Archive Page 2

10
Mei
08

TM Business Programme (Seminar Khas)

Salam sejahtera anda semua.

Hari ini merupakan detik bersejarah buat saya dimana saya telah menghadiri satu seminar khas peluang perniagaan Telekomunikasi melalui ‘TM Business Programme’.

Seminar ini mendedahkan kepada peserta-peserta tentang peluang-peluang perniagaan terkini berasaskan produk dan perkhidmatan terpilih Telekom Malaysia.

Bagi peserta yang layak akan ditawarkan tempat dalam ‘TM Business Programme’ yang memberikan perkhidmatan sokongan, latihan dan aktiviti jualan dalam pengedaran produk-produk terbaik bagi pihak TM dan antaranya seperti;

  1. Talian Tetap TM.
  2. Tmnet Streamyx.
  3. TM Centrex.
  4. ISDN dan
  5. SMI Link.

Sebenarnya terdapat pelbagai lagi produk yang tidak dapat saya senaraikan disini.

Untuk pengetahuan lanjut berkenaan tarik, masa dan tempat seminar diadakan serta pengesahan kehadiran anda boleh hubungi FaraTech (M) Sdn Bhd ditalian 03-8945 4487. Jemputan ini sah untuk dua tempat sahaja dan masuk adalah PERCUMA.

Anda boleh lawati laman mereka disini.

Siapa yang patut sertai?

  1. Graduan dan bakal usahawan yang sedang mencari peluang perniagaan.
  2. Kakitangan sektor awam dan swasta yang ingin menambah pendapatan secara sambilan. (‘part-time’) 
  3. Perniaga yang ingin mempelbagaikan sumber keuntungan.
  4. Ejen-ejen pemasaran, jualan langsung dan insuran yang ingin menambahkan kepelbagaian produk mereka.

Komunikasi

Encik Hamidi Baharuddin (Ketua Pegawai Operasi)

019-202 1731

InTeleca Group berhad

Tingkat 9, Blok C, The Mines Waterfront Business Park

The Mines Resort city, 43300 Seri Kembangan Selangor

(Tel: 03-8945 4487: Fax: 03-8945 1041 )

Selain beliau boleh juga berhubung dengan:

Encik Khairul Izwan Abd Rani (Penolong Pengurus Sales)

HP: 019-276 7452

Telekom Malaysia Berhad:

North Wing, Menara TM

Jalan Pantai Baharu,

50672 Kuala Lumpur

Tel: 03-2240 8828

So, apa lagi jangan lepaskan peluang didepan mata anda.

Dan untuk maklumat anda sehingga akhir 31 Mei 2008 ini perlantikan atau pemohonan untuk menjadi Distributor akan berakhir sehingga ke tarikh tersebut manakala untuk menjadi Agen akan diteruskan oleh pihak TM.

Nikmati komisyen yang tinggi apabila anda menyertainya (terutama bagi Distributor) manakala bagi Agen pula tidak kurang tinggi juga.

Ayuh lekas jangan leka dengan apa yang anda sedang lakukan sekarang. Buatlah tindakan yang betul dan tepat serta perlihatkan peluang-peluang untuk menjana pendapatan tanpa batasan jika anda benar-benar ingin mengubah nasib kehidupan anda sekarang.

Program ini diadakan pada hari Sabtu namun anda dinasihatkan menalipon terlebih dahulu pihak mereka untuk menerima kod kebenaran masuk ke seminar tersebut.

Akhir kata dari saya, rebutlah peluang ini dan tetapkanlah agenda baru dalam hidup anda iaitu menjadi ‘Jutawan Telekomunikasi’.

Sekian terima kasih.

Advertisements
03
Mei
08

Hello!.. I’m Back Again

Salam ceria dan berbahagia hendaknya.

Saya kembali semula atas rasa keinginan untuk berkongsi pengalaman saya bersama anda.

Ingtkah anda dimana pertama kali diperkenalkan kepada ‘Magic Eye’. Ya, sudah tentukan dan saya pasti ingat buat pertama kali saya mencubanya untuk melihat kepada gambar yang dipaparkan didinding semasa pameran jualan poster ‘Magic Eye’ itu mata saya dan perasaan ingin tahu begitu menebal sekali dan ramai juga yang bertanya ‘Nampak apa ye..?’ Ada yang tersengeh-sengeh bila gambar yang di tenung itu cuma sekadar titik-titik yang kasar coraknya dan bahkan ada juga berbentuk corak lukisan yang seperti cetakan berulang-ulang.

Disini saya hendak mencuba sedikit kepekaan mata anda terhadap gambar yang saya letakkan disini dan cuba nyatakan kepada saya apakah yang anda nampak..?

Lihat Gambar 1 ini:-

Lihat perkataan \'Hello\' muncul

Lihat bagaimana mata anda memberi gambaran (persepsi) kepada otak kita dan otak kita akan memproses membenarkan ‘itulah perkataan atau ‘image’ yang anda Nampak..

Nak lihat gambar lain pula..?

Cuba lihat Gambar No. 2 ini;-

Kiub

Baiklah untuk gambar seterusnya nantikan di post akan datang pula.

Seperti pada awal saya kata tadi ‘I’m back, so see you on next post ..

Sekian..

“Jangan Biarkan persepsi (..sangkaan, pemikiran, anggapan, andaian..)menguasai hidup anda ..”

“Anda sememangnya HEBAT dan semestinya yang Menciptakan Anda itu adalah MAHA HEBAT..”

12
Mac
08

“SeLaMaT HaRi LaHiR UnTuK Ku!!”

Salam bahagia buat semua,

12.03.197… adalah satu detik yang lalu telah menjelang kini. Seperti biasa umur pun terus menambah ke setahun. Banyak sungguh perkara yang masih belum saya penuhi dan jalani sepanjang hidup ini.

Namun saya masih tetap bersyukur kehadarat illahi diatas limpah kurnia akal yang waras dan mempunyai tubuh badan yang sihat serta dikurniakan petunjuk hidayah yang berpanjangan.

Perkara yang paling menarik hati saya dalam kehidupan ini iaitu apabila saya telah mempelajari perkara serba sedikit tentang bagimana untuk menghasilkan blog sendiri.

Biasalah orang baru, mesti ada banyak perkara yang perlu dipelajari dalam teknik membina blog ini. Bak kata orang lama; “Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya” , dan sikit demi sedikit akhirnya terbinalah laman blog saya sendiri di http://bardmyblog.blogspot.com.

Yelah walau pun ianya blogger percuma, namun kita hendaklah memanafaatkan apa-apa jua yang diberikan secara ‘PERCUMA’ ini dengan semaksimum yang mungkin.

Selepas saya bina laman blog diatas, saya tertarik pula untuk mencuba membina laman blog mengunakan WordPress.com pula. Ternyata cara yang diberikan adalah mudah dan semua orang boleh membinanya. Seperti mana blogspot.com maka WordPress ini pun diberikan percuma juga kepada sesiapa yang mempunyai e-mail yang boleh digunapakai bagi memastikan pihak WordPress.com atau blogspot.com mengesan pihak yang bertanggungjawab membuat artikel dilaman blog tersebut dan bagi memudahkan kita memberikan maklumbalas e-mail kepada peminat yang ingin dihubungi.

Jika hendak dikira masih ada lagi perkara yang perlu saya pelajari berhubung bagaimana untuk meningkatkan idea dalam menjana pendapatan menerusi bidang internet ini.

Baiklah, sampai disini sahaja untuk saya nukilkan kerana saya kena teruskan kerja-kerja ‘makan gaji’ ketika ini dan semoga bersua dilain masa.

Sekian, terima kasih.

Wasalam.

11
Mac
08

Minda Anda: Sangat Mudah Bukan?

Salam hormat dan bersua kembali dilaman blog ini.

Hari ini saya hendak berkongsi cerita tentang bagaimana Minda kita membantu kita untuk menambahkan pendapatan sampingan dalam apa jua bidang yang kita ceburi.

Saya telah membaca buku ‘Self-Help Book’ hasil tulisan Dr. Joseph Murphy (The Power of Your Subconscious Mind) dan didalamnya ada menceritakan bagaimana kisah seorang tuan rumah yang memanggil tukang baiki kerosakan dapur relaunya itu. Setelah diperiksa si tukang baiki dapur itu mendapati kerosakannya cuma sedikit sahaja dan membaikinya semula kerosakan tersebut tidak sampai setengah jam pun.

Alih-alih bila bil diberi kepada tuan rumah itu, maka amatlah terperanjatnya kerana sebanyak USD$200 dikenakan bayaran padahal kerosakannya cuma sedikit sahaja. Ini membuatkan tuan rumah itu merasa tidak puas hati atas bayaran yang dikenakan kepadanya.

Akhirnya situkang baiki itu menjelaskan bahawa memanglah betul harga untuk memperbaiki (menampal) dapur yang rosak itu cuma USD$2 sahaja, namun baki USD$198 itu adalah bayaran kepada “pencarian punca apakah yang rosak dan bagaimana untuk memperbaikinya pula”.

Jadi mungkin anda pernah mengalami pengalaman sedemikian rupa atau lebih kurang sama bunyinya, maka inilah dia sebenarnya yang perlu kita ketahui bahawa ‘Minda separa sedar kita’ adalah Guru Mekanik yang Ungul didalam diri anda. Ia mengetahui apakah jalan dan cara bagaimana untuk menyembuhkan sebarang anggota tubuh badan kita’ dan lain-lainya..

Untuk mendapatkan badan yang sihat, maka minda separa sedar anda akan membentuknya dan memperkuatkannya TETAPI kunci yang utama ialah berehat atau bersantai (relaxation). “Mudah bukan”.

Jangan membiarkan diri anda dilanda kebuntuan dengan memikirkan maksud sesuatu perkara dengan terperinci sekali. Sebaliknya ketahuilah apakah hasil yang bakal terjadi nanti. Sematkanlah perasaan anda dengan penuh rasa gembira dalam menyelesaikan masalah anda itu sama ada dari segi kesihatan, kewangan atau hubungan peribadi anda.

Sentiasalah ingat bagaimana rasanya bila mana anda telah sembuh selepas menderita sakit yang berpanjangan ketika dahulu.

Berhati-hatilah apa yang anda pamerkan dan luahkan perasaan anda itu kerana minda separa sedar anda menerima pakai menjadi kenyataan. Pandangan atau idea baru anda itu hendaklah dirasakan dalam status pencapaian yang sempurna tercipta dan boleh diguna pakai dalam masa kini bukan untuk masa hadapan.

Sekian untuk kali ini, terima kasih dan jumpa lagi.

Anda mahu berkongsi idea hanya e-mail saja di: bardmy71@gmail.com

Saya menanti respon dari anda semua.

10
Mac
08

Disebalik Musibah Menimpa: Apa kata Minda Anda?

Salam sayang dan kemesraan buat anda semua jika ada yang sedang melawati laman blog saya ini.

Nampaknya “Demam Pilihan Raya” masih lagi belum reda walaupun keputusan majoriti BN Menang namun sesetengah tempat Parti Lawan telah menawan kubu kuat Parti Barisan seperti Kedah dan Perak khususnya.

Disini saya tidak mahu mengulas lebih lanjut tentang keputusan tersebut memandangkan saya ini bukanlah arif sesangat perihal ‘Politikus’ ini, sekadar memerhatikan gelagat segolongan pihak yang kecundang dengan teruk namun masih lagi bersemangat untuk meneruskan perjuangan Parti yang telah sekian lama menjadi darah daging hidup mereka dan begitu juga anda yang berada diluar sana.

Hidup ini terlalu singkat dan jika kita ketahui betapa berharganya masa, sudah pasti kita akan sentiasa melakukan sesuatu yang diluar kebiasaan kita kerana masih banyak lagi perkara baru yang perlu kita fikirkan bagi menghadapi masa depan yang tidak menentu.. “Anda yang menentukan masa depan anda sendiri dengan berfikiran yang positif dan bertindak dengan Cara Yang Tepat.”

Musibah datang menimpa tidak kenal masa dan tempat. Perkara ini menjadi satu ujian yang besar buat semua orang tidak kira apa pangkat, kedudukan statusnya dan apa jua bangsa keturunannya. Sebab itu pertama-tama sekali didalam menghadapi kehidupan yang mencabar ini hendaklah kita sentiasa memenuhi ruang pemikiran kita dengan rasa “Bersyukur pada apa yang anda perolehi atau bakal anda terima dan sesudah anda memiliki apa yang anda impikan itu”.

Lebih banyak anda bersyukur yakni berterima-kasih kepada Tuhan Yang Maha Esa rabul-jalil, maka akan lebih melimpah-ruah rezeki yang akan anda semua terima.

Begitulah juga bila musibah menimpa, kita hendaklah menyerahkan diri dan bertawakal kepada Allah Ta’ala dengan rasa rendah diri dan melihat sesuatu kebaikan atau hikmah yang ada diatas perkara musibah yang terjadi itu.

Memanglah jika dilihat dari segi emosinal, kita akan merasakan tidak berlaku adil sekiranya perkara buruk atau musibah itu hanya menimpa kita sahaja, mengapa tidak berlaku kepada orang lain saja.

Sebagai umat Islam kita disuruh mengatakan “Inna lilla hi wa innaa ilaihi ro jii ‘unn..” (maaf saya tuliskan dalam ejaan rumi.. sila rujuk kepada tulisan jawi al-quran untuk lebih lanjut ye..).

Maksudnya: “Sesungguhnya dari Allah segala sesuatu itu datang, maka kepada Allah jualah (urusan itu) kembali kepadaNya..”

Apakah hikmah musibah ditimpakan kepada seseorang itu;-

Biasanya jika musibah kerana kekurangan wang pendapatan akan menambahkan lagi semangat untuk kita berusaha dengan lebih rajin dan tekun lagi. Disamping itu kita akan sentiasa ingat kepada Tuhan pemberi Rezeki yang berlimpah- ruah dengan sentiasa berdoa meminta dikurniakan rezeki tersebut.

Harus diingat, bahawa doa itu salah satu dari teknik affimasi yang dilakukan untuk seseorang itu berjaya dalam apa jua bidang yang di ceburinya. Kan Allah Ta’ala itu terlebih hampir dari urat leher kamu maka berdoalah kamu semua, nanti pasti akan Aku kabulkan menurut firman dari Al-Quran.

Kadang-kala ada hikmah disebalik kekalahan kita sebagai contoh didalam pilihanraya yang telah berlalu itu dan kita disuruh membuat ‘post mortem’ untuk mengkaji sejauh mana usaha yang telah kita jalankan. Adakah tindakan kita selama ini hanya sekadar ‘melepaskan batuk ditangga’ sahaja atau ada sesuatu yang tidak kena dengan tindakan yang kita ambil membuatkan ‘hilang’ kepercayaan orang lain terhadap perjuangan Parti kita?..

Dalam contoh yang lain, saya umpamanya.. memang sudah lama saya menunggang motosikal pergi kerja saban hari. Maklumlah tempat kerja dekat sahaja dari tempat tinggal lebih kurang 11 km jaraknya. Hendak dijadikan cerita waktu hendak bertolak dari rumah ke tempat kerja, motosikal saya ‘buat hal’ lak.. So, kalau nak di’repair’ mungkin tak sempat kot untuk sampai ke tempat kerja hari tu..

Hendak tak nak, kenalah ambil cuti tahunan pasal motor buat hal.. (salah saya gak tak ikut aturan services bulanan..). Hikmahnya, saya kenalah memandu kereta saya yang sudah lama tidak dibawa ‘jalan-jalan’ makan angin tu.. (..sebenarnya ada gak kereta tu jalan setakat menghantar anak ke rumah pengasuh selang dua rumah tempat saya tinggal tu..hehehe.)

Sampailah sekarang ni saya kena pandu kereta tu, buat pergi kerja kat KL Sentral tu.. (..mesti korang tanya apasal tak naik aje Putra..? maaf lah yer Putra tu hanya berhidmat sampai kul 12.00 tghmalam aje .. saya kena balik lewat..) 

Begitulah kisah bila musibah berlaku minda kita hendaklah meletakan perkara positif terdahulu agar kita tidak menambah-nambahkan musibah datang bertimpa-timpa sebab jika anda merunggut dan beremosi anda tidak akan ke mana-mana hanya masalah yang bakal tiba menemani anda sentiasa.

Kita semua mempunyai pemikiran yang berbeza dalam satu-satu perkara sebaliknya kita akan bersetuju dalam satu-satu perkara yang lain pula.

So, andaikata malang yang menimpa anda sekarang ini atau tidak tahu hendak  buat apa untuk menghadapinya saya sarankan anda bertenang dan fikirkan apakah yang sebaik-baik jalan penyelesaian perlu anda ambil tindakan. Fikirkan hikmah positif nasib malang yang menimpa anda itu.. Jadikan ia sebagai satu pengalaman yang amat berharga serta lahirkan didalam diri anda keazaman untuk membebaskan diri anda dari masalah yang menimpa itu. Orang yang tidak pernah mengalami kegagalan kadang-kala ianya tidak akan merasai kemanisan hidupnya. Dikhuatiri perasaan ego, bangga diri melampaui batasan akan meyelubungi hidupnya tanpa disedari.

Bila mana kita sakit seperti demam contohnya; Sakit itu tidak Normal pada tubuh badan kita manakala Sihat itu adalah perkara yang Normal bagi organ badan kita. Badan kita tahu sebenarnya apakah yang terjadi sekiranya seseorang itu jatuh sakit. Tentu ia mempunyai sebab-sebab mengapa ia mengalami kesakitan. Jadi jika sebarang benda asing yang berlebihan didalam tubuh badan kita secara automatik kita akan rasa tidak selesa badan. Deria kita akan sensitif disekelilingnya. Bau masakan yang biasanya kita gemari akan hilang selera makan. Begitulah seterusnya.

Kesimpulanya, minda anda hendaklah sentiasa bersedia menerima apa jua perkara baik atau buruk dan selalulah berbaik sangka kepada Tuhan atas musibah yang menimpa ada Rahmat disebaliknya.

Kita anak menjadi bertambah teguh pendirian, melihat dengan seluas keistimewaan yang dijadikan Tuhan itu bukan sia-sia belaka, tentu ada kebaikan disebalik kesusahan yang menimpa.

Bacalah surah Insyiraah dan fahamilah isi kandungnya dan amalkan demi kebahagian hidup anda;-

Surah Al Insyiraah

أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ

Bukankah Kami telah melapangkan bagimu dadamu

وَوَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ

Dan Kami telah meringankan daripadamu bebanmu

الَّذِي أَنقَضَ ظَهْرَكَ

Yang memberati tanggunganmu

وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ

Dan Kami telah meninggikan bagimu sebutan namamu

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran di sertai kemudahan

إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

(Sekali lagi ditegaskan) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran, disertai kemudahan

فَإِذَا فَرَغْتَ فَانصَبْ

Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal salih), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal salih yang lain)

وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ

Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini)

Sekian dari saya terima kasih.

08
Mac
08

Buku: Makan Gaji tetapi Kaya

Penulis buku: Saudara Shamsuddin Abdul Kadir.

Diterbitkan oleh: PTS PROFESSINAL

Halaman: <> 146 helaian.

Harga: Tidaklah mahal RM 18.00 aje ..

Salam sejahtera buat anda sekelian.

Bersua lagi sekali lagi buat kali ini. Disini saya telah membeli buku yang bertajuk “Makan Gaji tetapi Kaya” dan ingin berkongsi maklumat mengenainya agar kita sama-sama dapat memanafaatkan isi kandungan didalamnya.

* Perlu diingatkan disini bahawa ini adalah penafian dari saya bahawasanya tujuan saya menulis tentang ulasan buku ini adalah dari niat ikhlas saya untuk berkongsi maklumat dan faedah yang boleh diperolehi dalam menjalani kehidupan yang sementara ini. Tiada sebarang ganjaran yang akan saya perolehi daripada pihak penerbit atau pengarang buku ini dan bukanlah bertujuan mempromosinya.*

Baiklah, pertama-tamanya saya mengucapkan kesyukuran kerana menemui buku ini di kedai buku MPH tempat saya bertugas sekarang ini. Ianya telah membuka mata dan minda saya bagaimana caranya untuk memperolehi pendapatan secara PASIF walaupun kita sedang makan Gaji dari Bulan ke Bulan seterusnya. Sehinggakan selepas kita bersara pun kita tetap masih memperolehi pendapatan untuk dinikmati bersama ahli keluarga yang lain juga.

Kita semestinya hendaklah jangan terlalu selesa dengan hanya kerja makan gaji bulanan sahaja. Sebaliknya kita perlu mencari jalan alternatif lain bagi menambah pendapatan bulanan kita itu. Buku ini telah menyingkap Rahsia Bagaimana Untuk Menjana Pendapatan sambil anda bekerja Makan Gaji.

Saudara Shamsuddin Abdul Kadir telah berjaya mengupas sedikit sebanyak rahsia didalam buku ini yang boleh diguna-pakai oleh semua golongan terutamanya orang yang bekerja ‘Makan Gaji’.

Anda boleh pelajari ;-

a) Bagaimana menjana pendapatan aktif.

b) Bagaimana menjana pendapatan pasif.

c) Bagaimana untuk mengurus wang keluar masuk.

d) Bagaimana melabur wang anda dalam pelaburan bidang hartanah.

Diantara bab-bab yang menarik yang dititik beratkan iaitu;-

1) Bom Jangka yang Bakal Meletup.

2) Mengapa Anda Bekerja?

3) Dilema Pekerja Makan Gaji.

4) Keburukan Menjadi Pekerja  Kolot.

5) Pekerja yang Hebat.

6) Mengapa Anda Perlu Berubah?

7) Uruskan Aliran Wang Masuk dan Keluar.

8) Menjana Pendapatan Alternatif.

9) ‘Mesin Cetak Wang’ Kelas Pertama.

10.) Halangan Menjadi Kaya.

11) Cipta Pelbagai Sumber Pendapatan.

12) Satu Pelaburan Terbaik.

13) Faktor yang Perlu Diambil Kira.

14) Bagaimana Hartanah Menjadikan Anda Kaya.

15) Membina Aura Dalaman.

16) Melengkapkan Diri Dengan Ilmu.

17) Membina Empayar.

18) Mencapai Taraf Stabil.

Anda yang mempunyai sebarang pertanyaan atau pendaftaran bengkel bagi penyelesaian hutang atau pun hartanah boleh menghubungi Ultra Mind Resources di no. 03-5548 4348 atau pun layari www.telagaemas.com . Sebarang e-mail berkenaan masalah berkaitan kewangan (mengurus atau pelaburan) dan ingin berkongsi bersama penulis dan pembaca lain di alamat: telagaemas@yahoo.com .Langganilah majalah elektronik Telaga Emas secara PERCUMA di www.telagaemas.com tersebut.

Kepada saudara Shamsuddin, syabas saya ucapkan diatas kelahiran buku panduan yang amat berguna bagi mencelikkan pintu akal saya serta pembaca yang lain amnya.

Saya akan praktikkan tip-tips anda itu dan doakan saya semoga diperluaskan ‘Pintu Perbendaharaan Rezeki’ yang Allah Ta’ala kurniakan buat kita semua. aminn..

Anda yang berada diluar sana, saya cadangkan belilah dan bacalah bahan bacaan ini yang memberi anda jalan bagaimana untuk menjana pendapatan bulanan anda sambil mendapat ‘income’ tambahan walaupun anda hanya Makan Gaji.

Saya rasa tertarik perihal bab yang menyentuh ‘Tradisi Katak dalam Periuk” itu. Semua sedia maklum bahawa katak memang sukakan air. Katak yang berada didalam periuk yang berisi air itu terus duduk dan tidak mahu cuba keluar dari periuk tersebut. Walau pun periuk itu telah pasangkan gas dan bahang panas telah menyebabkan air yang sejuk itu menjadi suam, katak itu masih lagi enggan keluar darinya. Sehinggalah air itu mulai panas dan mendidih katak itu masih lagi didalamnya dan ketika itu katak tersebut sudah mati.

Pengajaran yang boleh diambil dari kisah itu adalah hendaklah kita mengubah nasib diri kita ke arah satu matlamat menjadi pekerja yang boleh dikira bersara awal seandainya kita telah memperolehi pendapatan yang boleh menjamin masa depan hidup kita itu.

Anda yang menentukan nasib diri anda sendiri. Janganlah jadi “Kais bulan, berganti bulan”.

Sama-samalah kita merealisasikan impian untuk memperolehi pendapatan pasif disamping pendapatan aktif.

Sekian sahaja, maaf jika terkasar bahasa, terguris rasa.

08
Mac
08

Buku: Memulakan Bisnes Sendiri oleh Ainon Mohd

Salam sejahtera dan selamat mengundi bagi yang layak mengundi..

Lepas ni sesiapa yang sudah diumumkan menang tu, diharapkan mereka ini lebih memberikan perhatian kepada permasalahan masyarakat setempat hendaknya lah yer..

Baiklah saya tidak mahu komen apa-apa pasal undian ini sebaliknya saya ingin berkongsi ilmu tentang buku yang telah saya beli dan baca berkenaan “Panduan bagi memulakan Bisnes Sendiri” oleh saudara Ainon Mohd.

Penafian: Tujuan saya menulis ini bukanlah ada apa-apa kaitan untuk mempromosi buku tersebut tetapi sekadar memberi sedikit sebanyak info dan kandungan yang berguna tentang buku tersebut sahaja. Saya tidak mendapat apa-apa bayaran pun jika saya berkempen sekali pun.

Baiklah, buku ini amat sesuai bagi golongan usahawan atau bakal menjadi usahawan tidak kira besar atau pun kecil perniagaannya.

Walau pun saya tidak mengenali pengarangnya, tetapi cara penyampaiannya amat ringkas dan padat serta penuh dengan pelbagai maklumat sangat berguna kepada anda sebelum seseorang itu berkecimpung didalam arena dunia bisnes ini.

Menurut penelitiannya adalah menjadi kebiasaan kepada pemikiran kita bahawa terdapat buku-buku panduan diluar sana yang mengandaikan bahawa sesiapa sahaja boleh memulakan perniagaan sendiri dengan jayanya. Sebaliknya andaian itu adalah tidak benar dari segi realiti hidup para bakal usahawan jika dikaji sebenar-benarnya.

Pada pengamatan saya pihak pengarang bukanlah bermaksud untuk menakut-nakutkan para bakal usahawan bagi memulakan perniagaan dan seharusnya kita perlu bersedia menghadapi segala macam kemungkinan-kemungkinan yang datang atau bakal berlaku jika kita tidak membuat sebarang tindakan yang betul sedari mula lagi kerana menurutnya adalah menjadi kelaziman para usahawan bahawa majoriti individu yang mencubanya mengalami kegagalan dan kerugian dalam” tempoh 3 tahun selepas menjalankan perniagaannya”.

Bak kata pepatah Melayu lama; “Ukur baju dibadan sendiri” barulah kita tahu bagaimanakah keupayaan dan kesanggupan kita memulakan perniagaan kita sendiri itu.

Yang bagusnya buku ini adalah ia dapat membantu kita mengenal pasti beberapa perkara kesilapan yang mungkin atau kerap berlaku dan ia juga memberi kita kesedaran serta panduan yang jitu agar kita tidak akan mengulangi kesilapan yang kita pernah dilakukan atau sebelum ini pernah berlaku terhadap orang lain.

Terdapat 3 kategori atau golongan orang yang menceburi dunia perniagaan ini iaitu;-

1. Yang ada BAKAT semulajadi dalam bidang bisnes.

2. Yang TIDAK ADA bakat menjalankan bisnes.

3. Yang ADA BAKAT tapi tidak cukup luas pengetahuannya.

Namun golongan yang amat perlu membaca buku ini adalah mereka yang tidak mempunyai bakat perniagaan langsung tetapi sedang merancang untuk memulakannya didunia perniagaan.

Banyak manafaat yang boleh diperolehi didalam buku ini selain dari cerita-cerita yang dipersembahkan untuk menjadi tauladan serta pengajaran buat bakal usahawan yang inginkan kejayaan melalui pengalaman dari kegagalan pihak orang lain.

Buku ini perlu dibaca kerana dizaman mutakhir ini tiada gunanya lagi istilah strategi ‘agak-agak’ atau ‘cuba-cuba’ boleh dilakukan oleh para perniaga ketika ini, kerana jika tersilap langkah lebih banyak kerugian yang bakal berlaku jika diamalkan cara tersebut.

Antara perkara-perkara yang diperbincangkan iaitu;

Di bahagian 1.

Sebelum Memulakan Bisnes Sendiri

– antara yang disentuh mengenai;-

1) Kisah Benar Seorang Jutawan

2) Bakat Bisnes.

3) Calon Isteri untuk Calon Usahawan.

4) Halangan Keluarga.

5) Rekod Sebelum Berniaga.

6) Menyediakan Anak Menjadi Usahawan.

7) Biasiswa dan Bisnes.

Di bahagian 2. Mitos dalam Dunia Bisnes

– antara yang menarik didalam kupasannya;-

1) Usahawan, Cinta dan Seks.

2) Formula Berjaya dalam Bisnes.

3) Orang Bisnes dan Risiko.

4) Pandai Bersaing.

5) Bisnes Part-time.

6) Semua Orang Boleh.

7) Imej Penting dalam Bisnes.

8) Pelanggan Kaya.

9) Usahawan Cina ‘bunuh’ Melayu?..

10) Berniaga dengan Keluarga.

11) Jurujual Hanya bagi Bisnes Besar.

Di bahagian 3.

Memilih Syarikat dan Sektor Bisnes.

– Kupasan yang menarik iaitu;-

1) Memilih Jenis Syarikat

2) Mencari Nama Syarikat.

3) Memilih Jenis Bisnes.

4) Bisnes  Pengeluaran.

5) Bisnes Berdagang.

6) Bisnes Perkhidmatan.

7) Melakan Secara Kecil-kecilan.

Di bahagian 4.

Perkara Baik yan Merbahaya.

Di bahagian 5.

Motivasi Memulakan Bisnes.

Di bahagian 6.

Latar Belakang Usahawan Baru.

Di bahagian 7.

Politi dan Usahawan.

Di bahagian 8.

Memilih Rakan Kongsi.

Di bahagian 9.

Bagaimana Syarikat Dirompak?

Di bahagian 10.

Perniagaan Gerai dan Restoran.

Di bahagian 11.

Gol sebagai Senjata Kejayaan.

Kesimpulannya anda hanya perlu beli dan bacalah sendiri buku hasil tulisan saudara Ainon Mohd ini. Rasai kesan psikologi minda anda selepas membacanya. Dapatkan dikedai-kedai buku yang berdekatan seperti di MPH (..tak pasti ada lagi ke tidak naskahnya.) Harganya amat “berbaloi” bak kata slogan Kamdar.

Pendedahan yang dipaparkan membuatkan saya terfikir-fikir bisnes apa yang sesuai saya jalankan selain dari kaedah konvesional yang telah sedia ada ini… adakah dengan jalan perniagaan internet boleh membantu saya bagi membolehkan saya mengatasi kesulitan menjana pendapatan secara offline ini atau…!!??

Saya memerlukan bantuan dari anda semua. Sekiranya  terdapat peluang yang baik dari anda yang membaca laman blog saya ini, silalah e-mail ke alamat saya di bardmy71@gmail.com bagi berkongsi pandangan dan cara terbaik menjana pendapatan tanpa batasan ini.

Pendapat anda semua tidak akan saya persia-siakan.

Salam ceria selalu dari saya buat anda semua.




Oktober 2017
I S R K J S A
« Apr    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Blog Stats

  • 78,764 hits

Mari kongsi ilmu cari duit dan buat wang

Flickr Photos

Pilihan Kategori

Top Clicks

  • Tiada

Jom Twitter

ViralHosts.com