14
Ogo
08

Vitagen No.1- Minuman Susu Berkultur Baik untuk Penghadaman Anda!

V untuk Vitagen. Baik untuk penghadaman anda!

 

SOALAN-SOALAN YANG SELALU DITANYA

 

 

Soalan-soalan yang berkaitan dengan kesihatan.

 

Bolehkah wanita yang sedang mengandung minum Vitagen?

Ya, Vitagen adalah minuman yang sihat.

 

Bolehkah pesakit asma/lelah minum Vitagen ?

Pesakit asma/lelah adalah dinasihati untuk merujuk kepada doctor.

 

Bolehkah pesakit kencing manis minum Vitagen ?

Pesakit kencing manis adalah dinasihati untuk merujuk kepada doctor.

 

Bolehkah Vitagen menyebabkan kerosakan gigi ?

Tidak. Vitagen tidak mengandungi dektran yang merupakan factor utama dalam kerosakan gigi. Dektran akan melekat kepada lapisan enamel gigi dan menyebabkan kerosakan gigi atau kereputan enamel.

 

Bolehkah Vitagen menyebabkan kahak ?

Tidak.

 

Adakah Vitagen mempunyai kesan sampingan selepas diminum ?

Tidak.

 

Jika kerap minum Vitagen, bolehkah ia menyebabkan cirit-birit ?

Tidak. Walau bagaimanapun, daripada pandangan pakar pemakanan, seseorang itu dinasihati untuk tidak mengambil apa-apa jenis makanan secara keterlaluan.

 

Mengapakah Vitagen bagus untuk diminum oleh pesakit ?

Apabila seorang pesakit makan ubat antibiotik, keseimbangan di antara bakteria yang baik dan bakteria yang bahaya akan terganggu. Dengan meminum Vitagen, ia dapat menambahkan bakteria yang baik didalam kolon dan menindas penggandaan bakteria yang bahaya yang boleh menyebabkan jangkitan sekunder.

 

Adakah Vitagen sesuai untuk diminum apabila sedang cirit-birit ?

Ya, Vitagen boleh diminum apabila sedang mengalami cirit-birit. Gangguan terhadap flora usus merupakan satu di antara sebab-sebab yang menyebabkan cirit-birit. Laktobasilus di dalam Vitagen boleh menolong mengembalikan keseimbangan dantara bacteria yang baik dan bacteria yang bahaya di dalam usus kita.

 

Apakah itu ‘sikap tiada toleransi laktosa’ ?

Orang yang tiada toleransi terhadap laktosa adalah orang yang tidak boleh menghadam laktosa yang berada di dalam produk pengeluaran tenusu. Orang-orang ini adalah dilahirkan tanpa enzim penghadaman atau kehilangan enzim penghadaman yang membolehkan mereka menghadam laktosa yang terkandung di dalam produk pengeluaran tenusu atau susu. Simptom tiada toleransi terhadap laktosa termasuk kejang, mengembung, cirit-birit dan gas.

 

Bolehkah seseorang yang tiada toleransi terhadap laktosa minum Vitagen ?

Seorang yang tiada toleransi terhadap laktosa boleh minum minuman susu berkultur dengan tiada masalah. Ini adalah disebabkan kandungan laktosa yang telah dikurangi di dalam minuman ini.

 

Enzim daripada laktobasilus boleh menolong menghuraikan laktosa semasa proses fermentasi di dalam pemprosesan susu berkultur.

 

Soalan-soalan yang berkaitan dengan kanak-kanak.

 

Adakah Vitagen sesuai diberi kepada bayi-bayi yang berumur satu tahun?

Ya. Vitagen boleh diberi kepada bayi-bayi yang berumur satu tahun atau kepada bayi-bayi telah dilahir beberapa bulan bergantung kepada kesihatan bayi-bayi dan keadaan najisnya. Mula dengan sedikit Vitagen yang dicairkan dengan air suam (sebagai contoh: satu sudu Vitagen dicairkan dengan dua sudu air suam).

 

Tujuan memberikan Vitagen kepada bayi-bayi adalah untuk membekalkan mereka dengan laktobasilus yang hidup dan bukan untuk mengganti susu ibu atau susu formula/rumusan.

 

Bimbang dengan kanak-kanak minum minuman sejuk ?

Ibubapa yang bimbang dengan anak-anak mereka minum minuman sejuk, boleh mengeluarkan Vitagen daripada peti sejuk sebelum anak-anak mereka makan. Apabila anak-anak mereka habis makan, suhu Vitagen sudah hampir sama dengan suhu bilik.

 

Bimbang dengan kanak-kanak yang sedang batuk ?

Ibubapa yang bimbang dengan anak-anak mereka yang sedang batuk, adalah dinasihati bahawa semua jenis minuman sejuk tidak sesuai diminum. Akan tetapi Vitagen boleh diminum apabila sudah diambil keluar daripada peti sejuk selama ½ jam

 

Adakah Vitagen Cuma untuk kanak-kanak ?

Setiap orang tidak kira umurnya boleh menikmati manafaat Vitagen. Ia adalah minuman berkhasiat untuk sekeluarga.

