05
Mar
08

Undi Anda Dan Apa Kaitan ‘Law of Attraction’

Salam sejahtera buat anda semua.

Tinggal 3 hari lagi untuk semua rakyat Malaysia (yang sudah lama berdaftar aje yee..) untuk keluar menunaikan (ehh wahh macam nak pegi Haji lak bunyi nadanya.. hehe..) kewajiban sebagai pengundi yang sah.

Sudah menjadi kebiasaan pasti ada saja istilah seperti ‘Pengundi Hantu’ atau ‘Pengundi atas pagar’ dan sebagainya bermain didada akhbar mahupun didalam laman web blog.

Harus diingati bahawa ‘Undi anda adalah “Rahsia”.. tak leh nak kasi tahu kat sapa-sapa tau, kat bini sendiri pun tak leh tau.. hehee begitu sekali yang dikatakan ‘rahsia’..

Apa yang bermain difikiran anda sekarang ini? Nak pilih parti siapakah agaknya tahun ini? Boleh ker kemajuan dapat dicapai dengan slogan atau visi parti masing-masing bawakan itu? Masih amankah lagi negara kita ini atau adakah lagi perasaan tidak puas hati rakyat yang nasib mereka tidak terbela?

Saya ingin mengucapkan berbanyak kesyukuran kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izinNya, saya masih dapat meneruskan pekerjaan dengan aman sentosa walaupun kadang-kala jalan raya tu sesak sikit (..itu tandanya wujudnya kemakmuran pada rakyatnya yang mempunyai kenderaan dijalan raya. Kalau dinegara lain seperti Iraq dan Palastine tidak banyak kenderaan seperti diMalaysia kan..? Kalau ada pun untuk digunakan sebagai alat membunuh orang awam dengan kejadian letupan bom kereta..).

Berbalik kepada cerita undi tadi, janganlah kita bertindak dengan cara emosinal seperti merosakkan kertas undi anda, sedangkan nilai kertas undi yang telah dicetak itu tidak seberapa melainkan keputusan anda untuk memilih calon yang layak dapat membantu anda dalam membangunkan sebuah masyarakat dan negara yang aman serta harmoni, makmur sejahtera .

Dalam hal ini prinsip “Law of Attraction” sangat memainkan peranannya didalam kehidupan anda dan saya. Setiap hari kita sentiasa berdoa (affimasi) memohon atau meminta sesuatu kebaikan berlaku didalam kehidupan seharian kita. Kita bermohon negara yang aman, kesihatan yang baik, kewangan yang stabil, hutang-piutang dapat diselesaikan, pendapatan berlimpah ruah, keluarga yang bahagia, perhubungan sahabat yang mesra dan sebagainya.

Apabila berlaku sebarang kemasalahan hendaklah dilihat kepada sebab punca berlaku dan sentiasalah bersabar dan bertenang semoga dengan cara itu kita akan dapat mencari jalan penyelesaiannya.

Apakah yang anda ingin ‘tarik’ kepada kehidupan anda sekarang ini? Seperti yang telah saya katakan tadi; kita secara umumnya inginkan pendapatan yang lumayan dan tanpa batasan serta berbaloi dengan usaha yang kita jalankan, mempunyai pertalian keluarga dan sahabat handai yang erat. Disamping itu kita inginkan keadaan ekonomi negara yang stabil dan berdaya maju.

Pendek kata, apa jua kebaikan segala macam diluar sana, ingin kita kecapi buat meneruskan kehidupan ini sehingga ke generasi akan datang..

Baiklah, untuk sekadar renungan anda;

 “Jadikanlah minda anda seperti “Payung Terjun” yang sentiasa berkembang.. jikalau ia telah ‘kuncup’ pastikan pula anda telah selamat sampai ke destinasi anda itu.”

Sekian, terima kasih.


0 Responses to “Undi Anda Dan Apa Kaitan ‘Law of Attraction’”



  1. Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


Mac 2008
M T W T F S S
« Feb   May »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Blog Stats

  • 57,254 hits

Mari kongsi ilmu cari duit dan buat wang

Flickr Photos

Trillium Lake Alpine Glow

Chin Scratching Short-eared Owl

Arrow . . .

Arrow - Macro Monday

" Arrow man "

More Photos

Pilihan Kategori

Jom Twitter

ViralHosts.com


%d bloggers like this: