Posts Tagged ‘positif

26
Nov
07

Kesedaran Rakyat Malaysia

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera.

Bila sahaja buka siaran Radio atau TV baru-baru ini, ada sahaja¬†cerita-cerita yang kurang enak¬†didengar dan tidak berapa sedap dibicarakan. Heboh pasal ‘perhimpunan haram’lah, para perniaga ‘kerugian’lah, pelancung asing ‘rasa bimbang’lah Media Barat (luar negeri) memberikan ‘gambaran buruk’ kepada imej negara kita yaang tercinta ini, sedangkan kita baru sahaja dalam beberapa bulan yang telah lepas merayakan ulangtahun “Kemerdekaan yang ke-50 Tahun”.

Disebabkan ‘ada ¬†perasaan tidak puas hati’ dikalangan segelintir individu atau kumpulan maka yang menjadi mangsa adalah semua rakyat Malaysia khususnya penduduk disekitar Lembah Kelang.

Akibatnya jalan raya kena diadakan ‘Sekatan Jalan’ (Road Block).. Kawasan tumpuan ‘pelancungan ditutup’ buat sementara. Pihak FRU dikerah berjaga-jaga bagi mengawal sebarang tindakan yang tidak diingini.

Semuanya ini menjerumus kepada arus negatif didalam segenap pihak. Perasaan bimbang jika berlanjutan sehingga ke esokan harinya. Jika pihak yang berkenaan (Pihak Berkuasa Tempatan)’ tidak berani’ menyelesaikan sudah pasti ‘Perasaan Berani yang Tidak Bertempat’ pihak yang menganjurkan perhimpunan itu akan menguasai setiap orang yang berada disekitar itu.

Al-hamdulillah jalan penyelesaian telah pun dapat dicapai walaupun pelbagai andaian pihak media luar mengecam dan melemparkan laporan buruk yang tidak benar itu.

Syabas pihak anggota FRU dan polis atas usaha anda itu telah mendamaikan suasana pada hari ini.

Pengajaran;

Jika andaian-andaian atau perasaan buruk sangka masih lagi menebal didalam diri seseorang individu itu nescaya ia boleh menjangkit dan merebak dengan begitu pantas sekali sehingga tiada terkawal. Seperti peristiwa 13Mei yang berlaku itu adalah akibat masih ada perasaan dendam yang membara didalam individu itu yang telah ditanam didalam Minda mereka sejak dari generasi yang lalu itu.

Ayuh, marilah kita merubah minda dan berpindah minda dari yang negatif kepada yang positif. Minda yang baik bermula dari diri anda sendiri..

Sekian.. Selamat Maju Jaya.

Advertisements



Disember 2017
I S R K J S A
« Apr    
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Blog Stats

  • 82,914 hits

Mari kongsi ilmu cari duit dan buat wang

Flickr Photos

Pilihan Kategori

Top Clicks

Jom Twitter

Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.

ViralHosts.com