 

 

 

 

Tempoh hayat / Hayat simpanan

 

Berapa lamakah Vitagen boleh disimpan pada suhu bilik selepas dibuka ?

Tidak lebih daripada 2 hingga 3 jam.

 

Berapa lamakah Vitagen boleh disimpan pada suhu bilik selepas dibeli daripada pasaraya sebelum disimpan didalam peti sejuk ?

Tidak lebih daripada 2 hingga 3 jam.

 

Corak meminum

 

Berapa botol Vitagen boleh seorang minum dalam satu hari ?

Sekurang-kurangnya satu botol sehari untuk membekalkan badan dengan bakteria yang baik diperlukan sehari. Akan tetapi kalau ada simptom ketidakselesaan usus seperti sembelit, cirit-birit. Ulser/bisul. Keletihan/fatig, mengembung, sedawa, nafas yang berbau, pedih hulu hati ataupun rasa mual, dengan minum lebih daripada satu botol Vitagen boleh mengurangkan ketidakselesaan tersebut.

 

Bilakah masa yang paling sesuai untuk minum Vitagen ?

Vitagen paling sesuai diminum selepas makan apabila keasidan di dalam perut adalah kurang daripada keasidan sebelum makan. Keasidan yang kurang di dalam perut boleh menolong laktobasilus di dalam Vitagen sampai ke dalam usus dalam keadaan hidup.

 

Mengenai Vitagen

 

Mengapakah Vitagen tidak sama dengan yang lain ?

Setiap botol Vitagen mengandungi lebih daripada 10 bilion bakteria baik. Ia mengandungi jus buah-buahan sebenar dan dikulturkan di dalam susu yang berkualiti tanpa bahan pengawet.

 

Mengapakah Vitagen perlu diminum setiap hari ?

Vitagen perlu diminum setiap hari untuk mengekalkan keseimbangan yang baik di antara bakteria yang baik dan bakteria yang bahaya. Apabila keseimbangan ini tidak diganggu, kita akan berasa sihat dan segar. Vitagen juga membekalkan flora usus kita dengan bekalan tetap laktobasilus. Laktobasilus di dalam Vitagen bersama dengan bakteria yang baik ddi dalam usus kita akan menindas bakteria yang bahaya daripada merosakan kesihatan kita.

 

Berapa lamakah Vitagen boleh tahan ?

Vitagen boleh tahan selama lebih kurang tujuh (7) minggu jikalau disimpan dalam keadaan yang sesuai pada suhu 4 darjah Celsius atau dibawah 4 darjah Celsius.

 

Apakah kultur laktobasilus hidup dari Makmal Chr. Hansen Denmark ?

Kultur laktobasilus hidup adalah bakteria bermanafaat yang berupaya mengekalkan kesihatan di dalam sistem penghadaman kita terutama di kolon dan isi perut. Mereka adalah cukup tegap untuk menentangi bendalir penghadaman seperti hempedu dan jus perut yang berasid dan kekal wujud semasa perjalanan melalui perut dan sampai ke usus besar dalam keadaan hidup. Mereka juga menghalang pertumbuhan bakteria yang bahaya di dalam usus.

 

Makmal Chr. Hansen terkenal di dunia sebagai sebuah syarikat yang mengetuai bidang bioteknologi. Ia telah membekal bakteria kultur yang berkualiti tinggi kepada industri tenusu lebih dari pada 100 tahun.

 

Dibawah keadaan yang manakah bakteria yang bahaya akan berganda di dalam sistem usus kita ?

Bakteria yang bahaya akan berganda apabila diet seseorang mengandungi banyak protein dan kurang gentian.

 

Soalan-soalan Umum

 

Apakah tahap di antara bakteria yang baik dan bakteria yang bahaya di dalam kolon yang sihat ?

Di dalam keadaan yang unggul, bakteria di dalam kolon yang sihat perlu mengandungi sekurang-kurangnya 85 % bakteria yang baik dan tidak melebihi 15 % bakteria yang bahaya. Akan tetapi, bilangan bakteria di dalam kolon yang tipikal dalam masyarakat kini cuma mengandungi 15 % bakteria baik dan 85 % bakteria yang bahaya.

 

Oleh yang demikian, minumlah Vitagen bagi menambahkan bilangan bakteria yang baik di dalam badan kita. Apabila laktobasilus bergabung dengan bakteria yang baik di dalam badan kita, bilangan mereka akan berganda dengan banyak. Akibatnya, persekitaran di dalam flora kolon menjadi tidak sesuai untuk pertumbuhan bakteria yang bahaya.

 

 

 

Vitagen No.1

Minuman Susu Kultur di Malaysia

(Sayangi Perut Anda Setiap Hari)

About these ads

0 Respon to “Vitagen No.1- Minuman Susu Berkultur Baik untuk Penghadaman Anda!”



  1. Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


Ogos 2008
I S R K J S A
« Jun   Sep »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Blog Stats

  • 25,596 hits

Mari kongsi ilmu cari duit dan buat wang

Flickr Photos

A place called The Sun

Blavand afternoon shore (Explore)

You always remember your first...

Duoyishu Dawn Fog

Guilin China

More Photos

Pilihan Kategori

Jom Twitter

ViralHosts.com


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: