By Bard

Siapa kata kita tidak perlu bekerja dan berusaha sambil berpeluk tubuh dan mengharapkan rezeki datang menggolek..? Apakah dengan meminta dan berdoa sahaja sudah cukup untuk memperolehi apa yang kita hajati datang kepada kita?

Apakah dengan berangan-angan dan berkhayal duit pasti akan datang melayang didepan mata kita..?

Memanglah mustahil jika difikirkan perkara tersebut boleh jadi kenyataan. Namun sebenarnya wang itu memang ada disekeliling kita jika kita kaji dan teliti dengan sebenar-benarnya.

Pokok pangkalnya kita perlukan alat untuk memilikinya. Jikalau anda terjumpa wang ditengah jalan, apakah yang anda hendak lakukan? Berikan kepada tabung masjid atau fakir miskin yang anda temui?.. Atau mungkin anda akan menggunakannya sebagai modal sementara untuk memulakan perniagaan? (Maksud jumpa wang itu mestilah dalam jumlah yang banyak..)

Selama ini kita mungkin tidak menyedari bahawa disekeliling kita mempunyai pelbagai peluang-peluang untuk menjana pendapatan tambahan kita selain kita bekerja ‘makan gaji’ atau ‘makan gaji dari bulan ke bulan seterusnya’.

Alatan yang utama untuk anda menjana pendapatan yang tidak terbatas itu adalah lahir daripada ‘Minda yang kreatif’ dan semangat yang tidak mengenal erti putua asa.

Tanpa keduanya apa sahaja perkara yang hendak kita lakukan pasti tidak akan berjalan dengan baik malahan tiket untuk menemui kegagalan sudah menanti dipenghujung hidup anda.. Ini adalah resam hidup yang sebenar jika kita amati dan teliti sehalus-halusnya.

Sebagai contoh Program “Adsense’ ini adalah salah satu dari pada cabang untuk anda memperolehi pendapatan sampingan apabila anda mengikuti langkah-langkah yang telah diberikan.

Jika hendak dihitung, sebenarnya terlalu banyak peluang-peluang kita untuk memiliki seberapa banyak wang dan harta jika kita tekun dan sentiasa peka kepada keadaan, masalah dan permintaan disekitar tempat kita bekerja atau dikawasan perumahan tempat kita tinggal.

Teknologi yang canggih tidak akan bermakna jika kita tidak dapat mengeluarkan idea yang kreatif seandainya kita masih berfikiran lama dan tidak berkembang. Berfikiran lama disini bermaksud ‘tidak suka membuat perubahan atau kelainan kepada satu-satu produk atau pun perkhidmatan yang sedia ada ini’.

Sebagai contoh yang dapat kita lihat iaitu kereta National kita Proton Saga keluaran tahun 1985 (.maaf ler yer jika tidak tersilap tahunnya..). Andaikata kita tidak mereka-cipta model-model yang baru, pasti akan ada persaing luar yang mengeluarkan ‘design’ yang lebih cantik lagi.

Nah, kini sudah nampak beberapa perubahan didalam reka-bentuk Proton Saga Baru milik rakyat negara kita Malaysia.. Ini adalah contoh aje dan tidak ada kena mengena dengan program ‘Adsense’ itu.

Walau bagaimanapun, kita perlu sendiri yakin tanpa batasan bahawa kita BOLEH mengubah takdir hidup diri kita sendiri jika kita sentiasa bertenang, menginsafi diri, memaafkan orang lain dengan seikhlas hati, meyakini bahawa disebalik kesusahan yang menimpa kita ada hikmah disebaliknya, dan sentiasa bertindak dengan cara yang positif hasil daripada Pemikiran yang positif anda.

“Programkan Minda anda supaya sentiasa bersikap Positif dalam apa jua tindakan yang dilakukan”

Nota: Duit hanyalah simbol atau alat untuk anda mengembangkan kreativiti hidup anda dan boleh membeli kebahagian jika anda bijak mengawalnya.. “Anda adalah Tuan kepada Duit anda..”


0 Responses to “PROGRAM: ADSENSE SEMUDAH 123..”



  1. Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




Disember 2016
M T W T F S S
« Apr    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Blog Stats

  • 57,254 hits

Mari kongsi ilmu cari duit dan buat wang

Flickr Photos

Trillium Lake Alpine Glow

Chin Scratching Short-eared Owl

Arrow . . .

Arrow - Macro Monday

" Arrow man "

More Photos

Pilihan Kategori

Jom Twitter

ViralHosts.com


%d bloggers like this: