seperti firmanNya; “Tidak akan merubah sesuatu kaum, melainkan kaum itu sendiri merubah nasib diri mereka sendiri..” (..maaf tak ingat ayat surat apa.. tapi begitulah maksudnya.. ye). Minda anda merasa susah, maka susahlah kesudahannya. Minda anda merasa mudah maka mudah juga yang kita rasa. Minda anda rasa takut, sampai bila-bila pun rasa takut itu akan mengikut anda.. bebaskanlah semua pekara negatif anda mulai sekarang.. Bersikap Positif dalam apa jua keadaan. Baik susah atau senang. Sentiasa katakan pada diri anda “Aku mahukan kebebasan segala masalah atau bebanan; tidak kira kewangan atau perihal kehidupan anda.”

“Always be Happy”,.. Senyuman anda adalah sedekah sebab anda Kaya dengan Senyuman. Anda tidak akan kerugian jika bersedekah dengan senyuman anda itu..

Maaf jika terlanjur kata terguris rasa..

Salam keberkatan dalam hidup anda selalu hendaknya.

Wassalam

26
Nov
07

Kesedaran Rakyat Malaysia

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera.

Bila sahaja buka siaran Radio atau TV baru-baru ini, ada sahaja cerita-cerita yang kurang enak didengar dan tidak berapa sedap dibicarakan. Heboh pasal ‘perhimpunan haram’lah, para perniaga ‘kerugian’lah, pelancung asing ‘rasa bimbang’lah Media Barat (luar negeri) memberikan ‘gambaran buruk’ kepada imej negara kita yaang tercinta ini, sedangkan kita baru sahaja dalam beberapa bulan yang telah lepas merayakan ulangtahun “Kemerdekaan yang ke-50 Tahun”.

Disebabkan ‘ada  perasaan tidak puas hati’ dikalangan segelintir individu atau kumpulan maka yang menjadi mangsa adalah semua rakyat Malaysia khususnya penduduk disekitar Lembah Kelang.

Akibatnya jalan raya kena diadakan ‘Sekatan Jalan’ (Road Block).. Kawasan tumpuan ‘pelancungan ditutup’ buat sementara. Pihak FRU dikerah berjaga-jaga bagi mengawal sebarang tindakan yang tidak diingini.

Semuanya ini menjerumus kepada arus negatif didalam segenap pihak. Perasaan bimbang jika berlanjutan sehingga ke esokan harinya. Jika pihak yang berkenaan (Pihak Berkuasa Tempatan)’ tidak berani’ menyelesaikan sudah pasti ‘Perasaan Berani yang Tidak Bertempat’ pihak yang menganjurkan perhimpunan itu akan menguasai setiap orang yang berada disekitar itu.

Al-hamdulillah jalan penyelesaian telah pun dapat dicapai walaupun pelbagai andaian pihak media luar mengecam dan melemparkan laporan buruk yang tidak benar itu.

Syabas pihak anggota FRU dan polis atas usaha anda itu telah mendamaikan suasana pada hari ini.

Pengajaran;

Jika andaian-andaian atau perasaan buruk sangka masih lagi menebal didalam diri seseorang individu itu nescaya ia boleh menjangkit dan merebak dengan begitu pantas sekali sehingga tiada terkawal. Seperti peristiwa 13Mei yang berlaku itu adalah akibat masih ada perasaan dendam yang membara didalam individu itu yang telah ditanam didalam Minda mereka sejak dari generasi yang lalu itu.

Ayuh, marilah kita merubah minda dan berpindah minda dari yang negatif kepada yang positif. Minda yang baik bermula dari diri anda sendiri..

Sekian.. Selamat Maju Jaya.

23
Nov
07

Ilmu Minda Separa Sedar

Assalammualaikum dan Salam bahagia hendaknya.

Sudah lama dan begitu lama rasanya saya tidak mengemaskini laman blog saya ni ye.. Ini disebabkan saya sedang ‘mencari sesuatu’ untuk diketengahkan melalui alam siber ini. Maksud saya, tengah mencari idea apakah yang patut diujudkan dimasa ini. Bukannya buntu atau hilang arah tujuan sebenar.

Jika dilihat dari isi kandungan laman blog ni, tidak ada yang istimewanya selain dari sebagai info untuk tatapan pembacaan saya sahaja.Selama saya tidak meng’up-date’kan laman ini, saya selalu melayari laman blog linncomel.com dan saya telah meng’copy’ dan ‘paste’ ke dalam microsoft word document bagi tujuan rujukan dan pembacaan saya sendiri agar lebih mudah untuk saya membukanya dikala saya tidak surf di internet ( maklumlah gherta ‘compeni’ mana leh guna sembarangan..) maksud saya tak leh guna lama-lama.

So, segala artikel yang berkenaan “Minda Separa Sedar’ dari penulisan linncomel itu pun saya ‘c & p’ “BAGI KEGUNAAN RUJUKAN” saya sahaja, bukan untuk sebarang komersial.. maaf ye linncomel kerana tidak mendapatkan keizinan dan tidak memberitahu anda.. Tapi ikhlas saya katakan ianya bukan sedikit sebanyak dapat membantu saya meneroka ilmu Minda Separa Sedar bahkan dapat juga mengamalkannya. Dan ‘Hasilnya’ saya mendapat ‘ilham serta idea’..

Untuk tumbulkan idea perlukan persoalan untuk dijawab; Soalannya: “Mengapa tak saya rekod aje suara saya sendiri ke dalam telefon bimbit saya yang canggih tu.. ?” Selepas rekod, kita dengar semula suara sendiri kan  lebih bagus sebab diri kita sendiri yang mengenali suara siapa yang keluar dari rakaman telefon bimbit tu.. Jadi saya rakamkan segala apa yang saya baca dari artikel penulisan saudari linncomel.com serta juga artikel saudara shueqry.blogspot.com dari laman blognya itu.. ok shueqry harap tak marah ye.?.

Untuk menimba ilmu kenalah berusaha dengan bersungguh-sungguh serta kena sertakan kreativiti kita sendiri. Dan sepanjang pembacaan itu ternyata Ilmu Minda Separa Sedar adalah salah satu dari cabang ilmu yang maha luas dialam maya ini. Sebab apa saya kata demikian, kerana sedari azali lagi Allah Ta’ala telah menyempurnakan penciptaanNya semenjak dari penciptaan Akal itu sendiri termasuklah Nafsu yang dibekalkan kepada makhlukNya khususnya yang bernama Manusia.

Segala penciptaanNya telah sempurna wujud tetapi belum di tunjukan lagi kerana ‘terhenti ia’ didalam IlmuNya. Contoh; Masa ditunjukkan alam roh, alam malaikat, alam iblis, alam syaithan dan alam jin semuanya didalam IlmuNya. Tidak diceritakanNya secara detail kepada manusia. Masa ditunjukkan zaman Adam dan Hawa semuanya didalam IlmuNya. Bahkan zaman sekarang ini dan akan datang (alam akhirat) pun telah diketahuiNya sebelumnya terciptanya alam-alam tersebut.. KUNCInya.. itulah Kata-kata “KUN“, (JADILAH..!)FAYAKUN” (Maka SEMPURNALAH segala kejadian). Hatta saya tengah menulis ni pun telah Dia ketahuiNya bila berlaku dan apa yang akan saya perkatakan disini.

Berbalik cerita ilmu Minda Separa Sedar itu, terus-terang saya akui bukanlah kita baru kini digunakan. Para Nabi dan Rasul dahulu telah menggunakannya seperti Nabi Khidir dan Nabi Yusuf. Nabi Muhammad s.a.w juga menggunakannya bila mana baginda berkata kepada sahabat-sahabatnya; “Percayakah kamu jika saya katakan disebelah bukit sana terdapat segerombolan musyrikin sedang bersiap menuju ke sini untuk memerangi kamu.?” Dan sememangnya benarlah apa yang dikatakan oleh baginda s.a.w itu.

Begitu juga ketika umat Islam sedang kerkurangan bekalan makanan dan minuman ketika peperangan berlaku. Namun makanan yang sedikit itu bisa mengenyangkan semua askar tersebut. Mereka ‘Percaya dan Yakin” tanpa batasan bahawa kemenangan berpihak kepada mereka walaupun sedang kehausan berpuasa di bulan Ramadhan. Minda mereka mengatakan “makanan” atau “minuman” itu tidak memberi bekas kepada mereka. Baginda s.a.w serta para sahabat baginda berjuang walaupun dengan jumlah yang sedikit askar ketika itu berbanding kekuatan tentera kuffa.

