28
Feb
08

Minda – Penentu Kehidupan Manusia

Salam Sejahtera dan Selamat bersua kembali di dalam ‘Bicara Minda’…

Sudah sekian lama saya tidak menulis di dalam blog wordpress.com ini, rindu pula rasanya.

Tapi tidak mengapalah, biar lama tidak menulis namun pengisian didalam blog ini perlulah mantap isi kandungannya dan mempunyai kesan terhadap psikologi pembaca yang melawatnya.

Saya nak bercerita panjang lebar pun rasanya tidak berapa elok sebab pada kebiasaannya atau lazimnya sesetengah dari kita tidak berapa gemar membaca sampai meleret-leret tanpa kesudahan apa cerita sebenar yang  hendak disampaikan oleh penulisnya. Tidak kiralah sama ada penulis blogger atau penulis buku.

Namun, apa yang hendak saya ketengahkan disini bahawa kebanyakkan dari kita secara disedari atau tidak disedari, kadang-kadang terlepas pandang bahawa ‘Minda’ kita memainkan peranan yang penting dalam menentukan kehidupan seharian kita.

Sebagai contoh; di tempat kita berkerja- kita ditugaskan untuk menjual sesuatu produk kepada pelanggan. Atau kita menjadi seorang ‘programmer’ dakam bidang IT dan sebagainya. Minda separa sedar kita berfungsi untuk merakam dan menyimpan segala maklumat yang kita buat. Selagi hayat dikandung badan (..budi yang baik dikenang juga.. ; sekadar tambahan ayat ).. minda separa sedar kita bertugas 24 jam tanpa hentinya. Tidak kira waktu tidur atau jaga ia tetap menjalankan tugasannya.

Sama ada kita berkata-kata didalam hati atau membisikkan didalam hati, secara automatik minda separa sedar akan merakam dan menyimpannya didalam ‘Super Memory’ yang berkapisiti ‘Berterilion-terilion Megabyte’.. (Itulah yang dikatakan pakar Minda “Gergasi didalam Diri kita).

Sama ada ‘Gergasi’ itu tidur atau jaga, yang menentukannya adalah diri kita sendiri. Pemikiran kita hendaklah sentiasa disemaikan dengan penuh rasa harmoni, gembira, ceria, rasa kesyukuran dan saling memaafkan kepada diri sendiri atau orang lain.

Berbalik kepada cerita diatas, tentang pekerjaan yang kita lakukan saban hari, sebenarnya kita menggunakan 90 % (peratus) atau lebih ‘Kuasa Minda Separa Sedar kita. Dan 10 % (peratus) atau kurang kita menggunakan Minda Sedara kita.

Seperti contoh lagi; saudara atau saudari ingin membuka komputer (PC) laptop atau untuk menggeluarkan wang dari mesin ATM. Kebanyakannya kita kena melalui pengesahan kata-laluan (Password), barulah PC kita beloh berfungsi atau kat ATM kita boleh mengekses pengeluaran wang dari Bank.

Minda sedar mahu supaya apa yang diingini mesti dilaksanakan mengikut arahan Bos (bosnya tu kita lahkan..) dan Minda separa sedar pula adalah pekerja-pekerja bawahan yang setia dan tekun menjalankan perintah dan arahan Ketuanya (Minda Sedar).

Minda sedar tahu nak buka PC mesti kena masukkan ‘password’nya dan minda separa sedar tahu apa passwordnya setelah direkod dan disimpan didalam Gudang Memorinya..

Dipendekkan cerita, apa-apa jua yang kita lakukan Berfikir dahulu sebelum bertindak. Kerana apa jua pemikiran sama ada negatif atau positif yang kita fikirkan itu akan direalisasikan ke alam yang nyata ini.

Buat masa ini saya masih banyak buku yang perlu dibaca dan perlu difahami berhubung dengan Minda Anda.

Pakar-pakar minda dalam penyelidikan mereka kebanyakannya menceritakan perkara yang sama didalam buku-buku penulisan mereka. Cuma kita perlu memilih bahan bacaan yang mudah difahami dan seringkas yang mungkin.

Buku seperti “The Power of Your Subconscious Mind” hasil tulisan Dr. Joseph Murphy merungkai pelbagai kaedah untuk kita mengatasi ketakutan, serta bagaimana untuk menjadi lebih berkeyakinan diri dalam kerjaya. Malah bagaimana untuk menyembuhkan diri dari penyakit yang dialami bertahun-tahun lamanya.

Orang-orang barat telah lama mengkaji perkara ini, namun sebenarnya didalam ajaran Islam yang berteraskan Ilmu wahyu dari Al-Quran sebenarnya telah lama membongkar perkara ini.

Didalam ajaran Islam umatnya dilarang berburuk sangka sesama kita, hatta kepada Allah pun dilarang sekali pun. Kita pernah mendengar ceramah dari pak Ustaz memberi dalil atau hujah berhubung hadis Qudsi; antaranya membawa maksud; “Sesungguhnya Aku menuruti apa-apa sangkaan kamu itu.. ” (Ertinya apa-apa pemikiran kita sama ada baik (positif) atau buruk (negatif)..

Nah, sayang sekali jika kita tidak sama-sama mengkaji dan mengupas perihal yang penting ini, terutama sekali diwaktu-waktu menjelang “Pilihan Raya Malaysia 2008” ini.

Apa jua kempen yang dilakukan dan apa jua yang diucapkan oleh kedua-dua belah pihak Parti Politik hendaklah minda kita berfikir dengan waras.

Usah lagi mencari-cari kesalahan pihak lawan, sebaliknya perbaikilah pemikiran kumpulan masing-masing menjadi yang terhebat diantara yang terhebat.

Usah lagi perkara remeh-temeh diperbesarkan, sebaliknya perelokkan menjadi lebih berguna kepada semua masyarakat setempat.

Kita tidak mahu perkara-perkara negatif menyelubungi pemikiran masyarakat kita, namun perkara yang kita “Tidak mahu” itulah yang berlaku..?? Kita tidak mahu harga minyak petrol naik, namun ia masih berlaku juga.. naik seperti mana yang berlaku sekarang..

Ubahlah pemikiran anda sekarang, sebelum anda menyesal dikemudian hari.. Carilah ilmu tidak kira dimana sekali pun.. hatta kalau binatang anjing (..atau ada binatang yang paling jijik sekali pun) itu boleh berkata-kata sekali pun boleh kita mengambil pengajaran darinya.

Jika kita banyak mengkritik pihak lawan sebenarnya kita sendiri mengkritik kepada diri kita sendiri… bagaimana ya ..?

Kita fikir kita yang pandai dan bijak, sebenarnya ada lagi yang lebih pandai dan cerdik dari kita.. Sepatutnya kita perlu berkongsi kepandaian dan kebijaksanaan itu.. sebab itu bukan hak milik individu. Semua orang berhak pandai, berhak kaya, berhak hidup selesa.

Daripada pandangan agama Islam, apabila kita mengucap salam sejahtera diatas kamu.. adalah membawa maksud; ‘aku tidak mengkhianati mu, aku mahu kamu selamat sebagaimana aku selamat dunia-akhirat, aku tidak mahu mengapa-apakan kamu, aku mahu kamu selesa seperti mana aku selesa.. begitulah seterusnya.

Baiklah, cukuplah buat masa ni untuk dicoretkan sebagai nukilan buat renungan diri saya sendiri dan Anda disana.

Kemaafan jika tersentuh rasa didalam jiwa anda.


0 Responses to “Minda – Penentu Kehidupan Manusia”



  1. Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


Februari 2008
M T W T F S S
« Nov   Mar »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
2526272829  

Blog Stats

  • 57,254 hits

Mari kongsi ilmu cari duit dan buat wang

Flickr Photos

Trillium Lake Alpine Glow

Chin Scratching Short-eared Owl

Arrow . . .

Arrow - Macro Monday

" Arrow man "

More Photos

Pilihan Kategori

Jom Twitter

ViralHosts.com


%d bloggers like this: