Archive for the 'Mukadimah' Category

19
Feb
10

I’m Back Again!!.. Salam Tahun 2010

Ini sungguh betul-betul ‘tersangat’lah lamanya saya tidak up-date apa-apa didalam blog ini.. Sebabnya?..

Bukan nak boikot ker, dah ‘fed-up’ ker, pergi bertapa didalam gua ker atau apa-apa saja tanggapan dibenak hati anda..

Memang sengaja saya tidak mahu up-date, sebabnya???…hmm mm saya banyak menghabiskan masa saya dengan membaca buku, melayari blog rakan-rakan yang lain dan sambil itu menjalankan tugas harian macam biasa.

Ini pun dah hampir masuk ke bulan Mac 2010..  siapdah tukar ke theme baru diblog wordpress ni.

Sengaja pilih theme yang warnanya agak gelap sikit supaya dapat ler jimat bateri laptop ker atau bil elektrik sesiapa yang berkungjung diblog saya ni..(ehh jika ada ler yer.) Lagi satu lebih cepat line speed bila melayarinya..kan.

Dahulu tak berapa banyak theme diwordpress yang diberi ‘free’ ni.. La ni al-hamdulillah macam-macam theme ada disediakan.. boleh pilih pelbagai bahasa pulak tu kan..? Itu idea kreative namanya.. supaya orang ramai boleh mengunapakai sistem yang diciptakan berbentuk ‘mesra pengguna’.. Tidak kiralah blogger atau wordpress ker masing-masing mempunyai ciri-ciri kelebihan tersendiri bagi menarik lebih ramai pengguna diluar sana mengaplikasikan sumber yang percuma ini.

Memandangkan hari ni hari Jumaat ‘Penghulu segala hari’ maka saya nak bersiap-siaplah nak pergi ‘Solat Jumaat’.

Nak cerita pasal ‘Cari Duit Buat Wang’ ni boleh lah saya tulis dilain kali saja lah..

Ni pun tengah belajar-belajar ‘tool-tool’ yang baru dalam wordpress ni.. Semoga berjumpa dilain pula. k

Salam Hari Jumaat dan Sejahtera hendaknya anda disana..

Advertisements
05
Okt
07

Cerita Noktah ( . ) @ titik

Pertama permulaannya Hakikat maka hasil ia dengan Bismillah dan keduanya permulaan idhofi maka hasil ia dengan alhamdililahFaedah: Ini suatu faedah kata Syeikh Napi;

Bermula segala Kitab yang diturunkan daripada langit kepada dunia ini 104 Sahaf akan Nabi Syuib 60, dan Nabi Ibrahim 30, dan akan Nabi Musa dahulu daripada Taurat 10, dan Taurat dan Injil dan Zabur dan Furqan.

104  – (Suhuf/Sahaf)

60 – Syuib

30 – Ibrahim

10 –  Musa

TAURAT – Musa

INJIL       –  Isa

ZABUR    –  Daud

FURQAN – Muhamad

Maka sekelian makna segala Kitab itu terhimpun ia didalam Furqan (Quran). Dan sekelian makna Furqan itu dihimpunkan didalam Fatihah;

Dan segala makna Fatihah itu dihimpunkan didalam Bismillah,

Dan segala makna Bismillah itu dihimpunkan didalam Ba Alif Nya,

Bermula maknanya dengan Aku ada barang yang telah ada;

Dan dengan Aku ada barang yang lagi akan ada;

Dan ditambah oleh setengah ulama’ itu segala makna Ba

Alif Nya itu dihimpunkan didalam Nokhtahnya;

Dan yang dikehendaki dengan Nokhtah itu; awal titik yang turun Kalam.

Bukannya titik dibawah Ba itu,

Maka ketahui oleh mu bermula membaca Bismillah itu adakalanya wajib, adakalanya sunnat, adakalanya haram, adakalanya makruh.

 Wallah hualam..




Oktober 2017
I S R K J S A
« Apr    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Blog Stats

  • 78,764 hits

Mari kongsi ilmu cari duit dan buat wang

Flickr Photos

Pilihan Kategori

Top Clicks

  • Tiada

Jom Twitter

ViralHosts.com