Posts Tagged ‘Nokhtah (.)

05
Okt
07

Cerita Noktah ( . ) @ titik

Pertama permulaannya Hakikat maka hasil ia dengan Bismillah dan keduanya permulaan idhofi maka hasil ia dengan alhamdililahFaedah: Ini suatu faedah kata Syeikh Napi;

Bermula segala Kitab yang diturunkan daripada langit kepada dunia ini 104 Sahaf akan Nabi Syuib 60, dan Nabi Ibrahim 30, dan akan Nabi Musa dahulu daripada Taurat 10, dan Taurat dan Injil dan Zabur dan Furqan.

104  – (Suhuf/Sahaf)

60 – Syuib

30 – Ibrahim

10 –  Musa

TAURAT – Musa

INJIL       –  Isa

ZABUR    –  Daud

FURQAN – Muhamad

Maka sekelian makna segala Kitab itu terhimpun ia didalam Furqan (Quran). Dan sekelian makna Furqan itu dihimpunkan didalam Fatihah;

Dan segala makna Fatihah itu dihimpunkan didalam Bismillah,

Dan segala makna Bismillah itu dihimpunkan didalam Ba Alif Nya,

Bermula maknanya dengan Aku ada barang yang telah ada;

Dan dengan Aku ada barang yang lagi akan ada;

Dan ditambah oleh setengah ulama’ itu segala makna Ba

Alif Nya itu dihimpunkan didalam Nokhtahnya;

Dan yang dikehendaki dengan Nokhtah itu; awal titik yang turun Kalam.

Bukannya titik dibawah Ba itu,

Maka ketahui oleh mu bermula membaca Bismillah itu adakalanya wajib, adakalanya sunnat, adakalanya haram, adakalanya makruh.

 Wallah hualam..




Ogos 2017
I S R K J S A
« Apr    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Blog Stats

  • 74,555 hits

Mari kongsi ilmu cari duit dan buat wang

Flickr Photos

Pilihan Kategori

Top Clicks

  • Tiada

Jom Twitter

ViralHosts.com