Arkib untuk April 2010

15
Apr
10

JADIKAN HOBI ANDA SEBAGAI INCOME TAMBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN

Jika anda sedang merancang untuk memulakan perniagaan, cara yang paling baik ialah melakukan hanya secara sambilan sahaja terlebih dahulu dan pada masa yang sama anda masih boleh lagi mengekalkan pekerjaan anda dan memperolehi pendapatan tetap. Jika anda berminat untuk memperolehi pendapatan berdasarkan harian, anda tidak perlukan modal wang yang banyak untuk memulakan perniagaan anda itu.

Tidak perlu bimbang kerana anda boleh menggunakan salah satu daripada minat / kecenderungan atau hobi anda sendiri untuk dijadikan asas perniagaan. Dan anda boleh membesarkan perniagaan anda dalam masa satu hingga tiga tahun bergantung kepada perancangan anda sendiri.

Dengan itu anda akan mempunyai persediaan cukup untuk berhenti kerja dan menjadi ‘ boss ’ sendiri. Tidakkkah ini sesuatu yang hebat ? Dengan menggunakan hobi atau minat anda dimasa lalu mempunyai banyak faedah dan kelebihannya. Mengapa ? kerana bagi setiap pekerjaan dan perniagaan yang anda mahu ceburi dan lakukan mestilah ianya merupakan sesuatu yang anda suka dan minat untuk melakukan sesuatu perkara yang anda percayai, sesuatu yang mana anda boleh lakukan walaupun tidak pasti pulangannya.

Ia akan memberikan anda stamina/tenaga untuk melihat perniagaan anda sejak dari awal lagi walaupun agak sukar untuk anda melakukannya. Kita semua tentu faham dan tahu perasaan kita jika melakukan sesuatu perkara dan pekerjaan yang kita sendiri tidak suka melakukannya. Tidak ada cara untuk kita memberikan perhatian 100% mengenainya kerana kita sendiri tidak yakin dan tidak seronok untuk melakukannya.

Itulah sebabnya mengapa amat penting untuk melakukan untuk melakukan perkara yang disukai sama ada ianya untuk menjalankan sebarang perkhidmatan ataupun menjual barangan yang anda pilih untuk melakukannya. adAkah anda gemar memasak > mulakan perniagaan anda dengan membuat dan menyediakan ‘ newsletter ’ resepi masakan untuk orang lain yang mempunyai minat yang sama dengan anda itu dan jual resepi anda dalam bentuk panduan tipis/booklet.


Adakah anda seronok membuat kerja-kerja kraftangan ? anda boleh menjualnya secara pos ( tetapi pastikan anda mendapatkan keuntungan yang sepadan ). Adakah anda seronok melakukan kerja-kerja berkaitan dengan kereta ? buat katalog/flyer yang menerangkan perkhidmatan membaiki motokar yang anda tawarkan.

Adakah anda seronok menjadi penulis ? Tulis satu panduan kecil/booklet seperti panduan ‘ bagaimana untuk ’ dan jualkannya melalui pos atau sistem multi level. Adakah anda suka melakukan dan bekerja didalam bidang komputer program ? Tulis satu program dan jadikannya sebagai program shareware berkumpulan ataupun anda boleh menjualkannya secara pos juga kepada mereka yang berminat.

Ya ! apa sahaja yang anda suka dan minat untuk melaksanakannya, dengan mudah boleh diubah menjadi satu bidang perniagaan secara otomatik. Sesebuah barangan mungkin hanya sesuai dijual disekitar rumah dan jiran-jiran anda, sementara banyak barangan lain pula boleh dijual secara meluas secara pos. jika anda mahu menjual secara pos apa yang perlu dilakukan ialah tulis satu iklan mudah yang ditaip.

Mulakan iklan anda itu dengan saiz kecil 1 inci, 2-3 inci. Suruh bakal pelanggan atau pembaca anda mengirimkan setem atau RM1 untuk mendapatkan maklumat lebih lengkap. Apabila mereka menghantar surat pertanyaan kepada anda, masukkan katalog keterangan ringkas dan harga produk yang anda jual itu.

Pastikan anda juga ada menyediakan satu borang kecil untuk mereka membuat pesanan sama ada barangan atau perkhidmatan anda. Sudah tentu juga anda boleh menyertakan surat penghargaan anda kepada mereka dengan menyatakan bahawa anda sangat berbesar hati untuk membuat urusniaga dengan mereka dimasa hadapan.

Adakah anda tahu bagaimana kebanyakan peniga hilang peluang perniagaan kerana mereka tidak menyediakan ‘ cover letter ’ ini untuk meningkatkan lagi gaya perniagaan . anda juga perlu mempelajari banyak perkara lain dengan membuat tinjauan dan pembacaan mengenai perniagaan-perniagaan di rumah yang lain.

Sebelum saya memulakan perniagaan saya dahulu saya juga telah membaca berbagai-bagai buku dan melihat serta menyertai berbagai-bagai program mencari wang atau menambahkan pendapatan .


Ada juga yang membuat iklan satu muka penuh yang menyatakan bagaimana mereka boleh memperolehi wang sehingga satu juta dalam masa yang singkat. Pada peringkat permulaan anda boleh menjual barangan atau perkhidmatan anda dengan harga yang murah sehinggalah anda faham dan yakin anda boleh menjual barangan yang lebih mahal pula.

Banyakkan membuat kajian dan penyelidikan serta membaca buku yang berkaitan perkara yang ingin anda ceburi di mana anda boleh mendapatkannya di mana-mana perpustakaan ataupun anda boleh pergi ke kedai buku dan mencari tajuk yang berkaitan untuk memberlinya. Ya ! sudah tentu ianya mudah dan ini hanyalah baru diperingkat permulaan.

Jika ia berkaitan dengan hobi anda, mungkin anda perlu memperuntukkan beberapa bulan untuk melaksanakannya sehinggalah anda boleh berpuashati dengan keuntungan yang bakal diterima kelak. Kebanyakan orang yang mempunyai hobi akan menghabiskan banyak wang untuknya. Anda pula hanya perlu menghabiskan wang anda untuk membuat iklan yang mana ianya akan memberikan keuntungan pula kepada anda disebabkan oleh hobi anda itu dan kerana anda jadikan ia sebagai satu cabang perniagaan anda.

Cuba aje, insya Allah pasti menjadi punya.

Selamat Mencuba !

14
Apr
10

3 RAHSIA MENCARI WANG YANG BANYAK DIRUMAH

Peluang Membina Kehidupan Yang Lebih Cemerlang.

Ramai orang menganggap mencari wang untuk disimpan atau dilaburkan sebagai satu masalah besar. Tetapi kita patut melihat masalah ini sebagai satu peluang bukannya sebagai satu halangan. Peluang ini datang dalam tiga bentuk :

  1. Mengamalkan tatabiat berjimat cermat
  2. Mengurangkan perbelanjaan
  3. Menambah pendapatan

Bagi orang- orang yang bermotoivasi, objektif-objektif ini mudah dicapai tanpa mengira had umur, kemahiran dan kelayakannya. Mari kita kaji satu persatu :

1. Mengamalkan tabiat berjimat cermat

Satu perkara yang amat sukar dilakukan pada mulanya tapi menjadi tabiat baik dengan mudah ialah dengan menyimpan sebahagian daripada pendapatan anda bila sahaja anda menerimanya. Disiplin ini baik kerana ia tidak memberi peluang untuk anda memboroskannya bila anda mendapatnya.

Sebaiknya wang itu dimasukkan kedalam akuan yang tidak mudah dikeluarkan. Wang ini sepatutnya disimpan untuk dilaburkan, dan tidak wajar jika ia digunakan untuk perbelanjaan anda sehari-hari walaupun dalam keadaan terdesak.

Mungkin anda tidak setuju dengan cara ini kerana biasanya perbelanjaan anda melebihi perolehan anda, tetapi anda dinasihatkan agar melakukannya sekarang.

Mungkin anda juga bertanya berapa banyakkah jumlah wang yang perlu disimpan. Sebaiknya dan dicadangkan agar anda mula menyimpan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pendapatan yang anda perolehi.

Dalam tempoh yang sekejap, jumlah simpanan wang anda akan menjadi banyak dan ini akan lebih memberi semangat untuk anda menyimpan dengan jumlah yang lebih banyak lagi.

2. Mengurangkan perbelanjaan

Kita selalunya membelanjakan wang untuk banyak perkara. Ada diantaranya memang perbelanjaan perlu seperti sewa rumah dan membeli makanan serta membayar bil-bil dan juga membeli pakaian. Banyak juga diantaranya adalah tidak benar-benar perlu tetapi kita libatkan juga seperti perbelanjaan berkaitan kereta, barang hiasan rumah dan ada juga diantaranya belanja untuk keperluan mewah yang sama sekali tidak diperlukan atau digunakan dan sebenarnya kita boleh ketepikan perkara tersebut.

Rahsia mengurangkan perbelanjaan ialah dengan cara menilai semula keseluruhan perbelanjaan dan memotong perbelanjaan yang tidak diperlukan dan yang boleh dielakkan tanpa menjejaskan mutu hidup anda. Bukan tidak boleh melancung atau makan diluar, tetapi ada baiknya masa yang ada itu digunakan untuk merancang kewangan anda.

Terdapat juga perbelanjaan yang tersembunyi, contohnya anda boleh menjimatkan penggunaan gula, dan mengurangkan merokok. Dengan cara ini sebenarnya tanpa anda sedari bahawa anda boleh menjimatkan beribu-ribu ringgit setahun. Anatara perkara yang boleh dijimatkan perbelanjaannya ialah seperti berikut :

Rumah Sewa

Pindah kerumah yang harga sewanya lebih murah, atau berkongsi menyewa atau membeli rumah sendiri kerana ianya lebih menguntungkan untuk jangka masa panjang.

Kad kredit

Bayarlah secepat mungkin untuk mengelakkan bertimbunnya bunga.

Kelengkapan Rumah

Gas, letrik, minyak atau bahan api patut digunakan dengan jimat. Ringkaskan perbualan telefon anda, dan anda juga boleh membuat panggilan pada waktu malam kecuali untuk kecemasan. Panggilan pada waktu malam atau diluar puncak adalah menjimatkan kerana kosnya lebih murah.

Makanan

Membeli banyak sekaligus adalah lebih murah. Beli dari pasar minggu atau pasaraya borong. Kurangkan makan yang berlemak yang biasanya lebih mahal. Sebalinya makanlah makanan yang berkhasiat tetapi lebih murah. Jika ditempat kerja anda mempunyai kantin, bolehlah makan dikantin dan kurangkan makan diluar. Begitu juga minuman jika anda kerap membeli mineral water lebih baik anda membeli penapis air. Membeli pati jus adalah lebih murah berbanding daripada air yang siap dibancuh.

Pakaian

Membeli baju yang berkualiti dan tahan lama adalah lebih baik dari terlalu kerap membeli baju yang murah tetapi mudah rosak.

Kereta

Jika jarang menggunakannya tidak payah membelinya. Jika selalu menggunakannya, belilah model yang ekonomik. Servis dan baiki sendiri apa-apa yang mudah. Basuh sendiri kereta anda. Selalulah mengetahui harga membaiki kereta dan harga kompeonennya.

Percutian

Amalkan pergi bercuti ditempat yang dekat dan lebih murah perbelanjaannya.

Diatas adalah contoh pengorbanan kecil yang dapat membantu dan menjimatkan banyak wang anda. Ia tidak akan menjejaskan kualiti hidup anda pada masa sekarang tetapi memberi banyak faedah untuk kemewahan pada masa hadapan.

3. Menambahkan Pendapatan

Selari dengan usaha berjimat, anda patut menambahkan pendapatan. Usaha menambah pendapatan nampak sukar tetapi jika anda mahu mencuba ianya tidaklah sesukar mana.

Tugas pertama bila anda mahu mencari sumber untuk meningkatkan pendapatan ialah mengenalpasti dengan tepat apakah yang anda suka buat dan anda boleh melakukan perkara tersebut dengan baik.

Setiap orang mempunyai kebolehan, biasanya mereka ada satu atau dua kebolehan utama atau lebih lagi dan beberapa (bakat) kecil. Kebolehan menzahirkan bakat ini penting untuk memperolehi kegembiraan dan kebahagiaan anda.

Jika anda mampu menzahirkannya dalam persekitaran perniagaan, sudah tentu ia boleh mendatangkan keuntungan yang sangat lumayan. Banyak contoh yang boleh diberikan. Contohnya jika anda bagus menggunakan tangan, cuba anda fikrikan membuat kerja sambilan dengan membaiki sesuatu.

Anda juga boleh melakukan kerja plumbing atau berkenaan paip, jam, radio atau computer. Sekiranya anda minat berkebun, cuba manafaatkan hobi ini dengan menawarkan khidmat kepada orang lain, seperti emmbuat landskap, menjual sayur-sayuran kepada orang lain, buah-buahan, beih dan sebagainya juga boleh mendatangkan keuntungan yang lumayan.

Sekiranya anda suka bercakap dan berjumpa orang ramai,anda mungkin boleh menjual sesuatu. Anda boleh melibatkan diri dalam jualan langsung, atau mangajar, atau menjual insuran. Apa sahaja minat atau kemahiran, jika anda mahir anda boleh mengajarnya kepada orang lain, sama ada secara bebas atau secara formal.

Jika anda tidak minat untuk menjadi usahawan, anda boleh bekerja tambahan diorganisasi yang berkaitan dengan hobi dan minat anda. Untuk berjaya memang sangat penting jika anda membuat sesuatu yang anda suka. Jika tidak sudah tentu sukar untuk mendapat hasil yang baik, kerana biasanya selepas seharian bekerja kita akan merasa penat dan letih. Jika selepas itu terpaksa pula membuat sesuatu kerja tambahan yang tidak disukai sudahtentu kerja tersebut tidak dapat dilakukan dengan baik dan tidak akan bertahan lama, walau berapa bagus pun motifnya.

Anda hanya akan berjaya pada kerja-kerja yang anda suka, dimana ia menggunakan bakat semulajadi anda dan membolehkan anda menyalurkan kearah yang menguntungkan. Ramai orang yang berfikir hanya sebahagian industri atau sector sahaja yang menguntungkan, sebenarnya anda boleh berjaya walau dalam apa sahaja bidang. Ini boleh dibuktikan oleh jutawan-jutawan yang telah mengalaminya.

Jika anda mempunyai masalah untuk mendapatkan idea atau peluang lebih baik cari dua rakan dan duduk bersama, ambil kertas kosong dan catitkan semua idea yang difikirkan. Tidak kira walau bagaimana pun idea itu.

Jangan dikritik semua idea yang diberi, selepas itu barulah idea itu ditapis dan dikaji serta dianalisis sehingga satu penyelesaian dapat diwujudkan. Tidak kira berapa lama pun masa yang anda ambil, mungkin satu atau dua hari, seminggu dua atau sebulan dua, asalkan sahaja ianya tidak diperam begitu sahaja. Ini biasa berlaku, kerana bila kita ada idea tetapi tidak membuat sebarang tindakan akhirnya selepas bertahun-tahun kita tetap berada ditakuk lama.

Yang malang pula ialah apabila ada orang lain yang telah melaksanakan idea yang pernah kita fikirkan dahulu. Anda juga boleh melakukannya seorang diri, cari tempat sunyi atau anda bangun diawal pagi selepas solat subuh, anda janganlah tidur. Ia boleh dilakukan dihujung minggu atau hari cuti. Lupakan masalah seharian dan tenangkan fikiran, adalah lebih baik bagi anda untuk sembahyang tahajud ditengah malam. InsyaAllah anda mudah mendapat ilham dan membuka minda separuh sedar anda sebelum ini.

Demikianlah mengenai rahsia mencari banyak wang, ianya dalah satu usaha yang bersepadu atau bergabung. Satu usaha akan menguatkan usaha yang lain. Penulis juga ingin menambah bahawa perkara-perkara diatas perlu disokong dan ditambah dengan perkara-perkara yang digalakkan oleh agama seperti berdoa, sedekah, zakat, menolong orang, bersolat dan sebagainya.

Ini perlu kerana setiap kebaikkan akan dibalas dengan kebaikan dan semua usaha hanyalah datang dengan berkat dan rahmat dari Allah. Kita juga harus bertawakkal, dan sebagai orang beriman kita harus sentiasa redha dan mengkaji setiap kebaikan dan keburukan. Mudah-mudahan Allah akan memberi rezeki yang melimpah kepada kita. Bila ada banyak wang banyak pula kebaikan yang boleh dilakukan.




April 2010
I S R K J S A
« Feb    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Blog Stats

  • 74,555 hits

Mari kongsi ilmu cari duit dan buat wang

Flickr Photos

Pilihan Kategori

Top Clicks

  • Tiada

Jom Twitter

ViralHosts.com