Archive for the 'INCOME' Category

15
Apr
10

JADIKAN HOBI ANDA SEBAGAI INCOME TAMBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN

Jika anda sedang merancang untuk memulakan perniagaan, cara yang paling baik ialah melakukan hanya secara sambilan sahaja terlebih dahulu dan pada masa yang sama anda masih boleh lagi mengekalkan pekerjaan anda dan memperolehi pendapatan tetap. Jika anda berminat untuk memperolehi pendapatan berdasarkan harian, anda tidak perlukan modal wang yang banyak untuk memulakan perniagaan anda itu.

Tidak perlu bimbang kerana anda boleh menggunakan salah satu daripada minat / kecenderungan atau hobi anda sendiri untuk dijadikan asas perniagaan. Dan anda boleh membesarkan perniagaan anda dalam masa satu hingga tiga tahun bergantung kepada perancangan anda sendiri.

Dengan itu anda akan mempunyai persediaan cukup untuk berhenti kerja dan menjadi ‘ boss ’ sendiri. Tidakkkah ini sesuatu yang hebat ? Dengan menggunakan hobi atau minat anda dimasa lalu mempunyai banyak faedah dan kelebihannya. Mengapa ? kerana bagi setiap pekerjaan dan perniagaan yang anda mahu ceburi dan lakukan mestilah ianya merupakan sesuatu yang anda suka dan minat untuk melakukan sesuatu perkara yang anda percayai, sesuatu yang mana anda boleh lakukan walaupun tidak pasti pulangannya.

Ia akan memberikan anda stamina/tenaga untuk melihat perniagaan anda sejak dari awal lagi walaupun agak sukar untuk anda melakukannya. Kita semua tentu faham dan tahu perasaan kita jika melakukan sesuatu perkara dan pekerjaan yang kita sendiri tidak suka melakukannya. Tidak ada cara untuk kita memberikan perhatian 100% mengenainya kerana kita sendiri tidak yakin dan tidak seronok untuk melakukannya.

Itulah sebabnya mengapa amat penting untuk melakukan untuk melakukan perkara yang disukai sama ada ianya untuk menjalankan sebarang perkhidmatan ataupun menjual barangan yang anda pilih untuk melakukannya. adAkah anda gemar memasak > mulakan perniagaan anda dengan membuat dan menyediakan ‘ newsletter ’ resepi masakan untuk orang lain yang mempunyai minat yang sama dengan anda itu dan jual resepi anda dalam bentuk panduan tipis/booklet.


Adakah anda seronok membuat kerja-kerja kraftangan ? anda boleh menjualnya secara pos ( tetapi pastikan anda mendapatkan keuntungan yang sepadan ). Adakah anda seronok melakukan kerja-kerja berkaitan dengan kereta ? buat katalog/flyer yang menerangkan perkhidmatan membaiki motokar yang anda tawarkan.

Adakah anda seronok menjadi penulis ? Tulis satu panduan kecil/booklet seperti panduan ‘ bagaimana untuk ’ dan jualkannya melalui pos atau sistem multi level. Adakah anda suka melakukan dan bekerja didalam bidang komputer program ? Tulis satu program dan jadikannya sebagai program shareware berkumpulan ataupun anda boleh menjualkannya secara pos juga kepada mereka yang berminat.

Ya ! apa sahaja yang anda suka dan minat untuk melaksanakannya, dengan mudah boleh diubah menjadi satu bidang perniagaan secara otomatik. Sesebuah barangan mungkin hanya sesuai dijual disekitar rumah dan jiran-jiran anda, sementara banyak barangan lain pula boleh dijual secara meluas secara pos. jika anda mahu menjual secara pos apa yang perlu dilakukan ialah tulis satu iklan mudah yang ditaip.

Mulakan iklan anda itu dengan saiz kecil 1 inci, 2-3 inci. Suruh bakal pelanggan atau pembaca anda mengirimkan setem atau RM1 untuk mendapatkan maklumat lebih lengkap. Apabila mereka menghantar surat pertanyaan kepada anda, masukkan katalog keterangan ringkas dan harga produk yang anda jual itu.

Pastikan anda juga ada menyediakan satu borang kecil untuk mereka membuat pesanan sama ada barangan atau perkhidmatan anda. Sudah tentu juga anda boleh menyertakan surat penghargaan anda kepada mereka dengan menyatakan bahawa anda sangat berbesar hati untuk membuat urusniaga dengan mereka dimasa hadapan.

Adakah anda tahu bagaimana kebanyakan peniga hilang peluang perniagaan kerana mereka tidak menyediakan ‘ cover letter ’ ini untuk meningkatkan lagi gaya perniagaan . anda juga perlu mempelajari banyak perkara lain dengan membuat tinjauan dan pembacaan mengenai perniagaan-perniagaan di rumah yang lain.

Sebelum saya memulakan perniagaan saya dahulu saya juga telah membaca berbagai-bagai buku dan melihat serta menyertai berbagai-bagai program mencari wang atau menambahkan pendapatan .


Ada juga yang membuat iklan satu muka penuh yang menyatakan bagaimana mereka boleh memperolehi wang sehingga satu juta dalam masa yang singkat. Pada peringkat permulaan anda boleh menjual barangan atau perkhidmatan anda dengan harga yang murah sehinggalah anda faham dan yakin anda boleh menjual barangan yang lebih mahal pula.

Banyakkan membuat kajian dan penyelidikan serta membaca buku yang berkaitan perkara yang ingin anda ceburi di mana anda boleh mendapatkannya di mana-mana perpustakaan ataupun anda boleh pergi ke kedai buku dan mencari tajuk yang berkaitan untuk memberlinya. Ya ! sudah tentu ianya mudah dan ini hanyalah baru diperingkat permulaan.

Jika ia berkaitan dengan hobi anda, mungkin anda perlu memperuntukkan beberapa bulan untuk melaksanakannya sehinggalah anda boleh berpuashati dengan keuntungan yang bakal diterima kelak. Kebanyakan orang yang mempunyai hobi akan menghabiskan banyak wang untuknya. Anda pula hanya perlu menghabiskan wang anda untuk membuat iklan yang mana ianya akan memberikan keuntungan pula kepada anda disebabkan oleh hobi anda itu dan kerana anda jadikan ia sebagai satu cabang perniagaan anda.

Cuba aje, insya Allah pasti menjadi punya.

Selamat Mencuba !

14
Apr
10

3 RAHSIA MENCARI WANG YANG BANYAK DIRUMAH

Peluang Membina Kehidupan Yang Lebih Cemerlang.

Ramai orang menganggap mencari wang untuk disimpan atau dilaburkan sebagai satu masalah besar. Tetapi kita patut melihat masalah ini sebagai satu peluang bukannya sebagai satu halangan. Peluang ini datang dalam tiga bentuk :

  1. Mengamalkan tatabiat berjimat cermat
  2. Mengurangkan perbelanjaan
  3. Menambah pendapatan

Bagi orang- orang yang bermotoivasi, objektif-objektif ini mudah dicapai tanpa mengira had umur, kemahiran dan kelayakannya. Mari kita kaji satu persatu :

1. Mengamalkan tabiat berjimat cermat

Satu perkara yang amat sukar dilakukan pada mulanya tapi menjadi tabiat baik dengan mudah ialah dengan menyimpan sebahagian daripada pendapatan anda bila sahaja anda menerimanya. Disiplin ini baik kerana ia tidak memberi peluang untuk anda memboroskannya bila anda mendapatnya.

Sebaiknya wang itu dimasukkan kedalam akuan yang tidak mudah dikeluarkan. Wang ini sepatutnya disimpan untuk dilaburkan, dan tidak wajar jika ia digunakan untuk perbelanjaan anda sehari-hari walaupun dalam keadaan terdesak.

Mungkin anda tidak setuju dengan cara ini kerana biasanya perbelanjaan anda melebihi perolehan anda, tetapi anda dinasihatkan agar melakukannya sekarang.

Mungkin anda juga bertanya berapa banyakkah jumlah wang yang perlu disimpan. Sebaiknya dan dicadangkan agar anda mula menyimpan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pendapatan yang anda perolehi.

Dalam tempoh yang sekejap, jumlah simpanan wang anda akan menjadi banyak dan ini akan lebih memberi semangat untuk anda menyimpan dengan jumlah yang lebih banyak lagi.

2. Mengurangkan perbelanjaan

Kita selalunya membelanjakan wang untuk banyak perkara. Ada diantaranya memang perbelanjaan perlu seperti sewa rumah dan membeli makanan serta membayar bil-bil dan juga membeli pakaian. Banyak juga diantaranya adalah tidak benar-benar perlu tetapi kita libatkan juga seperti perbelanjaan berkaitan kereta, barang hiasan rumah dan ada juga diantaranya belanja untuk keperluan mewah yang sama sekali tidak diperlukan atau digunakan dan sebenarnya kita boleh ketepikan perkara tersebut.

Rahsia mengurangkan perbelanjaan ialah dengan cara menilai semula keseluruhan perbelanjaan dan memotong perbelanjaan yang tidak diperlukan dan yang boleh dielakkan tanpa menjejaskan mutu hidup anda. Bukan tidak boleh melancung atau makan diluar, tetapi ada baiknya masa yang ada itu digunakan untuk merancang kewangan anda.

Terdapat juga perbelanjaan yang tersembunyi, contohnya anda boleh menjimatkan penggunaan gula, dan mengurangkan merokok. Dengan cara ini sebenarnya tanpa anda sedari bahawa anda boleh menjimatkan beribu-ribu ringgit setahun. Anatara perkara yang boleh dijimatkan perbelanjaannya ialah seperti berikut :

Rumah Sewa

Pindah kerumah yang harga sewanya lebih murah, atau berkongsi menyewa atau membeli rumah sendiri kerana ianya lebih menguntungkan untuk jangka masa panjang.

Kad kredit

Bayarlah secepat mungkin untuk mengelakkan bertimbunnya bunga.

Kelengkapan Rumah

Gas, letrik, minyak atau bahan api patut digunakan dengan jimat. Ringkaskan perbualan telefon anda, dan anda juga boleh membuat panggilan pada waktu malam kecuali untuk kecemasan. Panggilan pada waktu malam atau diluar puncak adalah menjimatkan kerana kosnya lebih murah.

Makanan

Membeli banyak sekaligus adalah lebih murah. Beli dari pasar minggu atau pasaraya borong. Kurangkan makan yang berlemak yang biasanya lebih mahal. Sebalinya makanlah makanan yang berkhasiat tetapi lebih murah. Jika ditempat kerja anda mempunyai kantin, bolehlah makan dikantin dan kurangkan makan diluar. Begitu juga minuman jika anda kerap membeli mineral water lebih baik anda membeli penapis air. Membeli pati jus adalah lebih murah berbanding daripada air yang siap dibancuh.

Pakaian

Membeli baju yang berkualiti dan tahan lama adalah lebih baik dari terlalu kerap membeli baju yang murah tetapi mudah rosak.

Kereta

Jika jarang menggunakannya tidak payah membelinya. Jika selalu menggunakannya, belilah model yang ekonomik. Servis dan baiki sendiri apa-apa yang mudah. Basuh sendiri kereta anda. Selalulah mengetahui harga membaiki kereta dan harga kompeonennya.

Percutian

Amalkan pergi bercuti ditempat yang dekat dan lebih murah perbelanjaannya.

Diatas adalah contoh pengorbanan kecil yang dapat membantu dan menjimatkan banyak wang anda. Ia tidak akan menjejaskan kualiti hidup anda pada masa sekarang tetapi memberi banyak faedah untuk kemewahan pada masa hadapan.

3. Menambahkan Pendapatan

Selari dengan usaha berjimat, anda patut menambahkan pendapatan. Usaha menambah pendapatan nampak sukar tetapi jika anda mahu mencuba ianya tidaklah sesukar mana.

Tugas pertama bila anda mahu mencari sumber untuk meningkatkan pendapatan ialah mengenalpasti dengan tepat apakah yang anda suka buat dan anda boleh melakukan perkara tersebut dengan baik.

Setiap orang mempunyai kebolehan, biasanya mereka ada satu atau dua kebolehan utama atau lebih lagi dan beberapa (bakat) kecil. Kebolehan menzahirkan bakat ini penting untuk memperolehi kegembiraan dan kebahagiaan anda.

Jika anda mampu menzahirkannya dalam persekitaran perniagaan, sudah tentu ia boleh mendatangkan keuntungan yang sangat lumayan. Banyak contoh yang boleh diberikan. Contohnya jika anda bagus menggunakan tangan, cuba anda fikrikan membuat kerja sambilan dengan membaiki sesuatu.

Anda juga boleh melakukan kerja plumbing atau berkenaan paip, jam, radio atau computer. Sekiranya anda minat berkebun, cuba manafaatkan hobi ini dengan menawarkan khidmat kepada orang lain, seperti emmbuat landskap, menjual sayur-sayuran kepada orang lain, buah-buahan, beih dan sebagainya juga boleh mendatangkan keuntungan yang lumayan.

Sekiranya anda suka bercakap dan berjumpa orang ramai,anda mungkin boleh menjual sesuatu. Anda boleh melibatkan diri dalam jualan langsung, atau mangajar, atau menjual insuran. Apa sahaja minat atau kemahiran, jika anda mahir anda boleh mengajarnya kepada orang lain, sama ada secara bebas atau secara formal.

Jika anda tidak minat untuk menjadi usahawan, anda boleh bekerja tambahan diorganisasi yang berkaitan dengan hobi dan minat anda. Untuk berjaya memang sangat penting jika anda membuat sesuatu yang anda suka. Jika tidak sudah tentu sukar untuk mendapat hasil yang baik, kerana biasanya selepas seharian bekerja kita akan merasa penat dan letih. Jika selepas itu terpaksa pula membuat sesuatu kerja tambahan yang tidak disukai sudahtentu kerja tersebut tidak dapat dilakukan dengan baik dan tidak akan bertahan lama, walau berapa bagus pun motifnya.

Anda hanya akan berjaya pada kerja-kerja yang anda suka, dimana ia menggunakan bakat semulajadi anda dan membolehkan anda menyalurkan kearah yang menguntungkan. Ramai orang yang berfikir hanya sebahagian industri atau sector sahaja yang menguntungkan, sebenarnya anda boleh berjaya walau dalam apa sahaja bidang. Ini boleh dibuktikan oleh jutawan-jutawan yang telah mengalaminya.

Jika anda mempunyai masalah untuk mendapatkan idea atau peluang lebih baik cari dua rakan dan duduk bersama, ambil kertas kosong dan catitkan semua idea yang difikirkan. Tidak kira walau bagaimana pun idea itu.

Jangan dikritik semua idea yang diberi, selepas itu barulah idea itu ditapis dan dikaji serta dianalisis sehingga satu penyelesaian dapat diwujudkan. Tidak kira berapa lama pun masa yang anda ambil, mungkin satu atau dua hari, seminggu dua atau sebulan dua, asalkan sahaja ianya tidak diperam begitu sahaja. Ini biasa berlaku, kerana bila kita ada idea tetapi tidak membuat sebarang tindakan akhirnya selepas bertahun-tahun kita tetap berada ditakuk lama.

Yang malang pula ialah apabila ada orang lain yang telah melaksanakan idea yang pernah kita fikirkan dahulu. Anda juga boleh melakukannya seorang diri, cari tempat sunyi atau anda bangun diawal pagi selepas solat subuh, anda janganlah tidur. Ia boleh dilakukan dihujung minggu atau hari cuti. Lupakan masalah seharian dan tenangkan fikiran, adalah lebih baik bagi anda untuk sembahyang tahajud ditengah malam. InsyaAllah anda mudah mendapat ilham dan membuka minda separuh sedar anda sebelum ini.

Demikianlah mengenai rahsia mencari banyak wang, ianya dalah satu usaha yang bersepadu atau bergabung. Satu usaha akan menguatkan usaha yang lain. Penulis juga ingin menambah bahawa perkara-perkara diatas perlu disokong dan ditambah dengan perkara-perkara yang digalakkan oleh agama seperti berdoa, sedekah, zakat, menolong orang, bersolat dan sebagainya.

Ini perlu kerana setiap kebaikkan akan dibalas dengan kebaikan dan semua usaha hanyalah datang dengan berkat dan rahmat dari Allah. Kita juga harus bertawakkal, dan sebagai orang beriman kita harus sentiasa redha dan mengkaji setiap kebaikan dan keburukan. Mudah-mudahan Allah akan memberi rezeki yang melimpah kepada kita. Bila ada banyak wang banyak pula kebaikan yang boleh dilakukan.

18
Sep
08

Panduan Dan Teknik Rahsia eBay Terbongkar!

Inilah Rahsia beliau..

“Saya menjual pelbagai-bagai barangan seperti T-Shirt, Pendrive, Mousepad, Mug, dan beratus-ratus produk lain di eBay. Bukti di atas menunjukkan bukti pendapatan saya dari salah sebuah akaun PayPal saya. Untuk pengetahuan anda, semua produk tersebut adalah ‘design’ saya sendiri tetapi SAYA TIDAK PERNAH MELIHAT ATAU MENYENTUH SEMUA BARANGAN YANG SAYA PERNAH JUAL!!

“Ya! Benar! Saya hanya membuat ‘design’, kemudian ada pihak lain yang akan mencetak, membungkus dan seterusnya menghantar produk tersebut terus ke pintu pelanggan eBay saya!

Jadi mengapa hanya memandang sepi ‘Rahsia’ beliau itu?.. Ayuh

Sekarang inilah masanya untuk kita bertindak..

Tapi bagaimana untuk memulakannya..?

Mudah sahaja.. Melalui panduan dan teknik Rahsia beliau akan bertambah lagi penjualan dalam bidang ‘online’ khasnya ‘eBay’ ini. Dan anda juga boleh menjual produk rekaan anda sendiri melalui saluran eBay ini.

 

Oh ya, seperti kata beliau;

“Rahsia ini AMAT BESAR sehingga setelah anda mempelajarinya dari saya, anda sendiri akan merahsiakannya kerana lebih ramai orang tahu tentang rahsia ini, lebih ramai saingan anda di eBay! Oleh itu janganlah jadi orang yang terakhir mengetahui rahsia hebat ini.”

Melihat potensi perniagaan eBay ini boleh menjana pendapatan sampingan anda apa kata usah dilepaskan peluang yang keemasan ini..

Lawatilah di sini..

“Bertindak dengan fikiran dan cara yang tepat” menuju ke arah kejayaan anda.

04
Jun
08

Rahsia Google Adsense Terbongkar (JWA2.0)

Ketahuilah bahawa cara yang memerlukan anda menjana wang melalui Google Adsense telah terbongkar Rahsianya menerusi Pakej Lengkap dan Terkini Google AdSense & Trafik v2.0 ini. Bravo..saudara Nawar dan Team mereka..

“Modul Bocor” Jana Wang Adsense – Klik Disini!

Hasil usaha mereka telah mendapat sambutan diluar dugaan dan terpaksa ditutup sementara kerana masalah trafik web server mereka.. Wow..teruja saya mendengarnya.

Apa taknya, saya selaku pelanggan mereka terpaksa bersabar menanti link download untuk muat turun ebook yang serba lengkap dan memang terkini.

Saya memang semenjak dari dulu mahu mencari bahan rujukan berkenaan Google Adsense ini yang benar-benar mencapai apa yang dihajatkan difikiran saya selama ini. Nah kini anda boleh juga mencubanya dengan memiliki ebook tersebut.

Dapatkan 6 Modul AdSense Percuma!

Kebetulan esok telah diumumkan harga petrol naik lagi dan ini bermakna anda perlu sesuatu tindakan untuk menambah pendapatan sampingan dan inilah masanya kita mempelajari sesuatu yang berguna selain dapat berkongsi maklumat sesama rakan yang hidup susah dan selalu mengalami kesesakan wang belanja bulanan.

Tambah Pendapatan Online Anda Disini!

Memang pada awalnya semua orang berat untuk mengeluarkan modal membeli sesuatu kerana mereka dibelengu pelbagai masalah kewangan masakini.

Dahulu gula habis, kemudian minyak masak, lepas tu tepung, kemudian pula tu beras.. laa ni hah mintak petrol laa pulak.. Semua orang kena berjimat sekarang..

Sebab itulah kita perlukan alternatif cara lain seperti melakukan usaha niaga secara senyap menerusi program Adsense ini.

So, apa yang perlu anda lakukan adalah;-

Panduan akan diberikan untuk anda memulakan pembelajaran secara basic dahulu. kemudian..

Berkongsi ilmu untuk menambah rezeki sesama insan adalah lebih baik kerana ilmu dapat memimpin seseorang itu menjadi yang terbaik bagi membentuk seorang Insan yang dikagumi dan dihormati.

Sebaliknya jika harta kekayaan yang kongsi tanpa ilmu pengetahuan akan menyebabkan ianya menjadi rebutan sesama insan pula..

Ingatlah tidak akan habis ilmu jika disebarkan kepada insan kerana ilmu itu ibarat cuma setitis air ditengah lautan samudera.. apatah lagi harta benda..

Semoga anda berjaya menempuh kehidupan dengan cara yang bijaksana. ‘Genuis is more than talent’

Anda adalah pengerak kehidupan anda sekarang.

Bertindaklah sekarang untuk masa depan anda.

Sekian.

Mulakan Google AdSense Anda Dengan Betul!

10
Mei
08

TM Business Programme (Seminar Khas)

Salam sejahtera anda semua.

Hari ini merupakan detik bersejarah buat saya dimana saya telah menghadiri satu seminar khas peluang perniagaan Telekomunikasi melalui ‘TM Business Programme’.

Seminar ini mendedahkan kepada peserta-peserta tentang peluang-peluang perniagaan terkini berasaskan produk dan perkhidmatan terpilih Telekom Malaysia.

Bagi peserta yang layak akan ditawarkan tempat dalam ‘TM Business Programme’ yang memberikan perkhidmatan sokongan, latihan dan aktiviti jualan dalam pengedaran produk-produk terbaik bagi pihak TM dan antaranya seperti;

  1. Talian Tetap TM.
  2. Tmnet Streamyx.
  3. TM Centrex.
  4. ISDN dan
  5. SMI Link.

Sebenarnya terdapat pelbagai lagi produk yang tidak dapat saya senaraikan disini.

Untuk pengetahuan lanjut berkenaan tarik, masa dan tempat seminar diadakan serta pengesahan kehadiran anda boleh hubungi FaraTech (M) Sdn Bhd ditalian 03-8945 4487. Jemputan ini sah untuk dua tempat sahaja dan masuk adalah PERCUMA.

Anda boleh lawati laman mereka disini.

Siapa yang patut sertai?

  1. Graduan dan bakal usahawan yang sedang mencari peluang perniagaan.
  2. Kakitangan sektor awam dan swasta yang ingin menambah pendapatan secara sambilan. (‘part-time’) 
  3. Perniaga yang ingin mempelbagaikan sumber keuntungan.
  4. Ejen-ejen pemasaran, jualan langsung dan insuran yang ingin menambahkan kepelbagaian produk mereka.

Komunikasi

Encik Hamidi Baharuddin (Ketua Pegawai Operasi)

019-202 1731

InTeleca Group berhad

Tingkat 9, Blok C, The Mines Waterfront Business Park

The Mines Resort city, 43300 Seri Kembangan Selangor

(Tel: 03-8945 4487: Fax: 03-8945 1041 )

Selain beliau boleh juga berhubung dengan:

Encik Khairul Izwan Abd Rani (Penolong Pengurus Sales)

HP: 019-276 7452

Telekom Malaysia Berhad:

North Wing, Menara TM

Jalan Pantai Baharu,

50672 Kuala Lumpur

Tel: 03-2240 8828

So, apa lagi jangan lepaskan peluang didepan mata anda.

Dan untuk maklumat anda sehingga akhir 31 Mei 2008 ini perlantikan atau pemohonan untuk menjadi Distributor akan berakhir sehingga ke tarikh tersebut manakala untuk menjadi Agen akan diteruskan oleh pihak TM.

Nikmati komisyen yang tinggi apabila anda menyertainya (terutama bagi Distributor) manakala bagi Agen pula tidak kurang tinggi juga.

Ayuh lekas jangan leka dengan apa yang anda sedang lakukan sekarang. Buatlah tindakan yang betul dan tepat serta perlihatkan peluang-peluang untuk menjana pendapatan tanpa batasan jika anda benar-benar ingin mengubah nasib kehidupan anda sekarang.

Program ini diadakan pada hari Sabtu namun anda dinasihatkan menalipon terlebih dahulu pihak mereka untuk menerima kod kebenaran masuk ke seminar tersebut.

Akhir kata dari saya, rebutlah peluang ini dan tetapkanlah agenda baru dalam hidup anda iaitu menjadi ‘Jutawan Telekomunikasi’.

Sekian terima kasih.

22
Okt
07

TIPS CARA MUDAH DAPATKAN WANG DIRUMAH

CARA MUDAH DAPATKAN WANG DIRUMAH

Fikirkan Cara Mendapat Wang Tambahan , Ahli Keluarga Juga Boleh Turut Membantu

DENGAN semua harga barangan semakin meningkat, anda mungkin merasakan bahawa anda perlu mendapatkan sedikit wang tambahan dan ini boleh dilakukan dengan bekerja dirumah. Mendapatkan wang dengan cara ini mempunyai pro dan kontra tetapi terlebih dahulu kita lihat siapakah yang boleh melakukannya.

SIAPA BEKERJA DARI RUMAH?

Ramai orang mempunyai alasan mereka sendiri untuk bekerja dari rumah. Antaranya:

*Untuk membesarkan anak

Kadangkala wanita terpaksa berhenti kerja dalam usaha untuk menjaga anak mereka kerana mereka percaya bahawa mereka sendiri dan bukannya orang gaji yang sesuai untuk membesarkan anak mereka.

*Bayaran jagaan anak tinggi

Kerana datuk dan nenek tidak mampu menjaga anak mereka dan akibat bayaran jagaan anak yang tinggi, mereka yang berpendapatan rendah mungkin mendapati tidak menguntungkan untuk terus bekerja dipejabat atau kilang.

*Pendapatan tambahan disamping kerja tetap.

Mereka yang mempunyai banyak masa yang terluang selepas waktu kerja mungkin mendapati mereka boleh menggunakannya untuk mendapatkan wang tambahan.

*Pesara yang melakukan untuk mengelakkan rasa bosan dan sunyi

Pesara yang telah lama bekerja sehingga 30 tahun atau lebihmungkin berasa bosan dan sunyi setelah meninggalkan hari bekerja.

*Cacat.

Mereka mungkin mendapati sukar untuk bekerja diluar rumah.

KEBAIKAN

Bagi mereka yang terkurung didalam pejabat sepanjang hari, bekerja dari rumah mungkin menajdi satu penyelesaian yang baik. Memang tidak dapat diragui lagi terdapat beberapa kebaikan dengan bekerja dirumah. Berikut ini mungkin merupakan beberapa kelebihan dan kebaikan bekerja dirumah.

*Menjimatkan kos.

Tidak perlu kepejabat bermakna anda boleh menjimatkan wang untuk tambang atau petrol. Anda juga dapat berjimat kerana tidak perlu makan tengahari diluar. Penjimatan juga boleh dibuat kerana anda tidak perlu lagi berbelanja untuk pakaian bekerja.

*Menjimatkan masa.

Ini kerana anda tidak perlu lagi berulang alik ketempat kerja. Masa yang dijimatkan itu boleh digunakan untuk melakukan perkara lain yang lebih bermanafaat.

*Bekerja mengikut keperluan sendiri.

Jika anda bukan pencari nafkah utama, kuranglah sedikit tekanan dan anda boleh mengambil temapahan yang sesuai dengan masa anda untuk keluarga.

*Anjal.

Bekerja dirumah bermakna anda boleh menentukan kerja anda supaya ia sesuai dengan waktu sekolah anak-anak, kelas tuisyen dan sebagainya. Jumlah waktu anjal

bergantung kepada jenis kerja yang anda lakukan dirumah. Jika kerja anda mudah maka ia lebih anjal. Anda juga boleh menyuruh anak-anak kesekolah dengan berbasikal.

*Ahli keluarga boleh membantu.
Ahli keluarga mungkin boleh membantu kerja itu sendiri (sebagai contoh dengan membancuh tepung atau menghantar barang). Ia boleh dianggap sebagai usaha keluarga.

KEBURUKAN
Bagaimana pun bekerja dari rumah tidak selalunya menarik seperti yang dijangkakan. Sebenarnya ia mungkin tidak berjalan lancar. Berikut adalah beberapa konta bekerja dari rumah.

*Boleh menjejaskan kehidupan keluarga.

Untuk melakukan kerja anda perlu berdisiplin supaya anda boleh melakukan kerja mengikut masa yang diperlukan dan kemudian menghabiskan masa bersama keluarga. Ini bukanlah satu tindakan yang mudah dan tekanan yang ditanggung oleh anda dan mungkin menjejaskan kehidupan keluarga.

* Anda mungkin terganggu.
Hasilnya anda mungkin melakukan perkara lain berbanding menumpukan kepada kerja sambilan anda dirumah.

*Kerja mungkin memakan masa.
Kerjanya mungkin mudah dan anda boleh melakukannya sambil menonton TV tetapi ia mungkin berulangan dan membosankan sebagai contoh ialah apabila memasukkan dawai kokot kedalam kotak kecil. Lebih malang lagi pendapatannya mungkin tidak sepadan.

*Anda boleh kehilangan wang.

 Jika anda tidak menentukan kos produk anda dengan sempurna,jualan mungkin baik kerana ia murah tetapi anda mungkin tidak membuat sebarang keuntungan. Sebaliknya jika harganya terlalu tinggi , mungkin tidak mendapat permintaan yang baik.

Jika produk itu munasabah harganya tetapi anda tidak mengiklankannya dengan baik, jadi permintaannya sudah tentu kurang dari sasaran. Dan risikonya menjadi lebih besar jika anda membeli peralatan khas atau tambahan dalam memenuhi permintaan untuk produk anda.

APAKAH JENIS KERJA?
Apakah yang seseorang boleh dan sanggup lakukan untuk mendapatkan wang dari rumah? Ianya bergantung kepada apakah jenis perkhidmatan dan juga produk yang anda boleh tawarkan dan peluang yang diperolehi daripada jiran dan kalangan sekitar anda. Berikut ini ada beberapa idea untuk mencari wang dari rumah

*Melakukan kerja lama anda dirumah.

Sebagai contoh jika anda seorang bekas kerani akaun, anda boleh menawarkan perkhidmatan perakaunan anda dan bekerja dari rumah anda. Anda boleh menguruskan dengan bekas majikan anda untuk melakukan kerja yang sama dirumah.

Sudah tentu syarat pekerjaan mungkin tidak sama. Begitu juga guru yang bersara, mungkin boleh memberikan tuisyen kepada anak-anak jiran untuk menghabiskan masa dan memperolehi pendapatan tambahan.

*Tukarkan minat kepada perkhidmatan yang menguntungkan.

Jika anda sukakan anak-anak dan anak anda sendiri semakin membesar, anda mungkin boleh menimbangkan pendapatan tambahan dengan menjadi pengasuh.

*Memastikan hobi anda mendapat bayaran.

Jika hobi anda membuat kuih, membel aikan , mengambil gambar, membuat grafik, menulis dengan computer dan sebagainya, pastikan hobi anda itu akan mendapat bayaran dan keuntungan

*Menyewakan bilik.

Anda boleh mengambil penyewa jika anda mempunyai bilik dan ia tidak akan menjejaskan keluarga anda. Bagaimanapun anda perlu berhati-hati terhadap mereka sebagai penyewa.

*Bekerja untuk orang lain.

Bagi sesetengah orang bekerja seperti memasukkan dawai kokot, melipat kotak barangan, mengulung wayar untuk barangan elektronik mungkin lebih mudah kerana ia boleh dilakukan mengikut keperluan mereka sendiri.

Bagaimanapun seseorang itu perlu berhati-hati dengan perkerjaan dari rumah seperti ini.

Anda mungkin pernah melihat iklan diakhbar yang menjanjikan pendapatan yang tinggi untuk kerja yang mudah yang boleh dilakukan dirumah. Ada sesetengah daripadanya merupakan penipuan sahaja dan tidak kurang pula yang benar-benar berfungsi dengan baik.

Anda tidak digalakkan memberikan wang anda untuk menyertai skim-skim yang memerlukan wang tanpa mendapat apa-apa produk atau perkhidmatan.

MELAKSANAKANNYA

Pendekatan yang berbeza diperlukan bergantung kepada apa yang anda putuskan untuk mendapatkan wang tambahan.

*Modal.

Jika anda memulakannya secara kecil-kecilan kemungkinan tidak memerlukan banyak wang. Sebagai contoh jika anda ingin menceburi pembuatan kek anda mengkin perlu melabur untuk membeli ketuhar yang besar untuk memenuhi permintaan dan untuk menjimatkan masa.

Jika anda hanya menjadi pengasuh anda mungkin perlu melabur untuk membeli katil bayi itu pun jika anda sudah membuang katil yang lama. Penyewa mungkin mahukan perabut dibilik mereka jadi anda perlu mengeluarkan sedikit belanja ke atas kelengkapan perabot.

*Pengiklanan.

Anda perlu memasarkan barangan atau perkhidmatan yang anda jual. Salah satu cara ialah mencetak risalah, mengiklan produk atau perkhidmatan anda. Risalah ini boleh dimasukkan kedalam kotak surat atau diletakkan pada pengelap cermin kereta.

Risalah ini juga boleh diletakkan ditempat strategik seperti pasaraya tempatan yang popular. Sebagai alternative, anda boleh mendapatkan pekedai untuk mengambil barangan anda berdasarkan jualan atau pulangan dengan pekedai mengambil komisen bagi setiap jualan.

Untuk mendapatkan permintaan anda boleh memberikan contoh percuma kepada kilang dan pejabat.

Jika salah seorang daripada rakan saudara anda bekerja dipejabat atau kilang, anda boleh mengambilnya untuk mengawasi produk anda dan mengambil tempahan daripada anda. Sudah tentu mereka perlu diberikan ganjaran kerana membantu anda.

KOS YANG DIPERLUKAN

Apa yang boleh anda kenakan bayaran untuk produk anda bergantung kepada apa yang pelanggan anda bersedia untuk membayarnya dan apakah bayaran saingan bagi perkhidmatan atau produk yang sama.

Selepas memeriksa kesemuanya anda akan mempunyai idea apakah kadar pasaran dan lebih atau kurang yang boleh anda kenakan.

Persoalan yang seterusnya ialah bolehkah anda membuat keuntungan dengan harga itu dan berapa banyakkah jualah yang diperlukan untuk mendapatkan keuntungan.

Anda perlu melihat kepada kosnya. Kos pula boleh dibahagikan kepada kos tetap dan kos berubah.

Kos tetap ialah kos yang tidak berubah dengan jumlah yang anda hasilkan dimana anda perlu membayarnya malah jika anda berhenti menghasilkannya pun anda masih perlu membayarnya.

Kos berubah pula turun naik berdasarkan jumlah yang anda hasilkan, sebagai contoh ialah mengenai bahan atau ramuan yang digunakan dalam produk anda.

Anda juga perlu mengandaikan angka yang realistic daripada apa yang boleh hasilkan dan dijual dalam tahun pertama.

Hanya selepas itu anda boleh mengetahui kosnya dan apabila anda memotong daripada harga jualan yang memberikan anda margin keuntungan.

Adakah margin keuntungan cukup menarik? Bolehkah anda mencari jalan untuk mengurangkan kosnya?

Kos yang realistik akan membolehkan anda memutuskan sama ada anda boleh memperolehi keuntungan dirumah.

“Orang yang lemah menunggu datangnya kesempatan, orang yang kuat membuat kesempatan”

Untuk bekerja dan mencari wang dirumah anda juga perlu mencari pengetahuan dan iulmu kerana tanpa kedua-dua perkara ini amat mustahil untuk melaksanakan usaha anda.

Pengetahuan boleh didapati sama ada melalui pengalaman sendiri, pengalaman orang lain, daripada pergaulan. Pengetahuan juga boleh diperolehi daripada buku-buku tertentu yang khusus dalam suatu bidang kerjaya.

Meniru kejayaan dan mengikuti langkah-langkah kejayaan orang lain mungkin juga usdah menjadi perkara biasa. Pergaulan yang luas dan baik juga akan mendatangkan banyak peluang.

Fikiran yang terbuka dan sentiasa dapat menerima perkara baru yang positif juga akan mempercepatkan kejayaan. Penggunaan teknologi baru akan dapat mengurangkan kos dan meningkatkan keupayaan kerja anda.

Pelbagai maklumat boleh anda dapati secara percuma melalui INTERNET. Malah banyak peluang juga boleh didapati dalam dunia maklumat yang boleh menghasilkan pulangan lumayan.

BERIKUT INI ADALAH IDEA PERNIAGAAN DIRUMAH YANG BOLEH DIJALANKAN

PERKHIDMATAN

*Menyimpan akaun
*Memelihara binatang
*Mengasuh bayi
*Taska
*Menajda keluarga tua
*Katering
*Mencuci pakaian
*Hiburan & lawak
*Konsultan computer
*Kurier
*Desktop publishing
*Gardening services
*Dandanan
*Mengecat dan hias rumah
*Image konsultant
*Dobi
*handuman
*Perancang parti /majlis
*Membuat frame gambar
*Memasang tali raket
*Menyewa dan menjaga bunga
*Pool maintenance
*Seminar organizer
*Khidmat kesetiausahan
*Juru gambar video

MENGAJAR

*Silk screening
*Menyusun bunga
*Kegunaan herba
*Menjahit
*Menyulam
*Kecantikan
*Memasak
*Kelahiran anak
*Muzik
*Tuisyen
*Pensyarah sambilan

MENULIS
*Buku
*Artikel majalah
*Puisi
*Penulisan umum
*Kelas penulisan
*Program
*Pelan perniagaan

– Salah satu daripada Rahsia 40 tips –
05
Okt
07

Nak Cari Duit Mudah

http://www.youtube.com/watch?v=NhpzKHX7jNE




Ogos 2017
I S R K J S A
« Apr    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Blog Stats

  • 74,555 hits

Mari kongsi ilmu cari duit dan buat wang

Flickr Photos

Pilihan Kategori

Top Clicks

  • Tiada

Jom Twitter

ViralHosts.com