26
Nov
07

Minda Anda Mencorakkan Perwatakan Anda

Salam bahagia dan semoga ceria hendaknya selalu.

Bak kata pepatah “Rambut sama hitam (kadang-kadang tu warna perang atau putih pun ada..) hati lain-lain”..

Rasanya saya tak perlulah saya hendak mengulas panjang lebar sebab tentu kita semua telah sedia maklum dan faham akan maksudnya kan..?

Didalam Ilmu Minda Separa Sedar diutarakan bahawa; “Anda adalah Apa yang Anda Fikirkan”. Jika Anda Fikir dan “Percaya serta Yakin” Anda BOLEH berjaya menjadi jutawan yang gemilang dan terbilang maka ucapkanlah dan resaplah perasaan itu ke dalam jiwa anda..!! Dengan cara ini semangat berusaha yang mantap akan timbul secara automatik ke dalam diri anda.

Cabar diri anda sendiri dengan melakukan perkara yang kecil-kecil dahulu. Bayangkan matlamat anda untuk menjadi jutawan itu berada ditangan anda. Segala masalah yang dihadapi ketika ini ketepikan terlebih dahulu kerana ia boleh menghalang gambaran kejayaan anda itu.

Buang perasaan negatif seperti takut, malu, malas, suka bertangguh-tangguh dan sebagainya dan mulakan langkah anda

Timbulkan perasaan bersyukur kepada Allah Ta’ala kerana dengan limpah kurniaNya anda tidak perlu membayar satu sen pun nikmat yang dianugerahkanNya itu iaitu ‘Hayat’ (Nyawa) anda. Dia Maha Tahu apa yang kita perlukan bukan Dia membiarkan anda tanpa pengawasan. Cuma kita sahaja yang lupa akan Dia.

Hidup kita akan menjadi tenang jika kita sentiasa bersyukur kepadaNya. Sebenarnya jika kita dilanda kesulitan atau kesenangan sama saja bagiNya cuma kita sahaja yang tidak tahu akan rahmatNya. Ianya adalah sebagai satu ujian yang berpanjangan selagi Hayat kita masih ada. Seperti kata pepatah Hidup ini umpama ‘Roda’, hari ini kita di atas, esok lusa mana tahu kita dibawah pula..kan.

Diwaktu senang inilah lekas-lekas kita membantu sesiapa yang menghadapi kesusahan. Jika dikaji-kaji sebenarnya wang zakat yang dikeluarkan oleh orang yang mengeluarkan zakat itu tak akan luak-luak. Sentiasa sahaja penuh jika kita bertanggung jawab melaksanakannya tanpa bertangguh-tangguh sebab ada yang berhak sedang menunggu-nunggu untuk menerimanya.

“Harimau mati meninggalkan belang, manusia meninggal meninggalkan nama?.. bukan sekadar nama sahaja kita meninggalkan memori kedalam fikiran orang yang telah dibantunya.. Jika seorang penyanyi; pasti suara nyanyian mereka akan terpahat dikotak fikiran orang yang mendengarnya, jika seorang pelakon, pasti seni lakonannya akan menjadi ikutan kepada penyambung generasinya pula.

Jika direnung semasa kita kecil-kecil dahulu ibubapa kita pernah bertanya kepada kita esok besar nak jadi apa? Malahan diwaktu sekolah dulu pun cikgu ada menyuruh menulis karangan tentang cita-cita bila sudah dewasa kelak nanti. Maka kita pun mengaranglah berjela-jela tentang cita-cita bile sudah bekerja nanti untuk menjadi seorang guru, doktor, jurutera dan sebagainya yang kebanyakannya kerja ‘makan gaji’. Dan akhirnya perkara itu pun melekatlah didalam minda kita sehinggalah kita meningkat dewasa.

Tidak terfikir dan tidak terlintas pula untuk menulis ‘Esok bila sudah dewasa saya bercita-cita ingin menjadi seorang jutawan yang gemilang dan terbilang”.. Mungkin sebab kita malu kot masa tu untuk menulis tajuk karangan yang diberikan itu..

Maka bila ibubapa dahulu menanamkan sikap ‘makan gaji’ kepada hidup anak-anaknya, maka sudah tentulah ianya berlarutan sampai ke generasi yang ntah ke berapa agaknya..

Mungkin sejak dahulu lagi sikap  ‘mental block’ telah lama diajarkan oleh pihak penjajah atau sebab ilmu minda separa sedar telah dibuang dari pemikiran masyarakat kita dahulu. Jika dikaji-kaji sebenarnya masyarakat Melayu kita dahulu amat hebat-hebat belaka. Segala ceruk rantau benua telah mereka terokai.

Kebanyakan kita hari ini lebih kepada menggunakan produk yang dicipta oleh pihak luar (asing). Jika ada produk sendiri pun kemungkinan kita tidak membuat kod paten bagi melindungi dari diciplak oleh orang lain.

Marilah kita sama berganding bahu terutama masyarakt Melayu yang sebenarnya banyak ilmu tetapi lebih suka menyembunyikan daripada diketahui oleh orang agar berkongsi ilmu. Minda Separa Sedar anda tahu anda boleh melakukan seperti mana orang lain boleh lakukan apa juga yang diingini dalam memenuhi keperluan hidup.

Tapi masih ada lagi perasaan curiga kalau-kalau ideanya akan mendapat saingan yang hebat dari pihak lain. Jika kita bersedekah dan kita yakin Allah Ta’ala jualah yang pemberi rezeki kepada kita lambat-laun juga rezeki kita akan bertambah-tambah berlimpah-ruah itu pu jika kita percaya dan yakin tanpa keraguan didalam hati.

Saya selalu tanamkan serta berniat didalam hati untuk ingin memiliki harta atau kekayaan tanpa batasan dengan harapan untuk dapat memperbaiki kehidupan saya ini serta dapat membantu kepada mereka-mereka yang mengalami masalah kewangan agar mereka merasa masih ada lagi insan yang ingin membantu mereka dikala kesulitan yang dialami.

Tahukah anda bahawa sebenarnya anda itu “Kaya”. Sebab apa saya kata begitu, kerana anda pun ‘kaya dengan ilmu’, tanpa ilmu anda berada didalam kegelapan. Sudahlah kaya dengan ilmu dianugerahkan pula dengan sifat kehendak. Jika tidak ada sifat kehendak rasanya tak adalah cerita kat atas dunia ini. Yang si lelaki tidak ada rasa kehendak kepada wanita begitu juga si wanita tadi tidak ada sifat keinginan kepada si lelaki. Di sinilah letaknya “LOA” ( Hukum daya tarikan).. tarik menarik.. ( Anda cantik menarik tertarik deebomm.. pernah dengar lagu ni.. hmm pernahkan.)

Tahukan anda apakah janji kita semasa dialam roh dahulu? Minda Bawah Sedar kita akan teringat bila kita membuka lembaran AL-Quran yang menceritakan bahawa kita akan menyembah dan tunduk taat serta patuh akan perintah Allah sebelum dikeluarkan ke alam yang terang nyata ini.

Minda kita sekarang ini baru tahu bahawa rupanya kita telah bersumpah akan taat perintah Tuhan semesta alam. Terpulanglah kita untuk menentukan sama ada kita hendak patuh atau tidak, hendak kaya atau tidak, hendak senang atau tidak, hendakkan banyak pahala atau tidak.

Seperti firmanNya; “Tidak akan merubah sesuatu kaum, melainkan kaum itu sendiri merubah nasib diri mereka sendiri..” (..maaf tak ingat ayat surat apa.. tapi begitulah maksudnya.. ye). Minda anda merasa susah, maka susahlah kesudahannya. Minda anda merasa mudah maka mudah juga yang kita rasa. Minda anda rasa takut, sampai bila-bila pun rasa takut itu akan mengikut anda.. bebaskanlah semua pekara negatif anda mulai sekarang.. Bersikap Positif dalam apa jua keadaan. Baik susah atau senang. Sentiasa katakan pada diri anda “Aku mahukan kebebasan segala masalah atau bebanan; tidak kira kewangan atau perihal kehidupan anda.”

“Always be Happy”,.. Senyuman anda adalah sedekah sebab anda Kaya dengan Senyuman. Anda tidak akan kerugian jika bersedekah dengan senyuman anda itu..

Maaf jika terlanjur kata terguris rasa..

Salam keberkatan dalam hidup anda selalu hendaknya.

Wassalam


0 Responses to “Minda Anda Mencorakkan Perwatakan Anda”



  1. Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


November 2007
M T W T F S S
« Oct   Feb »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Blog Stats

  • 57,254 hits

Mari kongsi ilmu cari duit dan buat wang

Flickr Photos

Trillium Lake Alpine Glow

Chin Scratching Short-eared Owl

Arrow . . .

Arrow - Macro Monday

" Arrow man "

More Photos

Pilihan Kategori

Jom Twitter

ViralHosts.com


%d bloggers like this: