14
Apr
10

3 RAHSIA MENCARI WANG YANG BANYAK DIRUMAH

Peluang Membina Kehidupan Yang Lebih Cemerlang.

Ramai orang menganggap mencari wang untuk disimpan atau dilaburkan sebagai satu masalah besar. Tetapi kita patut melihat masalah ini sebagai satu peluang bukannya sebagai satu halangan. Peluang ini datang dalam tiga bentuk :

  1. Mengamalkan tatabiat berjimat cermat
  2. Mengurangkan perbelanjaan
  3. Menambah pendapatan

Bagi orang- orang yang bermotoivasi, objektif-objektif ini mudah dicapai tanpa mengira had umur, kemahiran dan kelayakannya. Mari kita kaji satu persatu :

1. Mengamalkan tabiat berjimat cermat

Satu perkara yang amat sukar dilakukan pada mulanya tapi menjadi tabiat baik dengan mudah ialah dengan menyimpan sebahagian daripada pendapatan anda bila sahaja anda menerimanya. Disiplin ini baik kerana ia tidak memberi peluang untuk anda memboroskannya bila anda mendapatnya.

Sebaiknya wang itu dimasukkan kedalam akuan yang tidak mudah dikeluarkan. Wang ini sepatutnya disimpan untuk dilaburkan, dan tidak wajar jika ia digunakan untuk perbelanjaan anda sehari-hari walaupun dalam keadaan terdesak.

Mungkin anda tidak setuju dengan cara ini kerana biasanya perbelanjaan anda melebihi perolehan anda, tetapi anda dinasihatkan agar melakukannya sekarang.

Mungkin anda juga bertanya berapa banyakkah jumlah wang yang perlu disimpan. Sebaiknya dan dicadangkan agar anda mula menyimpan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pendapatan yang anda perolehi.

Dalam tempoh yang sekejap, jumlah simpanan wang anda akan menjadi banyak dan ini akan lebih memberi semangat untuk anda menyimpan dengan jumlah yang lebih banyak lagi.

2. Mengurangkan perbelanjaan

Kita selalunya membelanjakan wang untuk banyak perkara. Ada diantaranya memang perbelanjaan perlu seperti sewa rumah dan membeli makanan serta membayar bil-bil dan juga membeli pakaian. Banyak juga diantaranya adalah tidak benar-benar perlu tetapi kita libatkan juga seperti perbelanjaan berkaitan kereta, barang hiasan rumah dan ada juga diantaranya belanja untuk keperluan mewah yang sama sekali tidak diperlukan atau digunakan dan sebenarnya kita boleh ketepikan perkara tersebut.

Rahsia mengurangkan perbelanjaan ialah dengan cara menilai semula keseluruhan perbelanjaan dan memotong perbelanjaan yang tidak diperlukan dan yang boleh dielakkan tanpa menjejaskan mutu hidup anda. Bukan tidak boleh melancung atau makan diluar, tetapi ada baiknya masa yang ada itu digunakan untuk merancang kewangan anda.

Terdapat juga perbelanjaan yang tersembunyi, contohnya anda boleh menjimatkan penggunaan gula, dan mengurangkan merokok. Dengan cara ini sebenarnya tanpa anda sedari bahawa anda boleh menjimatkan beribu-ribu ringgit setahun. Anatara perkara yang boleh dijimatkan perbelanjaannya ialah seperti berikut :

Rumah Sewa

Pindah kerumah yang harga sewanya lebih murah, atau berkongsi menyewa atau membeli rumah sendiri kerana ianya lebih menguntungkan untuk jangka masa panjang.

Kad kredit

Bayarlah secepat mungkin untuk mengelakkan bertimbunnya bunga.

Kelengkapan Rumah

Gas, letrik, minyak atau bahan api patut digunakan dengan jimat. Ringkaskan perbualan telefon anda, dan anda juga boleh membuat panggilan pada waktu malam kecuali untuk kecemasan. Panggilan pada waktu malam atau diluar puncak adalah menjimatkan kerana kosnya lebih murah.

Makanan

Membeli banyak sekaligus adalah lebih murah. Beli dari pasar minggu atau pasaraya borong. Kurangkan makan yang berlemak yang biasanya lebih mahal. Sebalinya makanlah makanan yang berkhasiat tetapi lebih murah. Jika ditempat kerja anda mempunyai kantin, bolehlah makan dikantin dan kurangkan makan diluar. Begitu juga minuman jika anda kerap membeli mineral water lebih baik anda membeli penapis air. Membeli pati jus adalah lebih murah berbanding daripada air yang siap dibancuh.

Pakaian

Membeli baju yang berkualiti dan tahan lama adalah lebih baik dari terlalu kerap membeli baju yang murah tetapi mudah rosak.

Kereta

Jika jarang menggunakannya tidak payah membelinya. Jika selalu menggunakannya, belilah model yang ekonomik. Servis dan baiki sendiri apa-apa yang mudah. Basuh sendiri kereta anda. Selalulah mengetahui harga membaiki kereta dan harga kompeonennya.

Percutian

Amalkan pergi bercuti ditempat yang dekat dan lebih murah perbelanjaannya.

Diatas adalah contoh pengorbanan kecil yang dapat membantu dan menjimatkan banyak wang anda. Ia tidak akan menjejaskan kualiti hidup anda pada masa sekarang tetapi memberi banyak faedah untuk kemewahan pada masa hadapan.

3. Menambahkan Pendapatan

Selari dengan usaha berjimat, anda patut menambahkan pendapatan. Usaha menambah pendapatan nampak sukar tetapi jika anda mahu mencuba ianya tidaklah sesukar mana.

Tugas pertama bila anda mahu mencari sumber untuk meningkatkan pendapatan ialah mengenalpasti dengan tepat apakah yang anda suka buat dan anda boleh melakukan perkara tersebut dengan baik.

Setiap orang mempunyai kebolehan, biasanya mereka ada satu atau dua kebolehan utama atau lebih lagi dan beberapa (bakat) kecil. Kebolehan menzahirkan bakat ini penting untuk memperolehi kegembiraan dan kebahagiaan anda.

Jika anda mampu menzahirkannya dalam persekitaran perniagaan, sudah tentu ia boleh mendatangkan keuntungan yang sangat lumayan. Banyak contoh yang boleh diberikan. Contohnya jika anda bagus menggunakan tangan, cuba anda fikrikan membuat kerja sambilan dengan membaiki sesuatu.

Anda juga boleh melakukan kerja plumbing atau berkenaan paip, jam, radio atau computer. Sekiranya anda minat berkebun, cuba manafaatkan hobi ini dengan menawarkan khidmat kepada orang lain, seperti emmbuat landskap, menjual sayur-sayuran kepada orang lain, buah-buahan, beih dan sebagainya juga boleh mendatangkan keuntungan yang lumayan.

Sekiranya anda suka bercakap dan berjumpa orang ramai,anda mungkin boleh menjual sesuatu. Anda boleh melibatkan diri dalam jualan langsung, atau mangajar, atau menjual insuran. Apa sahaja minat atau kemahiran, jika anda mahir anda boleh mengajarnya kepada orang lain, sama ada secara bebas atau secara formal.

Jika anda tidak minat untuk menjadi usahawan, anda boleh bekerja tambahan diorganisasi yang berkaitan dengan hobi dan minat anda. Untuk berjaya memang sangat penting jika anda membuat sesuatu yang anda suka. Jika tidak sudah tentu sukar untuk mendapat hasil yang baik, kerana biasanya selepas seharian bekerja kita akan merasa penat dan letih. Jika selepas itu terpaksa pula membuat sesuatu kerja tambahan yang tidak disukai sudahtentu kerja tersebut tidak dapat dilakukan dengan baik dan tidak akan bertahan lama, walau berapa bagus pun motifnya.

Anda hanya akan berjaya pada kerja-kerja yang anda suka, dimana ia menggunakan bakat semulajadi anda dan membolehkan anda menyalurkan kearah yang menguntungkan. Ramai orang yang berfikir hanya sebahagian industri atau sector sahaja yang menguntungkan, sebenarnya anda boleh berjaya walau dalam apa sahaja bidang. Ini boleh dibuktikan oleh jutawan-jutawan yang telah mengalaminya.

Jika anda mempunyai masalah untuk mendapatkan idea atau peluang lebih baik cari dua rakan dan duduk bersama, ambil kertas kosong dan catitkan semua idea yang difikirkan. Tidak kira walau bagaimana pun idea itu.

Jangan dikritik semua idea yang diberi, selepas itu barulah idea itu ditapis dan dikaji serta dianalisis sehingga satu penyelesaian dapat diwujudkan. Tidak kira berapa lama pun masa yang anda ambil, mungkin satu atau dua hari, seminggu dua atau sebulan dua, asalkan sahaja ianya tidak diperam begitu sahaja. Ini biasa berlaku, kerana bila kita ada idea tetapi tidak membuat sebarang tindakan akhirnya selepas bertahun-tahun kita tetap berada ditakuk lama.

Yang malang pula ialah apabila ada orang lain yang telah melaksanakan idea yang pernah kita fikirkan dahulu. Anda juga boleh melakukannya seorang diri, cari tempat sunyi atau anda bangun diawal pagi selepas solat subuh, anda janganlah tidur. Ia boleh dilakukan dihujung minggu atau hari cuti. Lupakan masalah seharian dan tenangkan fikiran, adalah lebih baik bagi anda untuk sembahyang tahajud ditengah malam. InsyaAllah anda mudah mendapat ilham dan membuka minda separuh sedar anda sebelum ini.

Demikianlah mengenai rahsia mencari banyak wang, ianya dalah satu usaha yang bersepadu atau bergabung. Satu usaha akan menguatkan usaha yang lain. Penulis juga ingin menambah bahawa perkara-perkara diatas perlu disokong dan ditambah dengan perkara-perkara yang digalakkan oleh agama seperti berdoa, sedekah, zakat, menolong orang, bersolat dan sebagainya.

Ini perlu kerana setiap kebaikkan akan dibalas dengan kebaikan dan semua usaha hanyalah datang dengan berkat dan rahmat dari Allah. Kita juga harus bertawakkal, dan sebagai orang beriman kita harus sentiasa redha dan mengkaji setiap kebaikan dan keburukan. Mudah-mudahan Allah akan memberi rezeki yang melimpah kepada kita. Bila ada banyak wang banyak pula kebaikan yang boleh dilakukan.


0 Responses to “3 RAHSIA MENCARI WANG YANG BANYAK DIRUMAH”



  1. Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


April 2010
M T W T F S S
« Feb    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Blog Stats

  • 57,254 hits

Mari kongsi ilmu cari duit dan buat wang

Flickr Photos

Trillium Lake Alpine Glow

Chin Scratching Short-eared Owl

Arrow . . .

Arrow - Macro Monday

" Arrow man "

More Photos

Pilihan Kategori

Jom Twitter

ViralHosts.com


%d bloggers like this: