Posts Tagged ‘Rahmat

24
Okt
07

SoalJawab: Apakah yang dimaksudkan KEBERKATAN

Soalan:1.   ‘Kita biasa menggunakan perkataan “BERKAT” dalam pertuturan harian seperti orang mengatakan kepada kita: “Semoga Allah memberkati hidup anda”, “Kami doakan pekerjaan anda ini diberkati Allah”, dan lain-lain lagi. Saya ingin tahu, apakah yang dimaksudkan dgn “BERKAT/KEBERKATAN” itu menurut pandangan Islam?’ Jawapan:Perkataan BERKAT berasal drpd bahas Arab BARAKAH/BARAKAT. Kamus Mukhtar Sahhah, halaman 367 menjelaskan BARAKAH dengan makna: “TUMBUH dan BERTAMBAH”. Kamus Muhit, juzuk III, halaman 293 pula memberi erti “BERGERAK TUMBUH”, “BERTAMBAH” dan “BAHAGIA”. Sementara di dlm kitab Tafsir Khazin, juzuk II, halaman 218, BARAKAH dijelsakan sebagai, “ADANYA kebajikan Tuhan yang diletakkan pada sesuatu.” Dgn penjelasan2 di atas, dapatlah kita fahamkan, bahawa berkat (barakah) itu ialah adanya RAHMAT Allah, RESTU-NYA dan PEMELIHARAAN-NYA sehingga menyebabkan sesuatu itu mempunyai NILAI yang abadi. MISALnya, HARTA yang berkat, maka ia menyebabkan PEMILIKnya memperolehi KEBAJIKAN daripada harta yang dimilikinya. Harta itu dapat diMANFAATKAN atau diPERALATKAN utk MENGABDIKAN diri kepada Allah. Dengan demikian dia akan mendapat KEBAHAGIAAN bukan sahaja di DUNIA tetapi di AKHIRAT, INSYA-ALLAH. 

ABU MUSLIM MENJAWAB 1001 MASALAH AGAMA.
ABU MUSLIM @ Ust Safwan Fathy



Ogos 2017
I S R K J S A
« Apr    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Blog Stats

  • 74,555 hits

Mari kongsi ilmu cari duit dan buat wang

Flickr Photos

Pilihan Kategori

Top Clicks

  • Tiada

Jom Twitter

ViralHosts.com