Secara tidak langsung dari dahulu lagi umat Islam telah diajar oleh baginda s.a.w ilmu motivasi bagi memperjuangkan dan menegakkan ajaran Agama Islam yang diredhai oleh Allah s.w.t. ini/Sekarang ini terpulanglah kepada kita semua sama ada untuk mengikutnya seperti perjuangan umat yang lalu itu. Dahulu mereka bukan sahaja mencari kekayaan tetapi menggunakan kekayaan yang dimiliki mereka untuk tujuan perjuangan menegakkan sy’iear Islam agar terus tegak sehingga ke hari ini.

Hari ini saya hendak tulis sebanyak yang mungkin berkenaan Minda Separa Sedar itu supaya saya boleh membantu rakan-rakan yang lain. “Saya atau Anda adalah apa yang saya atau Anda fikirkan”.

Macam dalam filem P.Ramlee cerita “Pendekar Do Re Me”.. masa dalam hutan tu terjumpa ‘anak saudara ‘Buluh Betong’ dan pada Do Re Me diberikan hadiah alatan ‘sakti’  dari tuan puteri itu. Apa kata tuan puteri tu?; “Kalau minta baik jadinya baik, kalau minta jahat, jahatlah jadinya

Baiklah, bercerita tentang rakaman suara saya semasa membaca artikel linncomel dan saudara shueqry itu, tercetus idea untuk dijadikan sebagai e-record (selain buat e-book). Ini boleh membantu kepada orang-orang yang cacat penglihatan contohnya bagi tujuan membina motivasi mereka atau bagi mereka yang sibuk hingga tidak sempat membuka laman blog di internet dan jenis yang berat hati nak baca artikel yang panjang lebar itu… Ini saya tujukan kepada linncomel dan seangkatan dengannya..

Bagaimana, boleh direalisasikan ker?..

Idea ini tercetus sebab saya melihat untuk membawa sebuah buku motivasi yang tebal ke hulu-ke hilir tak begitu praktikal. Saya nak jadikan seperti macam penyanyi, mereka hanya melagukan lirik yang telah diciptakan oleh seorang pengubah lagu dan telah dimasukkan juga melodi yang sesuai dengan lagu itu. Bila sudah siap ciptaan lagu itu kena cari penyanyi yang sesuai untuk mendendangkannya. kan mudah.Tapi bayaran royalitinya tentulah berbezakan.. itu lain ceritalah..

Saya rasa bersemangat walaupun saya masih dilanda masalah kewangan, tapi saya tetapkan matlamat untuk membebaskan diri dari segala ketidak cukupan pendapatan saya tu. Saya hendak “Always Be Happy”; “Impossible is Nothing”; saya mahu semua perkara mudah bagi saya menyelesaikannya.

Saya mahu programkan minda saya supaya kejayaan dan kecemerlangan dalam apa bidang yang saya ceburi dan minati akan mudah dicapai dengan jayanya. Saya mahukan selalu bersikap positif dalam apa jua hal. Oleh kerana Minda Separa Sedar ini umpama alat rakaman yang sentiasa berputar tanpa henti, maka perlulah kita menjaganya dengan lebih berhati-hati kerana ianya terlalu sensitive kepada apa saja yang datang kepadanya, seumpama magnet kekal yang menarik apa saja objek tak kira dari bahan apa asalnya. Sebab itu kita kena guna alatan yang lebih tahan lama iaitu “Kata-kata Perangsang “Affimasi kepada diri kita sendiri..

Rasanya cukuplah untuk kali ini sebagai permulaan bab ini. Mahu juga saya kongsi pengalaman sepanjang pembacaan saya tentang bab Minda Separa Sedar yang saya telah alami ini.

Sekian, terima kasih..




November 2007
I S R K J S A
« Okt   Feb »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Blog Stats

  • 74,555 hits

Mari kongsi ilmu cari duit dan buat wang

Flickr Photos

Pilihan Kategori

Top Clicks

  • Tiada

Jom Twitter

ViralHosts.com