Archive for the 'Uncategorized' Category

20
Dis
08

Terima Kasih 2008 .. Selamat Datang 2009

Sudah sekian lama saya tidak kemaskinikan blog ini.

Tapi tak apalah yang penting saya masih diberi kesempatan oleh Yang Maha Mengasihi lagi Maha Penyayang untuk mengisi ruang masa disini bagi penghujung tahun 2008 ini.

Salah satu daripada anugerah illahi kepada kita adalah umur yang panjang serta rezeki yang melimpah ruah dibumi Malaysia yang tercinta ini.

Pedulikan apa orang lain nak kata kepada Negara kita ini, yang lebih utama kita masih lagi dapat bertahan dan meneruskan perjuangan meniti kehidupan yang semakin mencabar ini. Perkara yang kecil usah lah diperbesarkan, perkara  yang lepas jangan dikenang (bak lirik lagu P.Ramlee) kelak nanti meracunlah diri..

Banyak lagi perkara yang perlu diperbincangkan oleh rakyat Malaysia khasnya dan lebih-lebih lagi harga minyak telah semakin menurun dipasaran global. Maka disinilah peluang keemasan yang perlu segera kita ambil tindakan agar kita dapat meningkatkan ekonomi negara serta rakyat amnya. Dulunya RM 1.97 sen kini RM 1.80 sen (oh sungguh murahnya..)

Pengambilan pekerja asing hendaklah dikawalselia dengan ketat agar peluang-peluang kepada para penganggur serta penduduk yang berpendapatan rendah dapat bekerja dan mendapat pendapatan tetap bagi meneruskan kehidupan mereka.

Untuk mencari duit pada masa sekarang ini amatlah mudah sekali jika dibuat kajian secara terperinci. Rakyat Malaysia memang mempunyai kesungguhan untuk mencari peluang bagaimana membuat wang walau pun masih bekerja dijabatan kerajaan mahu pun swasta. Teknologi ICT yang telah berkembang meluas juga telah menjadi satu budaya dikalangan masyarakat Malaysia tidak kira dimana mereka berada. Di Cybercafe, dikedai kopi Starbuck, mahupun di restoran KFC telah diberi kemudahan Wifi bagi pelanggan melayari internet dan sebagainya.

Saya percaya dengan kestabilan ekonomi Malaysia pada 2008 ini akan melonjakkan lagi mutu dan kualiti pemikiran masyarakat Malaysia yang telah celik IT.

Namun jika kita masih lagi mempunyai sikap dan pemikiran berpuak-puak, berpati-patian, cuba ‘menegakkan benang yang basah’ dikalangan kita, percayalah apa yang kita ‘tidak mahu’ berlaku ditahun 2009 pasti AKAN BERLAKU juga. Anda ‘menarik perkara-perkara yang anda tidak mahu’ didalam kehidupan anda’ sebenarnya,

Kita semua mempunyai pelbagai idealogi dan setiap idealogi itu anda yang membenarkannya sendiri. Anda hendak menjadi kaya-raya, memang BOLEH, sebab anda dlahirkan dengan pelbagai kekayaan yang tidak ternilai dengan wang ringgit. Sanggupkah anda menjual mata anda kepada orang yang buta dengan jutaan ringgit? Beranikah kita menukarkan buah pinggang anda dengan sejumlah wang ringgit?

Menjadi kelaziman kita apabila sampai masa dipenghujung tahun, pastilah masing-masing memasang azam dan tekat bagaimana untuk menjadikan tahun baru 2009 menjadi tahun yang lebih berjaya dari tahun yang lalu, kan?

Tidak menjadi kesalahan untuk kita berazam dengan bersungguh-sungguh untuk mengubah kehidupan masa kini menjadi lebih hebat dari dahulu.

Usah dikenangkan azam lama yang tidak kesampaian untuk disempurnakan. Sebaiknya kita harus membina tekat dan keinginan yang membara supaya ditahun ini apa jua yang menghalang usaha kita, pasti akan kita tempohi dengan mudah dan berjaya mencapai apa yang kita hajati itu.

Terima kasih 2008 kerana ‘engkau’ telah mendewasakan ‘aku’ dalam perjalanan menuju matlamat yang tidak berkesudahan ini.

Selamat Datang 2009.. dan sambutlah ‘aku’ dengan memberikan ‘aku’ peluang untuk merealisasikan impianku ke arah “Kebebasan Kewangan” serta “Kebebasan Keperibadian”.

Advertisements
08
Mac
08

Buku: Makan Gaji tetapi Kaya

Penulis buku: Saudara Shamsuddin Abdul Kadir.

Diterbitkan oleh: PTS PROFESSINAL

Halaman: <> 146 helaian.

Harga: Tidaklah mahal RM 18.00 aje ..

Salam sejahtera buat anda sekelian.

Bersua lagi sekali lagi buat kali ini. Disini saya telah membeli buku yang bertajuk “Makan Gaji tetapi Kaya” dan ingin berkongsi maklumat mengenainya agar kita sama-sama dapat memanafaatkan isi kandungan didalamnya.

* Perlu diingatkan disini bahawa ini adalah penafian dari saya bahawasanya tujuan saya menulis tentang ulasan buku ini adalah dari niat ikhlas saya untuk berkongsi maklumat dan faedah yang boleh diperolehi dalam menjalani kehidupan yang sementara ini. Tiada sebarang ganjaran yang akan saya perolehi daripada pihak penerbit atau pengarang buku ini dan bukanlah bertujuan mempromosinya.*

Baiklah, pertama-tamanya saya mengucapkan kesyukuran kerana menemui buku ini di kedai buku MPH tempat saya bertugas sekarang ini. Ianya telah membuka mata dan minda saya bagaimana caranya untuk memperolehi pendapatan secara PASIF walaupun kita sedang makan Gaji dari Bulan ke Bulan seterusnya. Sehinggakan selepas kita bersara pun kita tetap masih memperolehi pendapatan untuk dinikmati bersama ahli keluarga yang lain juga.

Kita semestinya hendaklah jangan terlalu selesa dengan hanya kerja makan gaji bulanan sahaja. Sebaliknya kita perlu mencari jalan alternatif lain bagi menambah pendapatan bulanan kita itu. Buku ini telah menyingkap Rahsia Bagaimana Untuk Menjana Pendapatan sambil anda bekerja Makan Gaji.

Saudara Shamsuddin Abdul Kadir telah berjaya mengupas sedikit sebanyak rahsia didalam buku ini yang boleh diguna-pakai oleh semua golongan terutamanya orang yang bekerja ‘Makan Gaji’.

Anda boleh pelajari ;-

a) Bagaimana menjana pendapatan aktif.

b) Bagaimana menjana pendapatan pasif.

c) Bagaimana untuk mengurus wang keluar masuk.

d) Bagaimana melabur wang anda dalam pelaburan bidang hartanah.

Diantara bab-bab yang menarik yang dititik beratkan iaitu;-

1) Bom Jangka yang Bakal Meletup.

2) Mengapa Anda Bekerja?

3) Dilema Pekerja Makan Gaji.

4) Keburukan Menjadi Pekerja  Kolot.

5) Pekerja yang Hebat.

6) Mengapa Anda Perlu Berubah?

7) Uruskan Aliran Wang Masuk dan Keluar.

8) Menjana Pendapatan Alternatif.

9) ‘Mesin Cetak Wang’ Kelas Pertama.

10.) Halangan Menjadi Kaya.

11) Cipta Pelbagai Sumber Pendapatan.

12) Satu Pelaburan Terbaik.

13) Faktor yang Perlu Diambil Kira.

14) Bagaimana Hartanah Menjadikan Anda Kaya.

15) Membina Aura Dalaman.

16) Melengkapkan Diri Dengan Ilmu.

17) Membina Empayar.

18) Mencapai Taraf Stabil.

Anda yang mempunyai sebarang pertanyaan atau pendaftaran bengkel bagi penyelesaian hutang atau pun hartanah boleh menghubungi Ultra Mind Resources di no. 03-5548 4348 atau pun layari www.telagaemas.com . Sebarang e-mail berkenaan masalah berkaitan kewangan (mengurus atau pelaburan) dan ingin berkongsi bersama penulis dan pembaca lain di alamat: telagaemas@yahoo.com .Langganilah majalah elektronik Telaga Emas secara PERCUMA di www.telagaemas.com tersebut.

Kepada saudara Shamsuddin, syabas saya ucapkan diatas kelahiran buku panduan yang amat berguna bagi mencelikkan pintu akal saya serta pembaca yang lain amnya.

Saya akan praktikkan tip-tips anda itu dan doakan saya semoga diperluaskan ‘Pintu Perbendaharaan Rezeki’ yang Allah Ta’ala kurniakan buat kita semua. aminn..

Anda yang berada diluar sana, saya cadangkan belilah dan bacalah bahan bacaan ini yang memberi anda jalan bagaimana untuk menjana pendapatan bulanan anda sambil mendapat ‘income’ tambahan walaupun anda hanya Makan Gaji.

Saya rasa tertarik perihal bab yang menyentuh ‘Tradisi Katak dalam Periuk” itu. Semua sedia maklum bahawa katak memang sukakan air. Katak yang berada didalam periuk yang berisi air itu terus duduk dan tidak mahu cuba keluar dari periuk tersebut. Walau pun periuk itu telah pasangkan gas dan bahang panas telah menyebabkan air yang sejuk itu menjadi suam, katak itu masih lagi enggan keluar darinya. Sehinggalah air itu mulai panas dan mendidih katak itu masih lagi didalamnya dan ketika itu katak tersebut sudah mati.

Pengajaran yang boleh diambil dari kisah itu adalah hendaklah kita mengubah nasib diri kita ke arah satu matlamat menjadi pekerja yang boleh dikira bersara awal seandainya kita telah memperolehi pendapatan yang boleh menjamin masa depan hidup kita itu.

Anda yang menentukan nasib diri anda sendiri. Janganlah jadi “Kais bulan, berganti bulan”.

Sama-samalah kita merealisasikan impian untuk memperolehi pendapatan pasif disamping pendapatan aktif.

Sekian sahaja, maaf jika terkasar bahasa, terguris rasa.

13
Okt
07

SaLaM HaRi LeBaRaN AiDiLFiTrI

Terdahulunya saya ingin mengucapkan selamat menyambut HARI RAYA AIDIL FITRI kepada semua blogger yang berugama Islam tak kira apa bangsa jua pun.

Rasa sungguh sedih bila Ramadhan telah berlalu, macam sekejap aje  berpuasa… hmmm..hhmm

Di akhir puasa Ramadhan (semalam) tekak ni rasa sakit pula, tulah gara-gara berbuka puasa dengan air sejuk-sejuk ni. Masa bangun pagi aje dah hilang suara dibuatnya, huh macam siaran radio yang terputus-putus bunyinya. Tak boleh nak jerit sikit pun. Alah korang pun pernah kena perkara macam tu kan. Tapi semuanya tu kita kena hadapinyakan.

Kebetulan hari tu belilah asam jawa yang dah siap dihancurkan dalam paket. Apa lagi pagi tu gak selepas sahur buat air asam jawa sendirilah.. (ni petua orang dahulu kala lagi ni tau tak?.. ) Nak buat ‘air nasi yang direndam’ dah tak sempat semalam.

Petang tu masa buka puasa ditempat kerja barulah saya minum. Al-hamdulillah rasa lega sikit tekak ni. Tak cukup air asam jawa tu siap beli ubat ‘decuadin’ lagi. Rasa macam nak demam aje badan ni, belilah ubat panadol yang sengal-sengal badan punya. Satu lagi mata sebelah kanan lak kena ‘ketumbit’.. aduss.. kat dahi lak ada tumbuh jerawat.. Hai ni sah darah ‘kotor’ dah datang nie..

Apa-apa pun saya bersyukur kerana telah dapat menempuh sebulan Ramadhan dengan pelbagai cubaan dan ujian.

Raya ni tak beli baju raya cuma untuk anak-anak aje termasuklah maknya sekali. Buat emak yang dikasihi, ribuan terima kasih kerana membantu dalam ‘membangunkan’ kami bersahur, maklumlah kami ni liat sikit macam bebudak rasanya..

Emak pagi-pagi lagi dah bangun masak dan panaskan makanan untuk makan sahur. Itu memang kebiasaan dia cepat bangun pagi dan menyiapkan makanan baik hari biasa atau bulan puasa ni. Sekali lagi TERIMA KASIH emak..

Buat abah, dihari raya ini ampunkan lah segala dosa anak mu ini, halalkan lah makan dan minum anakanda suami isteri. Pengorbanan mu membesarkan kami sangatlah kami sanjungi dan tetap dikenang sepanjang masa. Diharap abah sihat wal afiat hendaknya.

Masa solat aidil fitri nak baca surah fatihah pun tak leh keluar suara sangat sebab tekak macam dah tersekat-sekat aje. Nampaknya kenalah elakkan dari makan makanan yang berminyak dan berais batu masa beraya ni…(minum air suam ajelah ye..)

Kepada sahabat handai serta rakan taulah tu maaf zahir dan batin kot-kot terkasar bahasa tergurau senda lelebih lak yer..

Bab nak hantar kad raya ni rasanya dah tak aktif lagi kot. Maklumlah sibuk mencari rezeki kerja kadang malam kadang siang..)

Akhir kata “Semoga dilanjutkan usia dan dimurahkan rezeki. Buat anak-anak yang tercinta maafkan ayah ni jika ter kasar bahasa (..biasalah kadang-kadang terjerit-jerit “jangan buat tu, jangan buat ni..)

“Selamat Hari Raya Aidil fitri”

05
Okt
07

Buat Duit Dengan Video Percuma

http://www.youtube.com/watch?v=78DFalB1Ie0

Bagus nie dapatler bayar hutang nanti.. Mudah-mudahan dibukakan rezeki oleh Allah.

05
Okt
07

Hello world!

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!




Disember 2017
I S R K J S A
« Apr    
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Blog Stats

  • 82,914 hits

Mari kongsi ilmu cari duit dan buat wang

Flickr Photos

Pilihan Kategori

Top Clicks

Jom Twitter

Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.

ViralHosts.com