10
Mar
08

Disebalik Musibah Menimpa: Apa kata Minda Anda?

Salam sayang dan kemesraan buat anda semua jika ada yang sedang melawati laman blog saya ini.

Nampaknya “Demam Pilihan Raya” masih lagi belum reda walaupun keputusan majoriti BN Menang namun sesetengah tempat Parti Lawan telah menawan kubu kuat Parti Barisan seperti Kedah dan Perak khususnya.

Disini saya tidak mahu mengulas lebih lanjut tentang keputusan tersebut memandangkan saya ini bukanlah arif sesangat perihal ‘Politikus’ ini, sekadar memerhatikan gelagat segolongan pihak yang kecundang dengan teruk namun masih lagi bersemangat untuk meneruskan perjuangan Parti yang telah sekian lama menjadi darah daging hidup mereka dan begitu juga anda yang berada diluar sana.

Hidup ini terlalu singkat dan jika kita ketahui betapa berharganya masa, sudah pasti kita akan sentiasa melakukan sesuatu yang diluar kebiasaan kita kerana masih banyak lagi perkara baru yang perlu kita fikirkan bagi menghadapi masa depan yang tidak menentu.. “Anda yang menentukan masa depan anda sendiri dengan berfikiran yang positif dan bertindak dengan Cara Yang Tepat.”

Musibah datang menimpa tidak kenal masa dan tempat. Perkara ini menjadi satu ujian yang besar buat semua orang tidak kira apa pangkat, kedudukan statusnya dan apa jua bangsa keturunannya. Sebab itu pertama-tama sekali didalam menghadapi kehidupan yang mencabar ini hendaklah kita sentiasa memenuhi ruang pemikiran kita dengan rasa “Bersyukur pada apa yang anda perolehi atau bakal anda terima dan sesudah anda memiliki apa yang anda impikan itu”.

Lebih banyak anda bersyukur yakni berterima-kasih kepada Tuhan Yang Maha Esa rabul-jalil, maka akan lebih melimpah-ruah rezeki yang akan anda semua terima.

Begitulah juga bila musibah menimpa, kita hendaklah menyerahkan diri dan bertawakal kepada Allah Ta’ala dengan rasa rendah diri dan melihat sesuatu kebaikan atau hikmah yang ada diatas perkara musibah yang terjadi itu.

Memanglah jika dilihat dari segi emosinal, kita akan merasakan tidak berlaku adil sekiranya perkara buruk atau musibah itu hanya menimpa kita sahaja, mengapa tidak berlaku kepada orang lain saja.

Sebagai umat Islam kita disuruh mengatakan “Inna lilla hi wa innaa ilaihi ro jii ‘unn..” (maaf saya tuliskan dalam ejaan rumi.. sila rujuk kepada tulisan jawi al-quran untuk lebih lanjut ye..).

Maksudnya: “Sesungguhnya dari Allah segala sesuatu itu datang, maka kepada Allah jualah (urusan itu) kembali kepadaNya..”

Apakah hikmah musibah ditimpakan kepada seseorang itu;-

Biasanya jika musibah kerana kekurangan wang pendapatan akan menambahkan lagi semangat untuk kita berusaha dengan lebih rajin dan tekun lagi. Disamping itu kita akan sentiasa ingat kepada Tuhan pemberi Rezeki yang berlimpah- ruah dengan sentiasa berdoa meminta dikurniakan rezeki tersebut.

Harus diingat, bahawa doa itu salah satu dari teknik affimasi yang dilakukan untuk seseorang itu berjaya dalam apa jua bidang yang di ceburinya. Kan Allah Ta’ala itu terlebih hampir dari urat leher kamu maka berdoalah kamu semua, nanti pasti akan Aku kabulkan menurut firman dari Al-Quran.

Kadang-kala ada hikmah disebalik kekalahan kita sebagai contoh didalam pilihanraya yang telah berlalu itu dan kita disuruh membuat ‘post mortem’ untuk mengkaji sejauh mana usaha yang telah kita jalankan. Adakah tindakan kita selama ini hanya sekadar ‘melepaskan batuk ditangga’ sahaja atau ada sesuatu yang tidak kena dengan tindakan yang kita ambil membuatkan ‘hilang’ kepercayaan orang lain terhadap perjuangan Parti kita?..

Dalam contoh yang lain, saya umpamanya.. memang sudah lama saya menunggang motosikal pergi kerja saban hari. Maklumlah tempat kerja dekat sahaja dari tempat tinggal lebih kurang 11 km jaraknya. Hendak dijadikan cerita waktu hendak bertolak dari rumah ke tempat kerja, motosikal saya ‘buat hal’ lak.. So, kalau nak di’repair’ mungkin tak sempat kot untuk sampai ke tempat kerja hari tu..

Hendak tak nak, kenalah ambil cuti tahunan pasal motor buat hal.. (salah saya gak tak ikut aturan services bulanan..). Hikmahnya, saya kenalah memandu kereta saya yang sudah lama tidak dibawa ‘jalan-jalan’ makan angin tu.. (..sebenarnya ada gak kereta tu jalan setakat menghantar anak ke rumah pengasuh selang dua rumah tempat saya tinggal tu..hehehe.)

Sampailah sekarang ni saya kena pandu kereta tu, buat pergi kerja kat KL Sentral tu.. (..mesti korang tanya apasal tak naik aje Putra..? maaf lah yer Putra tu hanya berhidmat sampai kul 12.00 tghmalam aje .. saya kena balik lewat..) 

Begitulah kisah bila musibah berlaku minda kita hendaklah meletakan perkara positif terdahulu agar kita tidak menambah-nambahkan musibah datang bertimpa-timpa sebab jika anda merunggut dan beremosi anda tidak akan ke mana-mana hanya masalah yang bakal tiba menemani anda sentiasa.

Kita semua mempunyai pemikiran yang berbeza dalam satu-satu perkara sebaliknya kita akan bersetuju dalam satu-satu perkara yang lain pula.

So, andaikata malang yang menimpa anda sekarang ini atau tidak tahu hendak  buat apa untuk menghadapinya saya sarankan anda bertenang dan fikirkan apakah yang sebaik-baik jalan penyelesaian perlu anda ambil tindakan. Fikirkan hikmah positif nasib malang yang menimpa anda itu.. Jadikan ia sebagai satu pengalaman yang amat berharga serta lahirkan didalam diri anda keazaman untuk membebaskan diri anda dari masalah yang menimpa itu. Orang yang tidak pernah mengalami kegagalan kadang-kala ianya tidak akan merasai kemanisan hidupnya. Dikhuatiri perasaan ego, bangga diri melampaui batasan akan meyelubungi hidupnya tanpa disedari.

Bila mana kita sakit seperti demam contohnya; Sakit itu tidak Normal pada tubuh badan kita manakala Sihat itu adalah perkara yang Normal bagi organ badan kita. Badan kita tahu sebenarnya apakah yang terjadi sekiranya seseorang itu jatuh sakit. Tentu ia mempunyai sebab-sebab mengapa ia mengalami kesakitan. Jadi jika sebarang benda asing yang berlebihan didalam tubuh badan kita secara automatik kita akan rasa tidak selesa badan. Deria kita akan sensitif disekelilingnya. Bau masakan yang biasanya kita gemari akan hilang selera makan. Begitulah seterusnya.

Kesimpulanya, minda anda hendaklah sentiasa bersedia menerima apa jua perkara baik atau buruk dan selalulah berbaik sangka kepada Tuhan atas musibah yang menimpa ada Rahmat disebaliknya.

Kita anak menjadi bertambah teguh pendirian, melihat dengan seluas keistimewaan yang dijadikan Tuhan itu bukan sia-sia belaka, tentu ada kebaikan disebalik kesusahan yang menimpa.

Bacalah surah Insyiraah dan fahamilah isi kandungnya dan amalkan demi kebahagian hidup anda;-

Surah Al Insyiraah

أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ

Bukankah Kami telah melapangkan bagimu dadamu

وَوَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ

Dan Kami telah meringankan daripadamu bebanmu

الَّذِي أَنقَضَ ظَهْرَكَ

Yang memberati tanggunganmu

وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ

Dan Kami telah meninggikan bagimu sebutan namamu

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran di sertai kemudahan

إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

(Sekali lagi ditegaskan) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran, disertai kemudahan

فَإِذَا فَرَغْتَ فَانصَبْ

Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal salih), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal salih yang lain)

وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ

Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini)

Sekian dari saya terima kasih.


0 Responses to “Disebalik Musibah Menimpa: Apa kata Minda Anda?”



  1. Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


Mac 2008
M T W T F S S
« Feb   May »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Blog Stats

  • 57,254 hits

Mari kongsi ilmu cari duit dan buat wang

Flickr Photos

Trillium Lake Alpine Glow

Chin Scratching Short-eared Owl

Arrow . . .

Arrow - Macro Monday

" Arrow man "

More Photos

Pilihan Kategori

Jom Twitter

ViralHosts.com


%d bloggers like this: